Blueberry Cheese Tart... sedapnya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya Nasiim minta buatkan blueberry cheese tart tapi angin M mamanya susah benar nak pergi hehehe. 

Hari Rabu lepas Amy barulah angin rajin datang so Amy pun buatlah shell/crust resepi dari kak Azlita. Sebelum ni Amy guna resepi yang Amy belajar dari kelas Cikgu Rahmah Taman Maluri tapi kali ni nak cuba resepi lain pulak. 



Hari Rabu pagi Amy buat ... hari Khamis baru jadikan dia shell/crust.  Sebenarnya kena biar semalaman aje tapi Amy lama pulak. Resepi Blueberry cheese tart ni lebih senang dari yang Amy buat dulu.

Memandangkan Amy tak pernah cuba lagi resepi ni jadi Amy buat crust ni tebal sedikit dari biasa. Kalau yang biasa tu nipis sikit aje bila dah masak mudah benar pecah.



Resepi ni kak ita kata dapat dalam 40 ketul dan Amy gandakan dia, maklumlah kalau kat rumah Amy ni kejap aje abisnya.


Shell/Crust
Diambil dari : Kak Alita

170g butter atau majerin - Amy guna buttercup dlm tin sbb yg ketul dah abis.
50g gula aising
290g tepung gandum - diayak
1 biji telor gred C
1 sk esen vanila
acuan tart.

Caranya:

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula sehingga sebati. Jangan lama sangat.

2. Masukkan telor dan esen vanila. Putar lagi

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.

5. Balut doh dengan plastik dan simpan semalaman dalam peti ais. Jangan kat tempat beku tu pulak ye heheh.



Amy balut dia macam ni aje pastu simpan dlm peti ais.

Nak buat dohnya kejap aje .. nak buat crustnya pulak, ya allah punyalah lama. Konon buat pagi-pagi nanti sempatlah nak ke kedai beli cheesenya tapi pukul 12 baru siap. 

Mungkin sebab Amy tak biasa buat tu yang lambat kot. Last sekali Amy guna acuan yang besar sikit, dapatlah 17 ketul tak sampai setengah jam dah siap. 



Ambik sedikit doh dan tekankan kedalam acuan tart. Cucuk ngan garpu sebelum dibakar. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170.   Amy bakar 25 minit baru dapat kaler yang cantik. 

Crust ni boleh disediakan awal dan simpan dalam bekas kedap udara. Tunggu crust benar-benar sejuk sebelum letak filling dan cheese.


 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Inilah hasilnya... crust ku yang tebal.

Amy suka crust ni sebab dia rangup kalau resepi dulu dia rapuh.


Terlambat sikit aje ... hambik dah tak cantik dah. 

Nilah orang kata ' Don't judge a book by its cover ' hehehe. Walaupun dah tak cantik tapi dia masih lagi sedap tapi nak ambik gambo takkan nak letak yang gelap ni kan.

Hari Jumaat Amy demam pulak. Kalau setakat demam aje ok lagi kena selsema sekali, adeh mata nak tutup, kepala sakit tapi kuat kan semagat jugak nak menyiapkan cheese tart ni.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.


Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Pastu tekan aje kan senang. 

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. 


Abaikan cheese Amy yang tak lawa ni, nak cepat punya pasal.

Bahan-bahan cheesenya pula...

250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Caranya :

1. Keluarkan cheese awal sikit tapi jangan sampai ke suhu bilik pulak cream cheese tu.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Masukkan ke dalam piping beg.
5. Picitkan ke dalam shell yang ber'filling' tadi. Letak sehingga ia penuh dan membuncit.



Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.







  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.  

  • Amy pulak masukkan aje dlm piping beg pastu lorekkan atas cheese. Kes nak cepat punya pasal.




    Bakar selama 5 minit dgn suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari kalau tak melekat, maknanya dah masak. kalau tak tambah seminit lagi. Amy guna Amy atas bawah tapi letak kat rak bawah.

    Resepi ni Amy gandakan bahan untuk crust jadi Amy dapat 97 ketul crust. Cheese pula Amy buat satu aduanan dan dapat untuk 80 biji. Tak cukup untuk semua crust.



    Tart ni memang sedap kejap aje dah tinggal separuh. Sempat jugak anak-anak buat bekal ke British Counsil.




    Comments

    Post a Comment

    Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)