hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang tadi Amy dihubungi oleh "No Caller ID'... bersuara perempuan India dan kononnya dari Maybank. 



Memang mencurigakan panggilan tu. Nombor telifon tak ada lepas tu pulak bunyi latar belakang pun pelik dan bising, ramai yang sedang buat panggilan.
 Mula-mula dia tanya Amy baru-baru ni ada terima penyata tak dan Amy kata tak ada. Lepas tu dia tanya kad ATM valid sampai bila. 


Kad ATM dari Pakcik Google ye... 

Kemudian dia bacakan 8 nombor pertama kad dan minta kita nombor yang seterusnya kononnya nak register online. Bila dia minta nombor kad aje...
.
.
Sah nak menipu.

Amy pun startlah soal macam-macam, terus dia putuskan talian. 

Amy bersyukur sangat kepada Allah swt kerana melindungi Amy dari penipu tu.

Nasihat Amy... jangan sesekali memberi nombor ATM kad kita kepada sesiapa pun kecuali kita pergi sendiri kat bank tu dan hadap muka pegawai bank tu. Orang nak menipu skang macam-macam cara.






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama teringin nak buat RV akhirnya dapat juga buat sebelum cuti sekolah bermula. Hari baru keluar gambar-gambar ni dari draf tu. 




Resepi seperti biasa dari blog kak Azlita. Kali ni kek ni ambik masa lama nak habis sebabnya anak-anak amy dah tak berapa nak makan dah kek-kek ni. 

Mungkin masa diorang kecik-kecik dulu, mamanya asyik membaking aje... pantang resepi baru aje semua ditestnya sampaikan masuk rumah aje bau kek, mana tak jemu hehehe.


Amy suka tengok dia merenggang sendiri dari loyang.



Lain kali kena buat separuh dari resepi ni...

Resepi Red Velvet ni boleh ambil di sini.

Berbaloi kalau buat sendiri kek ni boleh makan berulang kali, kos bahannya pun murah aje kecuali cheese. Nak sedap gunalah yang mahal sikit hihihi. Kalau beli Secret Recipe satu slice dah berapa kan... tapi Amy pun kadang-kadang kalau sorang aje yang nak makan pun Amy beli aje kat sana.




nota kaki : Jaga anak-anak khatan ni sampai demam pulak...




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah dah start ramai juga yang ambik kesempatan khatankan anak. Ada yang seawal hari pertama cuti sekolah dah khatan.

Semalam, Isnin 23hb Nov 2015... hahaha siap tarikh lagi tu. Selamatlah anak bujang Amy yang dua orang tu dikhatankan. Temu janji pukul 2:30 petang jadi pagi tu sempat lagilah Amy mengemas rumah dan masak. Sempat jugak bawa budak-budak ni gi berendam kat kolam. 
Faris dan Nasiim kena berpuasa 6 jam nasib baik diorang ok aje. Sebelum tu Amy dan en hubby dah beritahu awal-awal yang diorang akan berkhatan pada hari tu. Mula-mula takut jugak tapi bila dah tau diorang akan tidur dan bila bangun dah siap... barulah diorang ok.

En hubby kerja halfday semalam, lepas zohor aje kami terus bertolak ke Pusrawi.


Biasanya kalau dari rumah nak gi Pusrawi tu tak sampai 15-20 minit dah sampai, kalau banyak kete lah tapi semalam kat Bulatan Kampung Pandan tu jem giler. Lama jugaklah kat situ, semuanya gara-gara jalan nak ke Ikea(Pudu) tu. Jalan nak ke Bukit Bintang dan Jalan Tun Razak ok aje.

Pukul 2:35 petang staf Pusrawi call untuk confirmkan kedatangan. Masa tu kami baru sampai Bulatan Pahang nak buat U- turn.



Masa sampai dapat paper bag, kat dalam tu ada roti kream, air milo 2 kotak, kuih donat, kuih samosa dan pulut kuning rendang daging. Lepas buat pembayaran dapat ubat siap-siap dan kami diminta ke tingkat 5. 

Kat dinding-dinding ada banyak tulis Khatan tingkat 3. Kami ingatkan kami ni salah dengar so kami pun pergilah ke tingkat 3. Rupa-rupanya kat situ daycare. Budak-budak yang berkhatan pastu balik. Kami kena pergi tingkat 5... tu lah hehehe.


2 orang budak 2 buah katil. Dapat nasi lauk ayam 2 bungkus.

