hilmirdadaud.blogspot.my

Eczema...

| On
December 19, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni Amy nak share tentang eczema dan anak-anak Amy. Nampak macam tak de apa-apa tapi kalau diperhatikan betul-betul mereka berdua ni asyik mengaru-garu aje tak de keje lain.


Irfan berumur 8 tahun kat kepala dia keluar bisul-bisul kecil, bukan 1-2 tapi banyak mcm bertompok tompok. Setompok tu banyak bisul-bisul kecil ada ada 1-2 bisul yang besar pastu kat tempat lain ada lagi setompok. Amy terpaksa gunting rambut dia sependek pendeknya tapi tak lah sampai botak... hehehe.

Dia dah tak boleh tidur dalam buaian sebab sakit. Berdarah. Siang malam menanggis. Tangan asyik nak menggaru kepala. 
Masa tu En Hubby masih kerja kapal dan Amy tinggal bersama keluarga mertua. Bila Irfan menangis bukan Amy aje yang tak tidur malam, atuk dan nenek dia pun tak boleh tidur... susah hati punya pasal. Kami memang tak tau tentang eczema ni. Jumpa pakar kulit berkali-kali... bilnya pun bukan murah tapi tak jugak sembuh.

Tak berapa jelas,  kemerah-merah kat kepala... bisul nak keluar.


Tak boleh makan ayam... tak makan pun gatal jugak. Tak boleh pakai losyen,sabun dan syampu baby biasa... kena pakai yang luar biasa punya.



Pantang dengar orang boleh mengubat... tak kira jauh dekat kami pergi. Sama jugak. Ada yang kena bawa telor, ada yang kena sapu kelapa ngan gula merah kat kepala dan ada jugak yang kena sembur.... macam-macam.

Alhamdulillah bila dia masuk sekolah tadika umur 4 tahun semua bisul tu hilang sendiri. Cuma sekarang tak boleh panas sikit mulalah dia menggaru kepala dan leher. Sabun basuh baju tu pun tak boleh terlebih sikit.... clorox jarang sekali.

Irfan dan Faris...



Masa Faris berumur 2 tahun Amy masih tak tau lagi tentang aczema... bawah tempurung betul Amy ni kan. Yang kami tahu Irfan... doktor kata alergik. Si Faris pulak dia tak ada keluar kat kepala tapi dia gatal-gatal kat pelipat tangan dan kaki (belakang lutut). 

Masa bawa Nasiim jumpa Paediatric ... tak sampai sebulan umur Nasiim masa tu Amy pun tanya tentang Faris sekali. Barulah tau tentang eczema dan yang Irfan kena tu pun eczema jugak. Doktor  kata kalau ada yang mengidap Asma dalam keluarga...  kemungkinan nak kena Eczema memang ada. Doktor bagi Ezerra dan bungkus tempat yang gatal tu.

Nasiim dan Faris..


Sekarang Faris dah 9 tahun... 22 Januari tahun depan dia dah 10 tahun. Gatal-gatal kat tangan dah hilang tapi kat kaki dah melarat sehingga ke punggung. 

Sama jugak macam si Irfan... tak boleh pakai sabun biasa. Losyen Ezerra tu pun dah tak berkesan dah. Puas dah melarang tapi dia tak boleh tahan nak menggaru jugak. Kulit kat kaki tu memang dah tak cantik dah... tak tau nak gambarkan, yang pernah mengalaminya aje yang tahu.


Bukan sebarang losyen boleh sapu sebab takut ada steroid. Amy dah tak tau nak sapu apa lagi kat situ. Ada yang kata sapu olive oil dan ada jugak kata tak boleh. Pernah sapu Alor Vera gel... lagi bertambah gatal pulak. Sabun Marine Essence pun dah cuba juga  tapi gatal tetap gatal. 

Ada blog yang Amy baca dia bawa anak dia gi Ampang Putri dan HKL tapi Amy tak pasti detailnya. Dulu selalu budak-budak ni jumpa Dr Kumari dan Dr Cristopher tapi tak tergerak pulak nak merawat eczema ni. Lepas ni harus ke sana ... En Hubby kata claim tahun ni untuk medical tak pakai lagi so kena pakaikan sebelum tutup buku... hehehe.


Ada juga terbaca tentang shaklee.... ada testimoni eczema sembuh.  Nak kena study jugak ni... macam nak ambik peksa aje pulak bunyinya kan. 






1 comment on "Eczema..."
  1. akak, kalau okey habaq mai.. nak jugak mencuba. :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)