Nak buat cover sofa... Misi mencari kedai.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas Amy ada post kat Kelab Kaki Deko(FB) bertanyakan kot ada yang pernah tukar cover sofa, alhamdulillah ramai yang membantu. Ramai juga yang mempunyai masalah seperti Amy rupanya.




Amy tertarik dengan perkongsian seorang rakan ... dia tukar cover kerusi meja makan dan cover sofa. cantik dan harga yang berpatutan. Ada juga sahabat yang lain komen mereka juga pernah buat kat situ.

Memandangan ramai yang komen kedai tu bagus + jarak yang ok jadi Amy pun teruslah call bertanyakan kotlah ada perkidmatan ambik dan hantar, nak hantar sendiri tak lah kan ... tak muat kete tu.

Alhamdulillah... diorang boleh ambik dan hantar tapi ada caj. Kalau nak pilih material untuk cover kenalah datang kedai sebab dia tak ada masa nak datang lepas tu Amy pun janji ngan dia akan datang hari Sabtu.



Hari Sabtu tu lepas anak-anak habis kelas Tae Kwan Do kitaorang pun pergilah mencari kedai tu. Nasib baik ada Pak Cik Waze sampai jugaklah setelah menempuh MR2 yang penuh ngan kete. 

 Pak cik Waze tu tunjuk jalan AU 3/1 aje kedainya tak tunjuk pulak dah lah dari pangkal jalan sehingga hujung jalan nak mencari kedainya. Tak pasal pasal kena pusing 3 kali sebab terlepas kedai. Kedai tu tak de signboard nama ke apa cuma ada nombor aje.

Sampai aje kedai tu ... alamak penuhnya kedai ni tak nampak pun orangnya bila bagi salam baru dengar suara dari dalam kedai tu.



Pekerja dia aje yang ada orang yang Amy call tu tak de... nama pun bos kan. Hari Sabtu Ahad dia tak ada.

Amy pilih kain baldu warna putih walaupun dah tau dah anak Amy akan tambah kaler dan corak nanti.. hehehe. 
 Harga kain dengan kulit PVC  tu sama RM38 semeter. Untuk 2 sofa tu lebih kurang 4 meter.

Amy ingatkan macam biasa kita order barang tu ... diorang tulis resit ke apa ke tapi ni tak kami kena call bos dia balik tentang transpot tu. 

Kalau macam ni datang ke tak datang ke, pilih cover ke tak pilih ke sama aje macam tak datang dan tak pilih.

Oklah keluar aje dari kedai Amy pun masej bos dia bagitau yang Amy dah gi kedai dia utk pilih material. Amy bagi alamat dan tanya bila boleh datang ambik sofa tu dan berapa caj utk transpot tu. 
Amy hantar mesej tu pukul 12 lebih tapi sampai semalam tak berjawab. Mungkin dia tak perasan mesej Amy tu tapi dia dah tau dah Amy pergi kedai dia hari Sabtu tu. 

Semalam Amy call lagi tapi kali ni dia tak angkat. Call balik pun tak de. Geram betul Amy, rasa tertipu pun ada jugak.

Kalau tak nak ambik atau banyak sangat sampai tak boleh ambik lagi ... beritahulah masa Amy call tu kata dah tak ambik lagi kan senang. Tak payahlah Amy susah-susah ke sana, ingat dekat ke dengan jem lagi. Buang masa, buang tenaga dan buang minyak betul.


Hahaha ... kan dah membebel dah ni.


Comments

  1. Yelah memula macam ok last call pun tidak mahu angkat
    Memang nak menipulah tu Amy

    ReplyDelete
  2. Fb- Pusat Baikpulih Sofa RSS
    011-36364313,0136495618
    Hasil kerja terbaik.
    Harga tak mahal sgt

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)