 Lepas nurse cek segala kena tukar gaun hospital... 



Seperti biasa kalau masuk wad kenalah pakai gelang. 


Budak 2 orang ni tak pernah masuk wad ... jadi diorang ni excitedlah. 

Dalam bilik tu ada lagi seorang budak nak berkhatan jugak jadi meriahlah sikit dalam bilik tu. 

Pukul 3:30 Faris dan Nasiim di masukkan ke dalam bilik pembedahan. Kami menunggu di bilik menunggu yang disediakan. Dalam bilik menunggu tu ada seorang perempuan pun tengah tunggu anak dia. Disebabkan Amy ni terlebih peramah dapatlah kongsi kerisauan hati dia... tukang dengar aje pun hehehe. 

Dia dari Selayang, anaknya join Khatan Perdana 2 hari yang lepas (Sabtu). Sejak balik dari berkhatan sehinggalah semalam berdarah tak berhenti (darah mengalir keluar) puas tanya pendapat kawan, jiran dan sedara last dia pun bawa anaknya ke hospital. Dah sampai hospital, doktor kata kena buat semula. Dah satu jam anak dia masuk tak keluar lagi. 


Tak lama selepas anak kepada perempuan tu keluar, Faris pun keluar. Amy ingatkan dia tidur lagi rupanya dah bangun dah. Amy ikut Faris ke bilik dan en hubby tunggu Nasiim yang belum keluar lagi.

Bila ditanya sakit ke tak... dia jawab sakit sikit. Kadang-kadang ada jugak dia kata sakit... sakit .. sakit tapi dia masih mampu senyum lagi. Abang Irfan dia kata Faris budak kuat. Dia dah bising lapar tapi tak boleh makan lagi sebab takut muntah. Kita suruh dia tidur dia tak nak... mainlah tipun sampai habis bateri.

Nasiim masuk setengah jam kemudian. Tadi Faris dia terletang tapi Nasiim mengereng. Mata tertutup tapi air mata mengalir, mungin tekak dia pahit jadi air liur asyik keluar aje tu yang dia kena mengereng tu. Tak lama lepas tu dia muntah mungkin sebab ubat kot. Bila dah tak keluar air liur lagi, kami betulkan badan dia dan dia sambung tidur sampai dekat pukul 7 mlm.


Faris ... tak suruh lagi dia dah nak terkencing. Bagus jugak, cepat sikit boleh balik.

Budak yang sebelah tu lepas dapat lampu hijau barulah makan dan minum kemudian pergi toilet dan cuci luka, muntah dan dah boleh balik. 
Faris pulak gi toilet dulu, pastu tunggu cuci luka dan baru dapat lampu hijau nak makan. Boleh pulak lepas tu dia ajak balik padahal adik dia belum siap lagi.

Nasiim kali pertama gi toilet tak jadi nak terkencing lepas tu bila dah balik katil dia minta air. Amy pun bagi sikit-sikit tapi kerap ... takut muntah punya pasal.  Kali kedua gi toilet, berjaya jugak. Tunggu nak cuci luka lambat sangat, azan maghrib pun dah lepas. En hubby cuci sendiri aje pastu kami pun siap-siap tukarkan baju diorang. Dah siap semua baru dia datang.... dia cek luka dan terangkan tentang pengambilan ubat tahan sakit dan ubat bengkak.

Lepas azan Isyak kami pun berjaya keluar dari bilik tu. Nasiim naik wheelchair dan Faris berjalan tapi wheelchair tak boleh lah pulak ke B2. Sampai tingkat 1, minta nurse tu hantar ke lif bomba dan Nasiim pun berjalanlah sikit.

Sampai rumah dah pukul 9 lebih, masa tu jugaklah nak mencari apa yang patut dibentang... tak de tempat nak gantung tali ikat kain pulak, ishhh macam macamlah. Bila dah siap semuanya Nasiim pulak muntah....adeh buka balik semua dengan karpet-kapet sekali basah. Nasib baik ada tilam angin. Pukul 12 baru setel semua, rasa penat macam nak pengsan. Malam, en hubby tawarkan diri jaga budak-budak tu... nasib baik diorang tak bangun tengah malam. 

