hilmirdadaud.blogspot.my

Autunm in Spain - Bercuti di Cordoba

| On
October 26, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Okt 24, 2014

Kami sampai Madrid pukul 9 pagi. Keretapi dia macam keretapi lama nak balik kampung Amy tu. Memang tak selesa kerusi dia, macam-macam style tidur pun tetap tak selesa. 

Kesian Cik Limah, orang sebelah dan belakang dia ada macam-macam citer. Orang belakang dia sampai buka kasut dan letak kaki dekat bahagian kepala seat, kalau cik limah pusing memang kena kaki orang tu. Hampeh.


Bila dah sampai Madrid Cam kena tukar ke Madrid Antos pulak untuk train ke Cordoba. Dalam satu bangunan tapi jauh nak menapak. Satu kat bawah satu lagi kat atas.

Sebelum tukar train kami selesaikan dulu urusan masing-masing. Tau ajelah tido dalam train, senget benget tudung aku. Mandi jangan citerlah memang tak denya. Amy beli air dan roti di kafeteria 7.70€ tak sempat nak makan sebab kena kejar train lagi. Makan dalam train ajelah. Kelaparan. Tak makan dari tengah hari sebelum tu. Itu pun makan jagung dalam tin aje. Seksa nak makan, kalau jumpa pun mahal.

Dari Madrid pukul 10 pagi dan kami sampai Cordoba pukul 12.42 petang. Sampai tepat-tepat pada waktunya. Punyalah laju train tu dan train tu lebih moden berbanding train yang kami naik dari Lisbon tu.

Estación de Córdoba.


Sampai aje station yang dituju kena cepat-cepat turun, semua orang yang nak turun tu macam lipas kudung, nasib baiklah mamat-mamat Spain ni baik hati tolong angkatkan beg kami yang berat macam batu tu dari tempat beg atas kepala. Masa pergi tu perempuan spain yang tolong. Alhamdulillah, setakat ni semua yang kami jumpa baik hati belaka.


Train station Cordoba cantik dan besar berbanding seville dan Granada. 

bercuti di Cordoba

Dari train station kami terus ke Hotel Los Angeles dengan menaiki teksi. Tambang teksi 9 €  kami kongsi bertiga jadi tak le terasa sangat.  Kalau naik teksi ni tak payahlah nak tercari-cari lepas tu sesat. Teksi kat sana yang paling tak handsome ialah kereta toyota, toyota baru tau + driver pun handsome, pakai t-shit dan jeans aje.

Hotel Los Angeles ni cantik, kami ambik bilik 3 katil. RM311 semalam dan 5 km dari train station.

 Toilet... alahai kocik. Nak mandi pusing kiri kena dinding pusing kanan kena dinding. Nak sembahyang kena tolak katil.


Hotel Los Angeles, Cordoba

Makcik dan pakcik hotel tu langsung tak faham BI. Macam itik dan ayam jadinya tapi diorang sangat peramah. Dia tak paham kita cakap apa pun diorang bantai pokpek dengan kita. Lastnya cakap melayu ajelah dengan diorang.

Hotel Los Angeles, Cordoba

Tangan ke bilik. Hangkut beg berat gajah tu naik dua-tiga tingkat.

Pukul 5 petang... lepas makan, baring-baring mandi semua, petang tu kami keluar nak tengok apa yang ada kat keliling hotel tu.

bercuti di cordoba

Misi mencari Mosque of Cordoba tapi tak jumpa. Padahal dah depan mata

bercuti di cordoba


bercuti di cordoba

Dihadapan Mezquita - Catedral. 5 minit dari hotel. Satu peta tulis Mezquita satu peta tulis Mosque - Catheral.

bercuti di cordoba

Bila masuk dalam ... Kat sini boleh beli tiket bas HOHO. Bas kecik line Biru dan bas besar line merah.



bercuti di cordoba

Puas mencari tapi tak nampak jugak bentuk ala-ala Mosque - Cathedral tu.

bercuti di cordoba

Bertentangan dengan Mezquita ada jambatan untuk ke sebelah sana sungai. Satu lagi station bas HOHO.

bercuti di cordoba


bercuti di cordoba

Mezquita / Mosque Cathedral dari atas jambatan. Cik Ya siap melambai lagi tu.

bercuti di cordoba

Bangunan di hujung jambatan.

bercuti di cordoba

Kami naik bas HOHO di sini untuk pusing-pusing pekan Cordoba.


bercuti di cordoba

bercuti di cordoba

bercuti di cordoba


bercuti di cordoba


bercuti di cordoba

bercuti di cordoba

Dah senja-senja pun masih berjalan lagi, tak gheti balik.

bercuti di cordoba

Kalau naik bas HOHO ni kalau tak duduk atas macam tak sah pulak.


bercuti di cordoba


Dah puas pusing-pusing kami pun turun lah kat tempat kami naik sebelum tu.

2 comments on "Autunm in Spain - Bercuti di Cordoba"
  1. Seronoknya dapat kenal negara org yek..

    ReplyDelete
  2. Bestnya! bangunan dia nampak macam classic je kan?

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)