hilmirdadaud.blogspot.my

Sunburn in Lisbon... Sintra dan Cabo Da Roca.

| On
October 20, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah dekat setahun baru nak sambung citer hehehe... Biasalah kalau banyak vitamin M ni kan.


22 Okt, 2014.


Dari Carcais kita orang ambik bas no 417 dan duduk kat dalam tu sehinggalah sampai hentian terakhir dekat ngan train station. kena naik bas pulak lepas tu ke  information counter yang jual tiket bas HOHO. Kami sampai dah pukul 3 lebih  tak dapat nak pergi banyak tempat.



Mula- mula kami ambil line hijau yang lalu Castle Monserrate dan castle-castle yang lain kat.



Jauhkan dari Lisbon ke Sintra tu. Tiket bus HOHO boleh pakai 2 hari tapi kami di Portugal tak lama dan banyak lagi tempat tak pergi lagi. Tengok ajelah mana yang dapat.



 Castle Monserrate ...

Kami ambik gambar tepi jalan aje huhuh, dah lah jalan macam ular pastu kecik pulak. Bila kete ke bas lalu kena cepat-cepat lari kalau tak tak balik Malaysia lah jawabnya.


Kat sini rumah tak banyak sangat ... lebih kepada istana-istana kat dlm hutan aje. Apasalah diorang buat istana dalam hutan dan jauh dari rakyat jelata. 


Sepanjang jalan kat Sinta ada banyak tempat air macam kat dlm gambar tu. 

 Sayup-sayup aje kelihatan.
Bas HOHO line hijau ni tak pergi pulak kat situ.

Kiri kanan jalan hutan aje ... suasana kat sini sama macam kat Ulu Bendul tu aje.



Palasio de Pena ni kat dalam dia sangat cantik tapi kami tak dapat pergi huhuhu... rugi betul.


pinjam gambar pakcik google..
Castle of the Moors ni pun tak dapat pergi jugak. Sepatutnya kena datang tempat ni pagi-pagi buta barulah dapat pergi semua tempat. 



Dah satu punsingan... kami tukar bas line Merah pulak.




Macam best aje minum kopi kat tepi jalan mcm ni kan.. 


Tak tau rumah sapa tapi kebanyakkan kat sini seni bina rumah diorang cantik.







Perjalanan dari Sinta ke Cabo da Roca agak jauh ... dari atas gunung ke tepi laut. Ombak besar dan berkabus.





Mengadap North Atlantic Ocean ...  
Ni daratan terakhir kat benua Europe ni... kalau 'terel' berenang dan rasa-rasa nak gi US boleh aje terjun kat situ hehehe.




Monument declaring Cabo da Roca as the westernmost extent of continental Europe.


5:30 ptg... dari atas laut nampak tenang.


Muka keletihan ... lantak lah dah tak perduli dah. Kat belakang tu ada rumah api. Tak de pantai jadi diorang jalan tepi tebing aje. Curam giler kalau jatuh terus masuk laut, ombak pulak punyalah besar.


The light house of Cabo da Roca is  situated on top of the cliff and rice 144 meter in height above the cape. Cabo da Roca is cape which forms the westernmost point of both mainland Portugal, mainland Europe and Eurasian land mass - copy paste dr pakcik Google.




The granite boulders and sea cliffs along the coast.

Mula-mula ingat nak jalan jugak kat tepi ni nak tengok apa ada kat hujung tu tapi takutlah pulak kang tak sedar kena tinggal bas pulak.



Perjalanan pulang dari Coba da Roca ke Sintra lalu kawasan kampung.



Pukul 6:30 kami sampai semula kat tempat tukar bas tadi pastu pergi balik kat Information Counter untuk ambik bas ke train station.

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)