Hari ni sibuk dgn budak berdua tu sampaikan komputer pun tak terbuka. Amy pun dah rasa semacam aje dah ni jangan demam sudah.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam hari ketiga Ikea Cheras dibuka kebetulan dah dekat dengan rumah haruslah pergi mencuci mata. Kalau drive dari rumah ke Ikea lebih kurang 7-8 minit jika jalan clear. Kalau dari rumah MIL Amy lagilah dekat, enjin tak panas lagi dah sampai dah.




Ikea Cheras ni memang lagi besar dari Ikea Damansara. Dari main road lagi ada Pak Rela tolong jaga sehinggalah dekat main entrance. Mungkin sebab ia baru lagi jadi suasana tak semeriah dan secantik Ikea Damansara. Tak meriah maksud Amy... dindingnya. Dinding banyak yang kosong.


Dari parking...



Inilah yang kami dapat dari staf Ikea yang dekat escalator tadi. Jadilah Viking sekejap.

Kami datang pukul 9 lebih terus gi makan dulu.


Selfie dulu sementara tunggu ayah beli makanan.


Tempat makan ni memang besar tapi tempat basuh tangan dia kat satu tempat aje dan jauh dari meja kami. Kalau anak-anak nak gi basuh tangan sendiri tak boleh sebab Amy tak nampak diorang.


Toilet sebelah restoran. Tak semeriah yang dekat Damansara sana. Mungkin diorang akan memeriahkan lagi dinding kat situ masa yg akan datang... mungkinlah kot. 

Dalam toilet pulak ... yang ni tak best. Basah ...  tak ada mesin pengering lantai tu. 



Kena beratur nak masuk restoran... kena tunggu kejap. Ada tukang jaga kat situ. 



Amy berkenan sbb murah tapi promosi ni sampai hari ni aje (Ahad 22/12/2015). 





 Kat sinilah diorang paling suka...


Amy suka jugak dengan rak ni... tapi nak letak kat mana, rumah sekangkang kera.


Bagi Amy, Ikea Cheras ni besar giler lah. Pukul 2 baru keluar dari situ. Tak beli banyak pun. Bayangkan kalau Amy berkenan dengan langsir ke, sofa ke, tilam ke, katil ke... pukul berapa nak balik tu? Malam kot hehehe.




Ruang pingan mangkuk besar ... banyak pulak tu. Puas hati kalau nak pilih satu satu. Banyak pilihan.




Amy tak tau nama ruang ni tapi ala-ala ruang stationary lah.




Bahagian bunga dan pasu... ha pilihlah mana yang berkenan. Banyak pilihan buat rambang mata.




Amy suka pasu ni... comel dan cantik tapi Amy tak beli pun. Kalau ikutkan semua nak beli duit aje yang tak mandang hahahaha.



Ternampak pulak yang ni. kebetulan kat rumah ada yang kaler putih. Benda yg lekat kat dinding tu pun ada ... kaler putih gak. Bolehlah buat camni nanti.


Iklan Sekejap...


Promosi Bundle Herbal Plus...

1 bundle(10 bungkus) RM120 termasuk pos!!!
Harga asal RM138 + pos RM8
JIMAT RM26. 



Promosi sehingga Disember 2015.

ok sambung balik... hehehe.


Budak-bidak ni dah bising... bila nak balik. Kalau kat Ikea Damansara tak pernah diorang bising. Ikea Cheras ni besar punya pasal jadi diorang rasa macam ... "bila nak sampai hujung ni?". Lebih kurang camtulah. Meregek kaki dah letih berjalan pun ada jugak.

Mamanya tak terasa semua tu... hahaha. Banyak ruang dalam Ikea tu yang Amy tak ambik gambar. Ni pun dah banyak.


Nak beli ais cream, karipap ... hotdog.
Semalam ais cream 80sen satu.


Mama pun nak jadi viking jugak...

Bila Ikea dah dekat ni selalulah nampaknya Amy ke sini. Anak-anak gi sekolah mamanya gi berangan kat Ikea.



Ini ajelah yang Amy beli. Balang kaca tu Amy beli sebab kaler dia. Amy beli stiker label sekali, pasni boleh lekat kat botol.

ok tu aje citer kat Ikea semalam. Petang tadi kami ke Ikea, kononnya nak beli sofa yg RM199 tapi tak jadi masuk sbb jalan nak masuk parking dari Jalan Cochrane tu tutup, mungkin sebab hujan sebelum tu kot... tak kuasa nak ikut jalan lain kami terus ke Jaya Jusco Maluri. Tak ada rezeki nak beli sofa tu. 

