Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Rabu, 22/10/2014.


Lebih kurang pukul 9 pagi... lepas breakfast kami pun keluar dr rumah tumpangan tu.

Tempat yg teksi semlm tu turunkan kami tu Anjos, hostel kami tu Interdente. 2 Stesen yg berhampiran p jln kaki penat tu.



Stesen Metro Interdente betul-betul depan rumah..

Hati-hati apabila berjalan dan tarik beg di Portugal kerana ada banyak najis anjing.

Dr balkoni bilik... seberang jln tu pun ada tangga nak turun ke stesen Metro.


Tiket Metro... tambang dr Interdente ke Rossio 1.90euro. Harga kad tu lain ye...


Sempat posing lagi...




Keluar dr Stesen Metro menuju ke Rossio mencari hentian bus HOHO.


Tak jumpa lagi kedai yg jual tiket bus HOHO.


Jumpa pulak Ask Me Lisboa ni... boleh tanya macam-macam kat sini. Boleh tanya n ambik map tiket bas kat tempat lain... ok.

 Polis sedang meronda... bilalah kat KL ni nak ada benda camtu....


Cer tengok jalan dia ni, jln kete ke jln orang ke semuanya "pesen" camni.... camnerlah roda beg tu tak rosak. 


Sebenarnya nak ambil gambar tram tu tauuu bukan gambar couple tu.

Orang yg kat Ask Me Lisboa tu suruh kami ambil train kalau nak ke Cascais... cara yg paling mudah tapi train station tu jauh sikit... dr Rossio kami menghala ke laut.


Jumpa 3 ekor semut besi..

 Tak pernah terfikir nak buat gaya cam tu....



Akhirnya sampai train station... jauh tuuu berpeluh ketiak hehehe. Kat sini boleh beli tiket train dan tiket kapal sekali. Amy tak tau pulak distinasi kapal tu... 

Kami ambil ticket train ke Cascais dan tiket bas dr Cascais ke Sintra 15.50euro.




Berposing dalam train pulak....


Dalam perjalanan nak ke Cascais tu Amy nampak Belem tower dan Jabatan mcm kat San Francisco tu....

Ok lepas ni sambung pulak citer kat Cascais...



Whatsapp Amy 019-2253200
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Petang tadi hujan... bila hujan startlah terfikir masal makan. Mula-mula teringin nak makan Puding Roti Kayu Manis... tengah buat tu teringin pulak nak makan jemput-jemput cicah sardin.



Pagi tadi gi Jaya Jusco terlupa pulak nak beli bawang. Kalau dah balik nak keluar balik.... kirim salamlah. So masuk aje apa yang ada.




Teringat pulak pada Teh Lemon yang en hubby beli masa dia gi Turki dulu... apa lagi bacuhlah. Amboiii selera waktu hujan ni....

Puding roti Kayu Manis.

Jemput-jemput siap Puding Roti pun siap... banyaknya nak makan hehehe.


Amy gi JJ nak pos barang sebenarnya pastu menyinggahlah ke MPH. Belikan Irfan buku rujukan Sains dan buku latihan yg lain. Faris pulak ambik buku citer advanture, Irfan nampak Faris ambik dia pun ambik jugak... 

 Ok baca cepat mama nak dengar..

Amy memang selalu gi JJ tu naik teksi. Naik aje meter dah RM3 pastu dia akan naik seposen-seposen tapi pagi tadi masa pergi meter teksi tu naik 25sen-25 sen. Takut tengok meter teksi tu. Selalu dr rumah Amy ke JJ tu biasanya RM4 tapi ari ni RM4.75.

Masa balik pulak... teksi yang lain, meter dia naik 20sen-20sen. Selalu dr JJ ke rumah Amy ni tak sampai RM4 pun tapi kalau jem tu sampai lah... hari ni Amy kena RM4.20 walaupun jalan tak jem.

Amy pelik betul... GST belum start lagi tambang teksi dah naik... dia naik sesuka hati pulak tu... ada yg naik 25 sen ada yang naik 20sen. Wehhh mana boleh macam ni, ingat orang yg naik teksi kaya ke? kalau kaya dah lama beli kete sendiri tauuuuu.



Herbal Plus pad tidak berbau herbal....

Whatsapp Amy 019-2253200


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Lisboa Aeropuerto.. dr tempat tunggu bas.



