hilmirdadaud.blogspot.my

Lampu ...

| On
January 26, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dekat sebulan dapur Amy bergelap, nasib baik ada lampu kat yard  taklah gelap sangat. Ini semua gara-gara lampu dapur Amy yang tiba-tiba jatuh ke lantai. Nasib baik masa tu Amy tengah basuh pinggan kat sinki,  buatnya tengah jalan bawah dia ke tengah masak ke....


lampu

Puas nak membersihkan kaca-kaca halus.

Lampu ni jatuh dengan wall plug dia sekali. Tak kan lah lubang tu membasar kot... mungkin wall plug yang lama tu tak bagus. 





Semalam Amy ajak En Hubby gi kedai lampu Paragon kat Desa Pandan, Hari Sabtu sebelum tu dah gi Ikea tapi tak ada yang berkenan. Hajat di hati nak mencari lampu untuk dapur. 

Sebelum-sebelum ni kalau cari lampu kedai ni pilihan pertama sebab Ikea jauh nuuuun kat Damansara, la ni Ikea dah dekat ngan rumah kedai ni jatuh tempat kedua... hehehe. Maklumlah harga lampu kat Ikea jauh lebih murah dari lampu-lampu yang ada kat kedai.

First time Amy gi kedai ni masa beli lampu untuk rumah yang kat Semenyih tu .... lebih kurang 12 tahun jugak Amy kenal dengan bos kecik kedai lampu Paragon ni.


Kami berkenan dengan lampu ni kononnya nak letak kat ruang antara almari baju ngan toilet tu, yang tu dah bertahun dah tak de lampu lagi. Amy dapat RM210 tapi tak jadi pulak lepas tu.






Ala-ala Middle East tapi yang terlintas kat kepala Amy ialah Deepavali, apasal ntah.



Macam sangkar burung...





En Hubby kata dia tak minat style yang macam ni.


Ini pulak yang biasa kita tengok tapi cer tengok harga tu ... 



Inilah lampu yang kami pilih untuk dapur RM2++. Dulu Ikea ada jual lampu yang macam ni, kalau tak salah Amy Ikea punya mentol 3 yang ni mentol 5. 



Bos dan pekerja tengah mengilap bagi berkilat kilat guna Autosol.

Konon nak beli satu aje tapi terbeli dua pulak. Dah bertahun-tahun Amy berkenan ngan lampu chandelier tu. Setiap kali Amy datang kedai ni Amy mesti tengok. Maklumlah harganya .... 

Semalam Amy tengok harganya masih sama seperti dulu. Belek punya belek bos kecik tu cakap ni last untuk stok yang lama, yang baru harga baru pulak. Gara-gara lampu ni lama Amy kat kedai tu dok buat kira-kira dlm kepala punya pasal. Akhirnya terbeli jugak. Huhuhu, abis duit tabung aku.




Bos kecik balut satu-satu crystal ball... Lepas tu letak kotak pulak kat bawah lampu tu dan kotak kat setiap tempat mentol ... entah apalah namanya Amy pun tak tau. Pastu balut ngan plastic wrap pulak.






Tempat lain yang bergelap tempat lain pulak yang pasang lampu. Hari ni dapur Amy masih lagi bergelap, semalam En Hubby tak sempat nak drill kat dapur tu sbb dah gelap.


Cantik pulak kalau guna Chrome ni.

Mula-mula pakai mentol 3w ni tapi cahaya tak cukup terang buatkan Amy sakit kepala.



Tak tahan sakit kepala, Amy tukar metol tu ngan mentol asal lampu tu sementara nak tunggu mentol baru. Mentol 3w tu Amy ingat nak gi tukar balik kat kedai tu ambik yang terang sikit.




Irfan cakap ... "mama, mama ... ada rainbow dalam kotak ni".

4 comments on "Lampu ... "
  1. Itulah Amy nasib baik lampu tu jatuh masa tak ada org lalu bawahnya
    Lepas ni kena beli juga yg baru sebab tempat yg sepatutunya beli dah dipasang tempat lain pulak ye:)

    ReplyDelete
  2. bahayanye..nsib bek x jatuh atas org kan..

    ReplyDelete
  3. nsb tak kene akak yek.... aduh la bahaya jgk tuh

    tp dh sampai kedai lampu... lampu lain lak dibeli ye kak...
    mmg cantik lah lampu yg akak pilih tu... simple tp elegen gitu

    ReplyDelete
  4. mujur lah time lmpu tu jatih xde sape2 duk kt situ...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)