Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti biasa... auntie Ika jadi model hehehe, kami orang yang pertama dalam group yang turun breakfast dulu. Pukul 6 lebih turun breakfast... yang bagusnya awal tu sebab boleh menikmati breakfast kami tak delah terkejar-kejar. Lepas makan ambik beg kat bilik dan check out.


Yang bagusnya kat Hotel Byeyer ni banyak makanan vegeterian so banyak pilihan nak makan tambahan pulak Dr Eng yang kebetulan turun awal tolong kami soal siasat bahan bahan masakan dalam bahasa cina.

Kat bawah ni gambar masa awal awal masuk kawasan Torako Gorge ni.


Sedikit pengenalan mengenai Taroko Gorge... Copy kat Wiki aje malas nak mengarang punya pasal.

Taroko Gorge and its surrounding area are well known for their abundant supply of marble, leading to its nickname, "The Marble Gorge". The rock now seen in Taroko began over 200 million years ago as sediment on the bottom of the ocean. As the sediment collected, it was subject to increasingly large amounts of pressure which eventually hardened it into limestone. Over the past 100 million years, tectonic compression between the Philippine Sea Plate and the Eurasian Plate supplied additional pressure that metamorphosed the limestone into marble. Uplifting forces from the plate collision pushed this rock above the surface of the ocean to where we see it today. The region is still being uplifted by approximately 0.5 cm (half-centimeter) per year.[1]
The gorge itself was carved into the marble by the erosive power of the Leewoo Ho River.
In addition, there is known to be jade in this gorge. This jade is only found in Taiwan and it supplies the jade market in Hualien. These mountains can be seen rafting (a common activity during summer months in Taroko Gorge) through the rivers.
The Tupido Tribe Trail was built by the Batto Bulego family of Taroko some 120 years ago, and now only parts of its ruins remain on the Tienhsyang Taiti mesa . Four generations of the family resided there until the Japanese army massacred the tribe and banished the survivors in 1914.


Bas berhentikan kami sekejap kat atas jembatan... bila bas berhenti jalan jem kejap hehehe.



Berselfie kejap aje pastu sambung perjalanan...
Dari dalam bas kami nampak batu seperti muka orang asli... ala macam red indian tu

Nampak tak?



Semua orang kena pakai helmet ok... ada disediakan masa mula-mula nak masuk sini.


Bas turunkan kami kat satu tempat macam R&R, kat situ boleh beli makanan, gi toilet dan sambung berselfie. 

Bersebelahan dengan Dr Eng, pengasas Bio Greeno Sdn Bhd dan SolarLand juga seorang jutawan. Semoga aura jutawan tu melekat sikit kat Amy ni.







Dr Eng belanja makan mangga... berpingan-pingan mangga kami makan. Manis dan sedap mangga Taiwan.



Nyanyi lagu Rasa Sayang dengan pengunjung dari China.

Diorang pun pandai nyanyi lagu kita tu... bangga kejap.



Sambung perjalanan dengan berjalan kaki aje...


Tunnel of Nine Turns..

Diorang semua dah jauh kat depan...



Nilah pasal kena pakai helmet... banyak batu jatuh dari atas.

Dah lama punya pasal cerita pun ingat ingat lupa tak silap Amy dolu-dolu masa diorang nak buat jalan ni seksa sebab batu kat situ keras gila kena letup letup bagai siap import pakar. Amy tak ingat dia enginer ke apa... ala mcm big bos jugaklah orang Jepun tu mati sebab batu jatuh dari atas kena kepala dia.



Macam gua... 



Yang ni tak tinggi sangat.
Torako Gorge ni macam Grand Canyon sikit ... bezanya Torako ni meninggi keatas.



Bas tunggu kat sini...
Kat sini lebih tinggi berbanding yang atas tadi.


Aksi photographer... 
bersungguh sungguh nak ambik gambar wife dia.




Tak dapat nak ambik gambar puncak dia... tingginya batu ni.

Pastu naik bas ke Eternal Spring Shrine Trail. Kat situ boleh gi toilet jugak.



Eternal Spring Shrine Trail... yang bawah tu. Yang atas tu tak tau pulak.






Amy paling suka gambar yang ini.
Tuan Ikram, Hazawani, Dr Eng, Ilda Rani, Amy dan Auntie Baini. Auntie Ika tak turun sebab dah penat.


Kemudian kami ke sini.

Kat dalam...


