hilmirdadaud.blogspot.my

UTC Pudu - buat kad pengenalan Irfan.

| On
October 14, 2015
Assalammualaikum...

Hari Isnin minggu lepas, hari yang dapat cuti sekolah 2 hari tu... Amy ambik kesempatan gi buat IC Irfan kat UTC Pudu Sentral. Padahal dekat Maluri tu ada aje JPN tapi nak jugak gi UTC yang jauh tu.




Sampai sana dah pukul 10 lebih... ambil nombor giliran dan isi borang. Ramai jugak orang kalau nak duduk berempat tak de kerusi kosong.


Nasib baik kaunter yang buka tu banyak tak sampai satu jam dah siap. 



Kami datang naik teksi kena RM8.50 balik anak-anak nak naik LRT pulak sebab dah lama tak naik LRT punya pasal. Last diorang naik ERL nak gi KLIA tu pun dah bertahun dah.

Yang tak bestnya naik LRT ni kalau dengan anak-anak... stesen Maluri tu bukannya kat depan rumah tak kan lah nak jalan kaki kot. Kalau Amy seorang ok lah, walaupun tak sampai 10 minit ke rumah jaraknya tapi kesian pulak dengan diorang tu.



Si Nasiimlah yang paling excited sangat nak naik LRT ni.

Sampai Maluri terus gi JJ Maluri beli lauk sikit pastu naik teksi balik rumah.

IC Irfan Amy gi ambik hari Ahad lepas. Sebelum tu datang hari Sabtu pagi UTC tutup sebab Hari Sukan Negara. Hari Ahad Amy datang dah pukul 12 tengah hari orang ramai giler. Risau jugak kena tunggu lama. 


Masa dapat dah bercalar balar dah... tak puas hati betul. Apasallah si Irfan ni nampak gelap pulak.


Nasib baiklah yang nak ambik IC tak ramai orang, nombor giliran pulak ... nombor Amy selepas nombor masa tu. Maksud Amy, orang yang kat dalam tu keluar pastu turn Amy. En Hubby yang gi parking kete pun baru masuk parking dah kena keluar balik. Parking pun tak payah bayar sebab kurang dari 15 minit.















1 comment on "UTC Pudu - buat kad pengenalan Irfan."
  1. Seronok anak-anak dapat naik LRT ye. sama lah macam anak-anak saya pun.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)