Kami sampai Lisbon pukul 2 lebih... lepas dah setel semua, kami melepak dulu sambil menggunakan sehabisnya wifi free yg disediakan. Wifi tu boleh digunakan selama 30 minit jadi sempatlah berSkype lama-lama ngan en hubby n anak-anak. Airport Lisbon lebih kurang aje besarnya ngan airport Barcelona cuma airport Lisbon ni nampak lebih moden n canggih sikit.

Mula-mula plan nak naik metro (train) tapi boleh pulak Metro ari tu tutup sbb depa mogok. Nasib baik kat KL ni LRT tak pernah mogok lagi.. huhuhu. Azab woooo terpaksa pulak mencari bus. Bus stop ngan Metro Stesen tak jauh tapi sbb tiba2 punya pasal harulah jadinya. Dahlah penat perut pun lapar, makanan depan mata tak boleh nak ngap klu boleh ngap mahal pulak tu... adehhhh. Masa nilah rasanya rugi tak mkn mknan yg mahal masa kat Malaysia.

Melalut pulak dahhh ... hihihi. Ok sambung balik citer kat bus stop tu. Puas bertanya sana sini, tengok peta bagai last Amy ngan Nadia sepakat nak naik teksi aje, lebih senang. Cik Limah terpaksa ikut pilihan kami sbb dia pun dah penat gila. Kalau naik teksi, tak payahlah nak fikir beg yg berat tu + nak cari hotel lagi + kang klu sesat lagi parah dah tentulah teksi tu hantar depan pintu hotel. 


Beratur tunggu giliran teksi.

Teksi dr Lisbon Airport ke Anjos kami kena 8.85euro. Mahal tp jimat masa dan tenaga. Teksi kat Lisbon berbeza ngan teksi kat Barcelona, lama dan tak cantik. Tapi pemandunya tetap baik hati. BI depa kurang sikit tp klu kita tulis betul2 alamat terang lagi nyata insyaallah terus sampai tempat yg kita nak tuju tu.

Sampai aje kat alamat yg kita org bagi kat Teksi tu, muka dia pelik sikit. Dia keluarkan beg.. kita orang bayar tambang n dia pun blah. Kami bertiga berdiri kat depan bangunan yg teksi tu turunkan... tengok bangunan tu atas bawah.. bawah atas, mcm tak percaya dgn apa yg kami tengok... orang keliling mesti pelik tengok kita orang.

Apasal hotel kita orang tu mcm rumah tinggal???? Ada yg tak ada tingkap pulak tu. Cik Limah dgn tak puas hatinya pun masuk dlm bangunan tu... kami risau jugak kot jadi apa2, tak lama dia pun turun... betul, tak ada orang duduk. Lama kami kat situ last tengok balik alamat rupanya cik Limah salah tulis no bangunan. Nasib baik tempat yg sama ... satu barisan tapi jauhlah sikit.


Pemandangan dr bilik hotel. 

Anjos sangat berbeza dengan Catalunya.. masa mula-mula sampai Amy rasakan mcm kat dlm movie citer gangter kat lorong-lorong tu. Anjos ramai orang kulit hitam.. mereka sebahagian dr masyarakat  Portugal. Tempat yg tak berapa nak ceria n kehadiran ramai orang ITU so boleh bayang tak apa kat fikiran Amy??

Kami book Rozi resident utk 2 mlm 80euro. Murahlah berbanding di Barcelona. Review pun ramai yg kata ok tempat tu. Cuma Amy tak suka ngan tangga dia. 


pinjam pak cik google punya gambar..

Haaa mcm tu dia punya tangga tapi lagi antik lagilah mcm bangunan dolu dolu yg kita selalu tengok dlm movie tu. Nak bawa beg naik tingkat 3 pulak tu... macam nak tercabut pinggang. 

 Malam tu main masak-masak dlm bilik aje pastu turun gi kedai cari air mineral. Amy suka ngan air teh mangga...sedap. Depa panggil mangga pun mangga jugak.. nama pun nama jugak.



Amy beli satu botol besar tu 1.80euro. Mineral water 6 x 2 liter = 4.80euro. Barang kat sini lebih murah dr Spain.

Orangnya pun lebih gelap.. tu sebab org Portugis kat Malaysia lebih kurang aje ngan orang melayu sbb mereka kat sana pun kulit lebih kurang ngan kita aje. 

