hilmirdadaud.blogspot.my

Petang Terakhir Di Taiwan...

| On
October 02, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kami sampai Taipei bas dah siap siap tunggu dah. Banyak lagi tempat tak pergi lagi... esok nak balik dah.


bercuti di Taiwan

Luar stesen Keretapi Taipei.


bercuti di Taiwan

Taipei 101...

Tak sampat nak masuk... kami bergambar kat luar aje. Kononnya sekejap aje tapi masing-masing kalau dah berselfie.... tak cukup setengah jam.

bercuti di Taiwan

Nak gambar pelangi tu sebenarnya...

Kemudian terus ke kedai Free Duty ingatkan kat airport rupanya kat tengah pekan Taipei tu ada satu lagi kedai Free Duty. Macam biasalah sebelum masuk kenalah tunjuk passport.

Sesetengah barang kita boleh beli dan terus boleh bawak keluar ada juga yang dihantar ke airport terus dan kita ambik kat sana. 

Kalau gi Free Duty apa lagi cuci mata tangok handbag lah. Ada satu Prada tu, Amy tak ingat nama spesis dia, ada kaler pink.. ada kaler oren dah tolak diskaun dapatlah RM2+++.


bercuti di Taiwan

Everrich Free Duty Shop...

bercuti di Taiwan

Kat luar kami jumpa dengan orang Korea. Depa keja kat sana rupanya. Peramah betul diorang ni.

bercuti di Taiwan

Ini ajelah yang Amy beli kat Duty Free tu.

Kemudian kami gi makan pulak... sebaris dengan Restoran Yunus yang kami gi dulu. Dah lupa pulak nama restoran ni.

bercuti di Taiwan

Kami dihidangkan dengan makanan ala-ala Thai siap ada bubur pulut hitam lagi. Kami bertanya jugak dengan perempuan yang melayan kami tu dia dari mana... rupanya dia orang Vietnam. 

bercuti di Taiwan

Lepas makan gi pasar malas pulak... gi menghabiskan baki duit NTD yang tinggal. 

Kononnya Amy nak beli boots, kawan Amy beli RM40 cantik dan selesa. Dia beli kat pasar malam Ximen masa hari pertama kami sampai... siap pakai gi Hualien lagi.

Keluar masuk kedai kasut... satu boots pun Amy tak beli. Kaki diorang kecik kecik kot saiz Amy tak de huhuhu.

bercuti di Taiwan

Sebelum balik...

Kat tengah-tengah simpang 3 dengan orang punyalah ramai boleh lagi kita orang bergambar hehehe.

Shilin Night Market ni boleh dikatakan pasar malas yang paling besar dan "femes" kat pekan Taipei tapi Amy lebih suka pasar malas yang dekat ngan Ximen Station tu.

bercuti di Taiwan


Kena ikut payung ni tau... sang sesat kang.

bercuti di Taiwan

Driver bus tu sambil dia bawak bas dia menjual sekali. Dia kata kalau RM pun dia terima jugak janji dapat jual... so kesian punya pasal kami belilah sorang satu. Mulanya Amy tak nak beli sebab mahal last dia kasi RM50, walaupun masih mahal lagi tapi Amy beli jugak lah.


bercuti di Taiwan

Amy beli t-shirt ni kat pasar malam tu RM20 lebih.

Dari pasar malam kami balik ke hotel yang sama masa datang tu. Nasib baik beg yang kami tinggalkan dulu masih ada... bilik aje tukar. Amy tak dapat dah bilik yang besar tu, huhuhu... Hazawani pulak bernasib baik dapat bilik yang ada jakuzi. 
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)