Hari Orientasi...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam hari Orientasi SMK Seri Bintang Utara dari pukul 7:30 pagi Amy dah ada kat sana sampai pukul 3 petang, punyalah letih.

Dengan perut yang berdendang sayang... tak sempat breakfast punya pasal, mendengar ucapan dan taklimat sampai pukul 12:30 tengah hari. Faris dan Nasiim pulak asyiklah mengajak balik.


Pukul 11:30 sampai pukul 1 ptg, Irfan ada test English. Pukul 2:30 ptg ambik buku test barulah boleh balik.

Masa Taklimat pagi semalam ... kami diberi pilihan sama ada nak ambik DLP atau Dwi Bahasa untuk mata pelajaran Math dan Sc. Faris yang nak masuk darjah 4 tu pun Amy kena pilih nak ambik DLP atau Dwi Bahasa. Kalau si Irfan tu oklah sbb dari darjah 1 lagi memang math n sc dia dalam BI tapi si Faris ni BM... poning kepala.


Habis taklimat untuk ibu bapa... kami gi makan kat kantin dan menyinggah kedai buku SK Seri Bintang Utara, gi beli buku Nasiim dan Faris. Masih ada buku yang tak sampai lagi... adeh, berapa kali nak mengulang daaaa.

Sekolah rendah dan Sekolah menengah tak jauh, sebelah bangunan aje tapi ada pagar yang jadi pemisah.


Ni ajelah gambar yang ada... lama punya pasal, habis bateri tipun Amy dikerjakan budak berdua ni main games. Gambar abang dia pun tak dapat nak ambik.

Comments

  1. Fasa yang membahagiakan mak ayah ye.. saya lagi 1 tahun baru nak merasa pengalaman uruskan anak sendiri ni.. kalau biasa uruskan anak2 murid je..

    ReplyDelete
  2. tadi pun gi sek ren anak2 yg masuk thn 3 dan 4. anak sulung plak masuk f1 di sek abam je..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan..anak pertama saya baru join darjah satu kat sksbu jugak. Malangnya saya takde kawan parents yang lain. Puan hantar anak ke KAFA petang jugak ke? Kalau ye, nak tanya, parents boleh ambil anak ke tak dalam tempoh antara SK dan KAFA tu? Especially hari jumaat ada gap 2.5jam lepas SK nak ke KAFA tu...mohon pencerahan ☺️☺️ Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam...
      saya pun hantar anak ke KAFA. Anak saya darjah 2 dan 4.
      Dah 5 hari saya ke sekolah, ibu bapa tidak boleh ambil anak sbb mereka habis sek keb pukul 1 dan pukul 1:30 dah kena beratur. Saya dan ibu yang lain ambil pas dan masuk utk tengok anak makan dan tukar baju.

      hari jumaat pun sama... sebenarnya ibu bapa tidak dibenarkan masuk tapi kami masuk jugak. Risau sbb anak saya tu masih belum berapa pandai berdikari lagi hehehe.

      Delete
    2. Tak sangka anak kita satu sekolah. boleh lah kita kenal-kenal selepas ni. no telifon saya ada kat sblh kanan blog ni :)

      Delete
  4. Tq sebab reply ☺️ jumaat hari tu saya bawak anak balik rumah kejap sebab kebetulan dapat afternoon off. Tapi tak tahu lah jumaat2 lain nanti macamana �� so anak2 akak buat apa kat sekolah dalam masa 2 jam tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)