Rozi Resident bersih, ada 3 katil dan tak ada kipas. Berhadapan dgn stesen Tram, Metro dan bas. Malam bising dengan bunyi ambulans pergi balik. Free wifi.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

1 April dah semakin hampir... Herbal Plus pad pun tak ketinggalan terkena tempiasnya. 




Start 1/4/2015 harga 1 bundle pad (=10 bungkus) masih RM100. Tapi company diwajibkan memungut cukai barangan & perkhidmatan (GST) sebanyak 6% bagi pihak kerajaan. So harga 1 bundle = RM106. Tu kalau beli 1. Kalau mobile stokis? Daripada modal RM6,000 dah jadi RM6,360!!! 



So apa kata dalam baki beberapa belas hari ni kita pakat2 simpan stok pad & supplement sebelum masuk 1/4? 
Jom jom beritahu kawan2 kita... Beli ‪#‎HerbalPlus‬ sekarang sebelum 1/4...
Promosi Beli 2 bundle (20 bungkus) PERCUMA 1 bundle (10 bungkus) masih ADA! GRAB SEBELUM TAMAT (",)


Rebut sekarang sebelum GST...

1 bundle (10bungkus) RM100

2 bundle(20 bungkus) RM200 dpt Free 1 bundle + free membership seumur hidup.

Whatsapp 019-2253200





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..





Hari Selasa pagi sebelum gi renew road tax kete kami gi breakfast dula kat Pasar Kg Pandan tu.

Amy tak taulah kenapa persengketaan antara peniaga, pelangan yang terima akibatnya. Pagi tu ramai orang, kami plan nak makan putu mayam dan apom tp kedai tu penuh pulak. Kebetulan kedai sebelah tu tutup dan ada meja kosong... kami pun duduklah kat situ, tiba-tiba dtglah orang dr kedai sebelah ambik order. Amy pun serba salah... kami duduk meja kedai yg tgh-tgh. 

Orang dr kedai no 3 tu kata kena order air dari dia tapi makan tak kisah boleh order kat kedai mana2 pun. Amy pun orderlah air dan 1 lempeng pisang tanpa kelapa. Bila nak order Putu Mayam n Apom dr kedai no 1 tu.. punyalah lama nak panggil, nampak pun buat mcm tak nampak aje. Pelik pulak..

Bila dah ada meja kosong, Amy bayar dan kami pergi ke meja kosong kedai no1 tu. Tak puas hati punya pasal kami pun bertanyalah pada kedai no 1 tu kenapa tak nak ambil order dr kami tadi. 

Kedai no1 tu pun jelaskanlah... hubungan mereka tak baik dan ada beberapa kejadian yg tidak baik telah berlaku yang Amy rasa tak perlu Amy ceritakan di sini.

Kenapa mereka yg bergaduh kita pelangan yg jd mangsa. Kalau tak nak pelangan tu order kat tempat lain tp duduk kat tempat dia... bagitau awal-awal atau letak notis ke... tak pun buat line. 

Macam ni lah orang kita kan. Kes ni buat Amy teringat Cigu Zack cerita pasal ketam. Ketam melayu dan ketam cina, ketam melayu walaupun dibiarkan bekas terbuka tak de sekor pun ketam akan keluar sbb klu ada yg cuba keluar pasti akan ada ketam lain yang akan tarik ketam yg nak keluar tu. Tapi klu ketam cina... satu ekor ketam keluar ketam yang lain pun akan ikut keluar juga.




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kejap aje cuti sekolah dah nak abis... Amy ni pulak ntah angin kus-kus mana yang menyerang Amy pun tak tau. Dah sekat seminggu ni FB, Telegram... blog semua tak berup date. Buka pun tak de cam ner nak up date... huhuhu. 

Email tak berjenggah.. whatsapp pun tak berbuka, kalau boleh panggilan telifon pun tak nak angkat.


 Hari Ahad kami gi Pavilion lagi. Teringin pulak gi Japanese Street tu.



 Hari tu ramai orang kat Daiso, mula-mula kami satu family masuk... tak tahan ramai sgt orang, en hubby bawa anak2 tunggu kat luar, Amy sorang aje menyelit2 kat dlm tu. 







Sebelum balik kami menyinggah dulu kat Sticky. Sebelum ni lalu aje tak pernah membeli pun.




Suka tengok gula-gula dia yang cantik ni...

Beli yang paling murah... 




 Tengok diorang potong gula-gula tu.


Hari Isnin pagi bawa anak-anak main air kat swimming pool pastu melepak aje kat rumah.