Assalammualaikum dan Salam sejahtera


Promosi Bundle Herbal Plus...

1 bundle(10 bungkus) RM120 termasuk pos!!!
Harga asal RM138 + pos RM8
JIMAT RM26.


helbal plus pad

Untuk Promosi ni ... stok sangat terhad. 
a) 10 Bundle pad malam
d) 10 bundle pantyliner
c) 5 bundle pad siang
d) 5 bundle mix bundle


Nak Jimat lagi???

Kenalah beli 2 bundle = RM234 + Pos RM15
Satu bundle jatuh rm117
Free membership seumur hidup


Promosi Bundle Herbal Plus ini Amy buat sehingga hujung Disember 2015. Promosi ni Amy sendiri yang buat so tak de kena mengena dengan stokis dan agen Herbal Plus yang lain. Amy buat promosi ni untuk memberi peluang kepada semua (bukan ahli Greeno) untuk memiliki dan mencuba Herbal Plus.

Whatsapp Amy 019-2253200 





Promosi Jimat habis!!!

Nov - Dec 2015.


4 bundle RM 468 FREE 1 bundle.
Satu bundle jatuh RM93.60
Free membership seumur hidup.
Bonus 5%.


10 bundle FREE 3 bundle.
Satu bundle jatuh RM90.
JIMAT RM351.
Free membership seumur hidup.
Bonus 5%.


8 bundle Herbal Plus + Golden Clam + Spring Life = RM1230.
JIMAT RM236.
Free membership seumur hidup.
Bonus 5%.






Testimoni Keputihan & Kegatalan Semasa Mengandung.


Whatsapp Amy 019 2253200
atau 
stokis dan agen Herbal Plus yang terdapat disebelah kanan blog Amy ni.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita basi lagi... hehehe. Dua minggu lepas, hari Sabtu sebelum Deepavali kami balik Serting dah agak petang. Macam biasa highway sesak, bila sampai Bukit Putus pulak lagilah slow.  Beratur panjang belakang lori lepas tu hujan lebat pulak.... patutnya 2 jam dah sampai ni berjam-jam baru sampai.


Sebenarnya Amy malas nak balik tapi adik nak nikah punya pasal kenalah balik jugak. 

Mak dan abah dah tak ada tinggal nenek aje kat sana.. adik beradik pun kami bertiga aje kalau Amy tak balik macam mana pulak kan.


Kami Blok 7, Pengantin perempuan Blok 8... orang sekampung jugak.

Rumah kami tak buat kenduri sebab tak ada sapa nak uruskan. Amy kat KL adik Amy yang nombor tiga tu kat Perak, nenek pulak dah tak larat lagi. 

Pagi tu masa nak nikah kat masjid ramai jugak sebelah perempuan yang datang tapi adik Amy hanya 4 orang.... masa nilah rasa sedih.



Pihak pengatin perempuan buat jamuan kat Dewan Belia dan Sukan   Jempol. 


Arul... adik Amy nombor tiga dengan anaknya yang berumur tak sampai 40 hari. Sesekali jumpa kawan lama banyak yang hendak dibualkan.



Pak Uda dan Pak Jang dari Alor Gajah... Nasib  baik mereka datang, lega juga rasa hati. 






Inilah keluarga kami ... eh anak-anak dan en hubby tak masuk sekali pulak hehehe.


Ni ayah, anak dan anak buah ni ntah apalah yang diorang buat.

Anak-anak Amy macam biasa kalau balik Serting macam orang menyambut merdeka.


Kampung tak de wifi... bila Astro tak de citer best kenalah buat aktiviti lain pulak.




Excited belajar menyapu pakai penyapu lidi... kat rumah KL tak de penyapu lidi ni.

Balik kampung semuanya adventure time... menyapu sampah pun dia kata adventure time jugak. Cuba kalau kita suruh dia buat tiap-tiap hari, gerenti adventure time tukar jadi 'boring time' hehehe.



Kejap-kejap basuh kaki...


Ada aje benda yang dia nak buat bila balik kampung ni. Siput celah batu pun dia jumpa jugak. Selagi kita tak terjerit jerit panggil masuk selagi tulah dia merdeka kat luar tu.


Sehari sebelum Deepavali kami balik KLj alan clear ... 2 jam dah sampai. Sebelum sampai rumah kami singgah kedai mamak dulu. Makan siap-siap balik rumah tak payah masak dah, hehehe.