Kuih apa Amy tak tau tapi rasa keladi... macam kuih bulan aje kan. 
Mula-mula Amy nak ambik yang ada telor masin tapi bila makan banyak rasa hanyir telor pulak.


Tengah tunggu yang lain kat luar.



Lepas tu kami ke sini pulak...


Dia buat kat depan mata kita... siap tunjuk satu satu bahan. Bahan yang sama macam kita buat kat sini.

Sebijik macam kuih mochi rupanya.



Pekerja yang sorang tu orang Indonesia buat part time kat situ... kami cakap bahasa melayulah aje lah.



Amy beli macam macam rasa. Kopi, coklat, wasabi dan oren.


Sebelum balik kami singgah kedai Pak Arab yang kami datang malam sebelum tu. 


Roti Naan dan kari daging yang sangat sedap. 
Semangkuk sorang ok... puas nak abiskan. Kenyang gila.
Biasanya kalau singgah makan kami sembahyang sekali kat situ, mereka sediakan tempat sembahyang.



Aircond besar gajah.

Lepas makan dan sembahyang kami terus ke train station untuk pulang ke Taipei.





Keretapi Ekspress tak selaju bullet train tapi laju jugak lah. Keadaan muka bumi di kawasan sekitar Hualien tak mengizinkan bullet train kat situ.

Dijangka sampai Taipei pukul 3 lebih.


Tak sedar muka Amy pun ada dalam ni.

Bersambung lagi....




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambung lagi citer kat Hualien... dah basi dah citer ni tapi nak jugak buat n3 ni untuk kenangan diri sendiri hehehe.

Lepas sesi berselfie syok sendiri kat kolam penternakan Golden Clam kami terus bertolak ke kilang jade yang tak jauh dari situ... tak sampai setengah jam dah sampai. Pukul 5 lebih baru nak bertolak... kilang pun dah nak tutup dah.


Kami disambut oleh tokey kilang jade tu sendiri... bisnes keluarga turun menurun sebenarnya dan batu-batu tu diambil dari gunung kat belakang tu. Gunung kat sana tak macam gunung kat Malaysia... kat sana banyak batu. Selain jade, Taiwan juga terkenal dengan batu marmar yang berkualiti tinggi.


 Dekat kaki lima pun ada jade... 


Tokey kilang ni buat demo...



Tak terbakar pun.... panas pun tak.


Lagi satu cara nak tentukan kualiti batu jade.

Batu jade yang kat atas meja tu untuk kami... pilihlah mana yang berkenan tapi sorang satu aje. Bukan kilang bagi free tau tapi Dr Eng yang belanja.

Thanks Dr Eng belanja kami jade.


Bila dah pilih batu jade kenalah polish sendiri yer...



Mula-mula takut jugak kot-kot terkena tangan.


 Rupanya banyak step daaa nak terang satu satu dah lupa pulak yang ingat membentuk... mengilat aje.
.
ada jugak yang elok elok batu jadenya besar dah jadi kecik
.
ada cikgu yang ajar ... Beginner macam kami memang 90% cikgu yang tolong hehehe.





Last sekali... bila seamier step dah siap kenalah jumpa auntie ni untuk pilih tali dan pasang sekali. 



Tadaaaa dah siap Amy punya. 
Dek kat kedai yang kat pekan harga yang simple giler ni RM200 lebih tau... masa tu duit kita dah start jatuh so memang rasa mahal lah nak shopping kat sana.

Kawan-kawan yang lain ada yang beli gelang RM400 lebih untuk kenangan.


Yang kat belakang tu tengah pilih gelang..


Sila abaikan saya yang dah membesar ni..



Autie Ika bersama roti Naan dan gelang Jade barunya.

Sebelum balik hotel kami singgah makan malam kat kedai Pak Arab. Tukang masak Roti Naan ni tokey kedai tu sendiri. Masa kami datang dia tengah bersilat kat dapur. 

Besar sangat, nak ikutkan Amy memang tak abis tapi sumbat jugak sebab tak nak membazir.

Lepas makan balik hotel...


Byeyer Hotel..
Address: No. 361, Zhongshan Rd, Hualien City, Hualien County, Taiwan 970



Satu bilik lagi dengan Auntie Ika.



Dah masuk bilik duduk kejap pastu keluar semula gi pasar malam. Pasar malam kat situ tutup awal.. tak dapat beli apa-apa pun.


Waktu solat... 
Tidur dah lewat pastu nak bangun subuh pukul 3 lebih pulak. Penat + mengantuk = bangun masuk toilet satu mata buka satu mata lagi tutup hehehe.