hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Bilakah masa yang paling sesuai untuk mengambil GREENO® Golden Clam®?




J : Mengikut tabib China, darah mengalir ke hati kita di antara pukul 1.00am pagi hingga pukul 3.00am pagi. Oleh sebab itu, waktu terbaik untuk pengambilan GREENO® Golden Clam® ialah waktu malam, sebelum tidur (sebelum 11.00pm malam).

S : Berapa lamakah kesan pengambilan Golden Clam® dapat dilihat? Apakah kesan-kesannya?
J : Semasa proses pengekstraskan, molekul-molekul amino asid telah dipecahkan kepada molekul-molekul yang lebih kecil( sekuen peptide pendek). Hasil dari proses ini, kesannya dapat dirasa dalam masa lebih kurang 30 minit hingga 2 jam selepas seseorang mengambil Golden Clam®, ini kerana sel-sel akan menyerap molekul yang lebih kecil tanpa perlu melalui proses pemecahan lagi.
a: Memperbaiki stamina, tidak ada kelesuan (B2, B6, B12)
b: Memperbaiki konsentrasi, kejelasan pemikiran dan lebih fokus (kolina)
c: Mudah untuk tidur pada waktu malam (kolina,kalsium dan phosporus)
d: Penglihatan yang lebih baik keesokan paginya
e: Lelaki akan kekal cergas dan merasa lebih bertenaga dalam masa 3 – 7 hari ( arginina, zink)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang ni Amy nak share sikit tentang Golden Clam dan Kanser Hati.

golden clam

FAKTA TENTANG HATI

Hati sangat penting dalam proses penyembuhan penyakit kerana apabila HATI SIHAT, maka metabolisme tubuh meningkat sehingga nutrisi dan ubat-ubatan yang diambil dalam proses penyembuhan tersebut dapat diserap secara optimum.

Di samping itu, apabila seseorang terkena penyakit diharuskan mengambil ubat-ubatan di mana sisa ubat-ubatan yang tidak dapat diserap akan menjadi racun atau toksin kepada tubuh sehingga memaksa HATI yang sihat mengeluarkan toksin-toksin tersebut. Maka apabila hati tidak sihat, hati tersebut akan mengalami keracunan yang akan mengakibatkan penyakit hati dan merebak ke organ-organ lain.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Okt 24, 2014

Kami sampai Madrid pukul 9 pagi. Keretapi dia macam keretapi lama nak balik kampung Amy tu. Memang tak selesa kerusi dia, macam-macam style tidur pun tetap tak selesa. 

Kesian Cik Limah, orang sebelah dan belakang dia ada macam-macam citer. Orang belakang dia sampai buka kasut dan letak kaki dekat bahagian kepala seat, kalau cik limah pusing memang kena kaki orang tu. Hampeh.


Bila dah sampai Madrid Cam kena tukar ke Madrid Antos pulak untuk train ke Cordoba. Dalam satu bangunan tapi jauh nak menapak. Satu kat bawah satu lagi kat atas.

Sebelum tukar train kami selesaikan dulu urusan masing-masing. Tau ajelah tido dalam train, senget benget tudung aku. Mandi jangan citerlah memang tak denya. Amy beli air dan roti di kafeteria 7.70€ tak sempat nak makan sebab kena kejar train lagi. Makan dalam train ajelah. Kelaparan. Tak makan dari tengah hari sebelum tu. Itu pun makan jagung dalam tin aje. Seksa nak makan, kalau jumpa pun mahal.

Dari Madrid pukul 10 pagi dan kami sampai Cordoba pukul 12.42 petang. Sampai tepat-tepat pada waktunya. Punyalah laju train tu dan train tu lebih moden berbanding train yang kami naik dari Lisbon tu.

Estación de Córdoba.


Sampai aje station yang dituju kena cepat-cepat turun, semua orang yang nak turun tu macam lipas kudung, nasib baiklah mamat-mamat Spain ni baik hati tolong angkatkan beg kami yang berat macam batu tu dari tempat beg atas kepala. Masa pergi tu perempuan spain yang tolong. Alhamdulillah, setakat ni semua yang kami jumpa baik hati belaka.


Train station Cordoba cantik dan besar berbanding seville dan Granada. 

bercuti di Cordoba

Dari train station kami terus ke Hotel Los Angeles dengan menaiki teksi. Tambang teksi 9 €  kami kongsi bertiga jadi tak le terasa sangat.  Kalau naik teksi ni tak payahlah nak tercari-cari lepas tu sesat. Teksi kat sana yang paling tak handsome ialah kereta toyota, toyota baru tau + driver pun handsome, pakai t-shit dan jeans aje.

Hotel Los Angeles ni cantik, kami ambik bilik 3 katil. RM311 semalam dan 5 km dari train station.

 Toilet... alahai kocik. Nak mandi pusing kiri kena dinding pusing kanan kena dinding. Nak sembahyang kena tolak katil.


Hotel Los Angeles, Cordoba

Makcik dan pakcik hotel tu langsung tak faham BI. Macam itik dan ayam jadinya tapi diorang sangat peramah. Dia tak paham kita cakap apa pun diorang bantai pokpek dengan kita. Lastnya cakap melayu ajelah dengan diorang.

Hotel Los Angeles, Cordoba

Tangan ke bilik. Hangkut beg berat gajah tu naik dua-tiga tingkat.

