hilmirdadaud.blogspot.my

Bila Anak-Anak Berkhatan...

| On
November 24, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah dah start ramai juga yang ambik kesempatan khatankan anak. Ada yang seawal hari pertama cuti sekolah dah khatan.

Semalam, Isnin 23hb Nov 2015... hahaha siap tarikh lagi tu. Selamatlah anak bujang Amy yang dua orang tu dikhatankan. Temu janji pukul 2:30 petang jadi pagi tu sempat lagilah Amy mengemas rumah dan masak. Sempat jugak bawa budak-budak ni gi berendam kat kolam. 
Faris dan Nasiim kena berpuasa 6 jam nasib baik diorang ok aje. Sebelum tu Amy dan en hubby dah beritahu awal-awal yang diorang akan berkhatan pada hari tu. Mula-mula takut jugak tapi bila dah tau diorang akan tidur dan bila bangun dah siap... barulah diorang ok.

En hubby kerja halfday semalam, lepas zohor aje kami terus bertolak ke Pusrawi.


Biasanya kalau dari rumah nak gi Pusrawi tu tak sampai 15-20 minit dah sampai, kalau banyak kete lah tapi semalam kat Bulatan Kampung Pandan tu jem giler. Lama jugaklah kat situ, semuanya gara-gara jalan nak ke Ikea(Pudu) tu. Jalan nak ke Bukit Bintang dan Jalan Tun Razak ok aje.

Pukul 2:35 petang staf Pusrawi call untuk confirmkan kedatangan. Masa tu kami baru sampai Bulatan Pahang nak buat U- turn.



Masa sampai dapat paper bag, kat dalam tu ada roti kream, air milo 2 kotak, kuih donat, kuih samosa dan pulut kuning rendang daging. Lepas buat pembayaran dapat ubat siap-siap dan kami diminta ke tingkat 5. 

Kat dinding-dinding ada banyak tulis Khatan tingkat 3. Kami ingatkan kami ni salah dengar so kami pun pergilah ke tingkat 3. Rupa-rupanya kat situ daycare. Budak-budak yang berkhatan pastu balik. Kami kena pergi tingkat 5... tu lah hehehe.


2 orang budak 2 buah katil. Dapat nasi lauk ayam 2 bungkus.

 Lepas nurse cek segala kena tukar gaun hospital... 



Seperti biasa kalau masuk wad kenalah pakai gelang. 


Budak 2 orang ni tak pernah masuk wad ... jadi diorang ni excitedlah. 

Dalam bilik tu ada lagi seorang budak nak berkhatan jugak jadi meriahlah sikit dalam bilik tu. 

Pukul 3:30 Faris dan Nasiim di masukkan ke dalam bilik pembedahan. Kami menunggu di bilik menunggu yang disediakan. Dalam bilik menunggu tu ada seorang perempuan pun tengah tunggu anak dia. Disebabkan Amy ni terlebih peramah dapatlah kongsi kerisauan hati dia... tukang dengar aje pun hehehe. 

Dia dari Selayang, anaknya join Khatan Perdana 2 hari yang lepas (Sabtu). Sejak balik dari berkhatan sehinggalah semalam berdarah tak berhenti (darah mengalir keluar) puas tanya pendapat kawan, jiran dan sedara last dia pun bawa anaknya ke hospital. Dah sampai hospital, doktor kata kena buat semula. Dah satu jam anak dia masuk tak keluar lagi. 


Tak lama selepas anak kepada perempuan tu keluar, Faris pun keluar. Amy ingatkan dia tidur lagi rupanya dah bangun dah. Amy ikut Faris ke bilik dan en hubby tunggu Nasiim yang belum keluar lagi.

Bila ditanya sakit ke tak... dia jawab sakit sikit. Kadang-kadang ada jugak dia kata sakit... sakit .. sakit tapi dia masih mampu senyum lagi. Abang Irfan dia kata Faris budak kuat. Dia dah bising lapar tapi tak boleh makan lagi sebab takut muntah. Kita suruh dia tidur dia tak nak... mainlah tipun sampai habis bateri.

Nasiim masuk setengah jam kemudian. Tadi Faris dia terletang tapi Nasiim mengereng. Mata tertutup tapi air mata mengalir, mungin tekak dia pahit jadi air liur asyik keluar aje tu yang dia kena mengereng tu. Tak lama lepas tu dia muntah mungkin sebab ubat kot. Bila dah tak keluar air liur lagi, kami betulkan badan dia dan dia sambung tidur sampai dekat pukul 7 mlm.


Faris ... tak suruh lagi dia dah nak terkencing. Bagus jugak, cepat sikit boleh balik.

Budak yang sebelah tu lepas dapat lampu hijau barulah makan dan minum kemudian pergi toilet dan cuci luka, muntah dan dah boleh balik. 
Faris pulak gi toilet dulu, pastu tunggu cuci luka dan baru dapat lampu hijau nak makan. Boleh pulak lepas tu dia ajak balik padahal adik dia belum siap lagi.

Nasiim kali pertama gi toilet tak jadi nak terkencing lepas tu bila dah balik katil dia minta air. Amy pun bagi sikit-sikit tapi kerap ... takut muntah punya pasal.  Kali kedua gi toilet, berjaya jugak. Tunggu nak cuci luka lambat sangat, azan maghrib pun dah lepas. En hubby cuci sendiri aje pastu kami pun siap-siap tukarkan baju diorang. Dah siap semua baru dia datang.... dia cek luka dan terangkan tentang pengambilan ubat tahan sakit dan ubat bengkak.

Lepas azan Isyak kami pun berjaya keluar dari bilik tu. Nasiim naik wheelchair dan Faris berjalan tapi wheelchair tak boleh lah pulak ke B2. Sampai tingkat 1, minta nurse tu hantar ke lif bomba dan Nasiim pun berjalanlah sikit.

Sampai rumah dah pukul 9 lebih, masa tu jugaklah nak mencari apa yang patut dibentang... tak de tempat nak gantung tali ikat kain pulak, ishhh macam macamlah. Bila dah siap semuanya Nasiim pulak muntah....adeh buka balik semua dengan karpet-kapet sekali basah. Nasib baik ada tilam angin. Pukul 12 baru setel semua, rasa penat macam nak pengsan. Malam, en hubby tawarkan diri jaga budak-budak tu... nasib baik diorang tak bangun tengah malam. 

Hari ni sibuk dgn budak berdua tu sampaikan komputer pun tak terbuka. Amy pun dah rasa semacam aje dah ni jangan demam sudah.

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)