hilmirdadaud.blogspot.my

Kilang Jade... pengalaman 'memolish' jade.

| On
September 28, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambung lagi citer kat Hualien... dah basi dah citer ni tapi nak jugak buat n3 ni untuk kenangan diri sendiri hehehe.

Lepas sesi berselfie syok sendiri kat kolam penternakan Golden Clam kami terus bertolak ke kilang jade yang tak jauh dari situ... tak sampai setengah jam dah sampai. Pukul 5 lebih baru nak bertolak... kilang pun dah nak tutup dah.

bercuti di Taiwan

Kami disambut oleh tokey kilang jade tu sendiri... bisnes keluarga turun menurun sebenarnya dan batu-batu tu diambil dari gunung kat belakang tu. Gunung kat sana tak macam gunung kat Malaysia... kat sana banyak batu. Selain jade, Taiwan juga terkenal dengan batu marmar yang berkualiti tinggi.

bercuti di Taiwan

 Dekat kaki lima pun ada jade... 

bercuti di Taiwan

Tokey kilang ni buat demo...


bercuti di Taiwan

Tak terbakar pun.... panas pun tak.

bercuti di Taiwan

Lagi satu cara nak tentukan kualiti batu jade.

Batu jade yang kat atas meja tu untuk kami... pilihlah mana yang berkenan tapi sorang satu aje. Bukan kilang bagi free tau tapi Dr Eng yang belanja.

Thanks Dr Eng belanja kami jade.


Bila dah pilih batu jade kenalah polish sendiri yer...


bercuti di Taiwan

Mula-mula takut jugak kot-kot terkena tangan.

bercuti di Taiwan

 Rupanya banyak step daaa nak terang satu satu dah lupa pulak yang ingat membentuk... mengilat aje.
.
ada jugak yang elok elok batu jadenya besar dah jadi kecik
.
ada cikgu yang ajar ... Beginner macam kami memang 90% cikgu yang tolong hehehe.


bercuti di Taiwan



bercuti di Taiwan
Last sekali... bila seamier step dah siap kenalah jumpa auntie ni untuk pilih tali dan pasang sekali. 

bercuti di Taiwan


Tadaaaa dah siap Amy punya. 
Dek kat kedai yang kat pekan harga yang simple giler ni RM200 lebih tau... masa tu duit kita dah start jatuh so memang rasa mahal lah nak shopping kat sana.

Kawan-kawan yang lain ada yang beli gelang RM400 lebih untuk kenangan.


bercuti di Taiwan

Sila abaikan saya yang dah membesar ni..


bercuti di Taiwan

Autie Ika bersama roti Naan dan gelang Jade barunya.

Sebelum balik hotel kami singgah makan malam kat kedai Pak Arab. Tukang masak Roti Naan ni tokey kedai tu sendiri. Masa kami datang dia tengah bersilat kat dapur. 

Besar sangat, nak ikutkan Amy memang tak abis tapi sumbat jugak sebab tak nak membazir.

Lepas makan balik hotel...

bercuti di Taiwan

Byeyer Hotel..
Address: No. 361, Zhongshan Rd, Hualien City, Hualien County, Taiwan 970


bercuti di Taiwan

Satu bilik lagi dengan Auntie Ika.

bercuti di Taiwan

bercuti di Taiwan

Dah masuk bilik duduk kejap pastu keluar semula gi pasar malam. Pasar malam kat situ tutup awal.. tak dapat beli apa-apa pun.


Waktu solat... 
Tidur dah lewat pastu nak bangun subuh pukul 3 lebih pulak. Penat + mengantuk = bangun masuk toilet satu mata buka satu mata lagi tutup hehehe.
1 comment on "Kilang Jade... pengalaman 'memolish' jade."
  1. bestnya.... kalu kt malaysia batu2 kt bukit2 blh jd batu jed or batu berharga jwbnya mmg abis kene tarah sesuka ati lah kak...

    cantik bila dh jd loket jade akak...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)