Pukul 5 petang... lepas makan, baring-baring mandi semua, petang tu kami keluar nak tengok apa yang ada kat keliling hotel tu.

bercuti di cordoba

Misi mencari Mosque of Cordoba tapi tak jumpa. Padahal dah depan mata

bercuti di cordoba


bercuti di cordoba

Dihadapan Mezquita - Catedral. 5 minit dari hotel. Satu peta tulis Mezquita satu peta tulis Mosque - Catheral.

bercuti di cordoba

Bila masuk dalam ... Kat sini boleh beli tiket bas HOHO. Bas kecik line Biru dan bas besar line merah.



bercuti di cordoba

Puas mencari tapi tak nampak jugak bentuk ala-ala Mosque - Cathedral tu.

bercuti di cordoba

Bertentangan dengan Mezquita ada jambatan untuk ke sebelah sana sungai. Satu lagi station bas HOHO.

bercuti di cordoba


bercuti di cordoba

Mezquita / Mosque Cathedral dari atas jambatan. Cik Ya siap melambai lagi tu.

bercuti di cordoba

Bangunan di hujung jambatan.

bercuti di cordoba

Kami naik bas HOHO di sini untuk pusing-pusing pekan Cordoba.


bercuti di cordoba

bercuti di cordoba

bercuti di cordoba


bercuti di cordoba


bercuti di cordoba

bercuti di cordoba

Dah senja-senja pun masih berjalan lagi, tak gheti balik.

bercuti di cordoba

Kalau naik bas HOHO ni kalau tak duduk atas macam tak sah pulak.


bercuti di cordoba


Dah puas pusing-pusing kami pun turun lah kat tempat kami naik sebelum tu.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


23 Okt 2014.

Hari terakhir kami di Portugal. Pukul 9 pagi kami dah naik train. Beg simpan dulu kat hostel. Hari ni kami nak meronda pekan Lisbon pulak naik bas HOHO red line,18€. 

Sebenarnya kalau nak pergi semua tempat kat Lisbon ni kena ambik lebih dari satu line, barulah puas hati dah terbang jauh-jauh tu. Memandangkan tambang yang mahal dan kami pun dah tak de masa, kami ambik satu ajelah. 



bercuti di Portugal

Kami berhenti di Muzium Maritim. Ambik gambar berpuluh-puluh lepas tu kami keseberang jalan pulak.


bercuti di Portugal

Pemandangan dari dalam train semasa dalam perjalanan ke Cascais semalam.


Muzium Maritim dari jalan raya.


bercuti di Portugal
Cik Limah 'berposing' dulu kat Muzium Maritim sebelum meneruskan perjalanan... heheh.

bercuti di Portugal

Betul-betul seberang jalan ada banyak bot. Kena jalan jauh sikit untuk sampai distinasi kami yang seterusnya. 

bercuti di Portugal
Ok dah sampai... bergambar dulu.
Monument to the Discoveries- Padrão dos Descobrimentos.


Bercuti di Lisbon

Punyalah banyak tangga nak panjat tapi sampai situ aje, tak boleh nak menyibuk kat patung-patung tu.

Bercuti di Lisbon

Bercuti di Lisbon

Bercuti di Lisbon



Bercuti di Lisbon

Jambatan ala San Francisco. The 25 de Abril Bridge.

Punyalah panas kat tepi pantai ni kejap aje dah sun burn. Aku berjemur kat PD pun tak delah sehitam berjemur kat Portugal ni. 

Bercuti di Lisbon

Berjalan depan lagi sampailah ke Belem Tower.







Nak masuk kena bayar. Tak pelah kita bergambar kat depan dia aje.


Inilah jadinya bila kejar bas tapi terlepas. Punyalah laju jalan tapi tak sempat sampai kena gelak dengan mamat Lisbon. Agaknya dia tak pernah tengok orang kejar bas agaknya.

Di tengah-tengah bandar lisbon. Kami pulang ke pekan semula.


Tak silap Amy tiket bas ni boleh pakai sehingga 2 hari, dan memandangkan tak nak beli tiket bas line lain kami pun ikut ajelah bas tu pusing-pusing Lisbon. Entah berapa kali ntah kami lalu tempat yang sama. Dah lah panas terik, mengatuk pun ada.

Bercuti di Lisbon

Tak jauh dari terminal ferry ni ada tempat 'kapal cruise'berlabuh. Punyalah besar.... punyalah grand... punyalah luxury.

Bercuti di Lisbon

Pusing pekan lagi.


Bercuti di Lisbon


Bercuti di Lisbon


Bercuti di Lisbon

Bercuti di Lisbon

Lalu tempat nak naik cable car. 

Bercuti di Lisbon

Lepas tu lalu pulak kat tempat yang ada banyak besi ni. Tak lama lepas tu lalu pulak stesen keretapi Gare do Oriente Train Station. Kami turun di situ untuk tanya tiket ke Barcelona atau Madrid. Kami dapat tiket ke Madrid pukul 9:30 malam.

Dari Oriente Station kami ambil train untuk ambil beg di hostel, kena tukar train di Almeda baru sampai Interdente. Sepatutnya boleh aje tahan bas HOHO tu untuk balik tapi sama jugak nanti kami kena naik train jugak untuk sampai ke hostel. Lagipun kalau naik train, bila nak pergi Oriente balik dah senang, dah tahu jalan.