hilmirdadaud.blogspot.my

Donut Gebus ... lembut dan semestinya sedap.

| On
March 23, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila angin M dah sampai, komputer depan mata tu pun buat macam tak nampak aje hehehe. Tambahan pulak minggu lepas cuti sekolah lagilah tak dan nak mengadap blog ni.

Minggu lepas Amy buat donut guna resepi dari blog kak Azlita buat kali keduanya. Kali pertama minggu sebelum tu. Bagi Amy... Amy paling suka guna resepi yang ni sbb lebih senang, tak resap minyak sangat dan gebus walaupun dah semalaman.




Bila cuti sekolah... masing2 dari pagi sampai malam kat rumah, tak berjalan kemana-mana mulalah pintu peti ais dan pintu kabinet dapur tu tak aman dibuatnya anak-anak Amy. Kalau nenek Amy dia cakap "sepuluh kali sekejap" diorang buka tutup. Dah tau dah apa isi kat dalam tu tetap jugak nak buka tutup. Mencari aje benda nak mengunyah padahal nasi dan lauk masih banyak lagi kat dapur tu.



Resepi kak Ita guna BM tapi Amy tak de BM jadi buat guna mixer aje. Yis pulak ... disebabkan malas nak simpan baki yg sikit tu Amy pakai aje satu paket tu. 



Satu aduan ni Amy dapat dalam 25 ketul donut. Amy asingkan siang-siang 7 ketul untuk En hubby. Sekejap aje selamat semua donut tu kena kenduri. Bila turn en hubby mengadap donut dia ... sempat lagi kena cukai kat anak-anak. 



DONUT SEMPOI

Resepi Oleh : Chef Asma
diambil dari Blog Kak Ita Masam Manis

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )

10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais



minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut.


Kat rumah Amy tak de susu tepung jadi Amy gantikan susu tepung tu dengan susu pekat. Jadi untuk resepi ni Amy guna 3 sudu besar susu pekat.


Amy masukkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul sehingga ia lembut dan elastik. Kalau mixer amy tu amy guna speed no 2.
Minyak kan sikit mangkuk yang utk letak adunan yg dah siap ... tutup ngan kain bersih dan biarkan ia naik. Amy suka biarkan dia naik berganda2 hehehe.






Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
Pas tu boleh lah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25 keping doh atau donut nanti.

Adunan ni agak melekit-lekit kat tangan ... 

Kali pertama Amy rehatkan sekejap baru tekan-tekan bagi dia penyek sikit dan tebuk lubang kat tengah. Sementara nak mengoreng dia naik bukan main lagi tapi kali kedua Amy tak rehatkan lepas habis bulat-bulatkan semua Amy terus tekan bagi penyek dan tebuk lubang. Alhamdulillah masa goreng dia naik cantik dan tak berkedut-kedut macam yang pertama.




Masa mengoreng minyak jangan panas sangat nanti cepat hangus di luar dan dalam tak masak pulak. Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang-sedang aje

Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.

Tips mudah salut gula.
Letakkan gula dalam plastik beg, Amy guna bekas tupperware.
Masukkan donut dalam 2 atau 3 keping dalam bekas tu dan goncang-goncang biar gula bersalut pada donut sekata ...
tak berserak dapur dengan gula dan dapat jimatkan gula.


2 comments on "Donut Gebus ... lembut dan semestinya sedap."
  1. mmg gebus nampaknya th kak....
    bdk2 suke lah tuh... lagi2 kalau time cuti sume ada kt umah kn

    resepi pun mudah

    ReplyDelete
  2. feberet jgk..lg2 mkn time pns2

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)