Minggu pertama yang macam nak pengsan...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu pertama persekolahan ni memang memenatkan... tak sempat nak up date tiap-tiap hari. Hari Isnin lepas, ibu bapa murid-muris tahun 1 dan 4 dipanggil untuk mendengar taklimat tentang DLP untuk math dan Sc.


Faris dah tahun 4 jadi kenalah Amy pergi dengar. Sebelum ni dah dengar kat sekolah menengah la ni kat sek rendah pulak. Macam Irfan dulu Math dan Sc memang dalam BM tapi bila peksa ada soalan dwibahasa. Masa P&P pun kalau ada yang tak faham cikgu akan terangkan dalam BI tapi kalau DLP ni dah 100% BI. 

Tahun 4 diberi 2 kelas untuk DLP... kalau ramai ibu bapa yang mohon maka keputusan peperiksaan anak-anak yang lepas akan diambil kira. 

Irfan dulu dari tahun1 sehingga tahun 6 dah didedahkan dgn Math dan Sc dalam Bi tapi Faris pulak dari tahun 1 sehingga 3 dalam BM dan dia juga agak lemah dalam BI jadi Amy ambil keputusan untuk tidak memilih kelas DLP.



Seluar pj SMKSBU masih belum ada stok jadi Amy tak boleh nak tukar seluar Irfan yang tersalah saiz tu.



Nasiim dan  Faris dah start sekolah KAFA kat SKSBU .



Kalau dulu lepas sekolah terus balik rumah skang dah tak boleh. Waktu habis sekolah Faris dan Nasiim pun dah tak sama jadi dari pukul 1 sampai pukul 3 Amy berumah kat sekolah. Hantar buku sekolah agama, tukar baju dan belikan makanan untuk Nasiim. Faris... Alhamdulillah dah pandai urus diri sendiri jadi Amy tak bimbang sangat tapi si Nasiim pulak masih belum biasa.







Beratur sebelum masuk kelas KAFA.




Hari pertama sekolah KAFA kasut dah tertukar... sampai hari ni tak tau kasut sapa.


Yang ni kasut Nasiim... tak sama langsung dengan kasut yang tertukar tu. Kasut ni saiz 13 kasut tu saiz 1. 

Yang Amy pelik tu takkan lah parents dia tak perasan kasut anak dia dah lain... kecik pulak tu.

Bila anak dah start sekolah ni... bukan setakat anak aje yang penat tapi mamanya pun macam nak pengsan jugak. Pantang letak kepala aje dah mimpi.

Comments

  1. Hihihi.. betul tu... sy mengharapkan anak saya cepat belajar dgn situasi baru... dan cepat berdikari... sbb ibu ayahnya bekerja... hope anak anak kita tidak mensia siakan peluang yang ada...

    ReplyDelete
  2. bznye...camnelah sy nanti...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)