hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita cover sofa lagi...

| On
May 19, 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lamanya tak update blok ni, nak buat camner ... terlebih vitamin M punya pasal. Minggu lepas Amy ke Nature Style kat Viva semata-mata nak tanya pasal nak tukar baju sofa putih tu. Dulu sofa tu Amy beli dari Nature Style jugak jadi Amy ingat mestilah dapat harga murah sikit tapi hampeh.


Amy tengok sofa yg sama spesis ngan sofa Amy tu dia dah kecik sikit saiz dia tapi harga dah lagi mahal. Masa Amy beli RM8++ tapi skang dah dekat RM15++. 

Sofa Amy tu kalau nak tukar kain RM1180 satu kalau PU Leather RM1050. Diorang tukar baju ngan kusyen nya sekali tinggal rangka aje pakai rangka lama. Transport kena hantar sendiri. Kalau macam tulah harganya baiklah beli sofa baru aje.


Tak lama lagi dah puasa... nak tak nak kena jugak cari baju baru utk sofa tu. Ada sahabat FB cadangkan HannyMadu Home Deco, lepas belek-belek FB dia Amy pun whatsapp... berhari-hari jugaklah berwhatsapp, apa-apa pun yang penting harga transpot. Alhamdulillah dapat harga transpot yang paling rendah untuk 2 trip (ambik dan hantar). HannyMadu ni ada banyak cawangan tapi Amy pergi yg paling dekat kat Melawati.



Punyalah lama nak pilih kain tapi kain baldu kaler putih yang Amy cari tu tak de. Akhirnya pilihlah kaler macam biege tu dan butang kaler hitam. Kakak tu bagi RM1550 untuk 2 sofa dan 2 trip transport.




Disebabkan mamanya lama sangat nak pilih kain, anak-anaknya pun masing-masing mulalah... Bila nak balik?, Bila nak gi makan dah lapar. Tak tenang nak buat pilih kain dibuatnya. 



Petang semalam kakak tu datang dengan pembantunya untuk ambil sofa dan kusyen, kebetulan lif rumah Amy satu yg berfungsi yang lagi satu dah seminggu lebih rosak.

Lebih teruk lagi masa keluar dari lif kat basement pintu nak keluar tak boleh buka, lif pulak dah 2-3 kali sampai GF dia naik atas balik... tak turun B, telifon Amy pulak tak de line. Mengelabah sekejap sebab terkurung kat situ. Nasib baik lif tu turun juga ke B, rupanya ramai orang pulak kat dalam tu. 

Yang buat Amy geram tu... dah nampak lif tu nak turun ke B tapi diorang yang nak naik ke tingkat lain tu boleh masuk pulak. Amy tak kira sapa suruh diorang masuk dulu. Kami masuk jugak dlm lif tu ngan sofa-sofa sekali kalau tak... sampai bila nak terkurung kat bawah tu.

Sampai GF Amy terus cari guard... rupanya dia pun tak tau pintu nak keluar lif kat basement tu tak boleh buka, dia unlock lif aje pintu dia tak cek. Nak tak nak kenalah dia bagi kitaorang bawa sofa tu keluar pintu GF. Kalau ikut peraturan shift in/out kena lalu B.

Bilalah lif yang satu lagi tu nak ok... lif yang tinggal satu ni pun selalu rosak, nasib baik dia rosak kejap aje.... 10-15 minit dah ok balik tapi merasa jugaklah Amy turun 15 tingkat semlm sebab tiba-tiba dia buat hal.



2 comments on "Cerita cover sofa lagi..."
  1. 15tingkat kak... terus rasa kejang kaki n lemah lutut hehehe...
    pasni lawo lah sofa tuh bila bertukar cover kan...

    ReplyDelete
  2. mmg harus ada ketabahan yg tggi kan kak dlm hal2 gini...sy memahaminya ;-)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)