Kuih Kaswi.


Assalammulaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni sekolah cuti lagi gara-gara jerebu yang bertambah teruk. Amy rasa minggu ni lebih teruk berbanding yang sebelum ni. Kalau tengok kat luar tingkap, rasa macam duduk kat dalam kabus tebal pulak. 

Kuih ni Amy buat hari Jumaat minggu lepas. Dah lama sebenarnya nak buat tapi angin M tu ada aje tu yang lama terperap tu. Resepi ni Amy ambil kat Blog citarawan masa BW.



Kuih ni buat Amy teringat arwah mak Amy. Masa kami kecik-kecik mak selalu buat kuih ni dan setiap kali nampak kuih ni mesti teringat arwah mak.

Sebenarnya Amy tak lah suka sangat kuih ni dulu tapi skang kalau nampak mesti beli. Anak-anak Amy pulak tak berapa sangat dengan kuih ni... Amy ngan en Hubby yang kena perabiskan.



Kuih Kaswi
oleh: Citarasawan

Bahan A:

1 1/2 cawan gula merah,
1/2 cawan gula pasir,
1 cawan air,
2 helai daun pandan - disimpul,
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B:

1 1/2 cawan tepung gandum,
1/2 cawan tepung ubi,
3 cawan air,
2 sudu besar air kapur,

Bahan C:

Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam.

Loyang 9" atau acuan lompang.
- Loyang 9" tak ada jadi Amy guna loyang yg macam dalam gambar kat bawah.




 Caranya:

1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.

2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk. Amy ayak dulu tepung tu takut ada alien kat tepung tu.

3. Satukan bahan A dan bahan B, kacau rata dan tapiskan. Tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan dihidangkan bersama kelapa parut.

- Amy tak tutup ngan aluminium foil... amy cuma balut tutup periuk kukus tu dengan kain.


 Sebenarnya ni kali pertama Amy buat kuih ni. Bila dah setengah jam kukus tu Amy cucuk dia masih melekat lagi macam belum masak pastu Amy biarkan 20 minit lagi... pun sama jugak. Last, Amy angkat aje. Dalam hati geram jugak... lantak lah tak jadi pun tak jadilah. Bila kuih ni dah sejuk... ok pulak.

Nampak sangat tak pernah buatkan hehehe.

Disebabkan hanya 2 orang aje yang makan 5 hari pun tak abis lagi kuih ni. Lain kali kena buat separuh aje.


Comments

  1. Kakak dulu masa kecik-kecik pun sampai macam jemu sebab selalu makan tapi sekarang kakak suka. Tapi itulah nak jumpa bukan senang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)