hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam, dah tau dah tong gas tu dah ringan tapi nak jugak mengukus. Baru setengah jam gas dah abis... huhuhu.

Ingatkan sekejap rupanya satu jam kemudian baru cina yang hantar gas tu sampai. Nasib baik multicooker yang dah bertahun tak pakai tu masih boleh berfungsi.





Hari ni masih lagi mengukus. Projek buat kek buah dari semalam tak siap lagi.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Balik dari sekolah Kafa Nasiim terus buka pintu peti sejuk. Baru sejuk sikit katanya.


Suka hati lah... jangan dia "menyanyi" nak berbuka sudah. Dah pukul 4 lebih sayang pulak.

Alhamdulillah tahun ni 2 hari aje yg separuh hari. Satu hari di rumah nenek dia dan satu hari baru balik dari sekolah ... menyinggah pulak ke bazaar ramadan. Tak tentu arah tengok kuih depan mata punya pasal. Tak pelah baru tahun 2. 

Sebenarnya Amy tak delah memaksa sangat dia puasa penuh tahun ni. Amy nak dia suka bukan benci jadi kalau tak larat nak puasa satu hari Amy akan bagi dia buka puasa. Nasib baik tahun ni bulan puasa tak panas sangat. Kalau tak mesti tiap-tiap hari kena dengar dia "menyanyi" nak berbuka.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam kami berbuka puasa dengan menu yang ringkas lagi, Mee Hailam, puding jagung lagi dan air sarsi aje. Ringkas kan. Puding jagung hari sebelum tu masih ada lagi jadi kena habiskan dulu baru boleh cuba resepi yang lain. 



 Resepi mee hailam ni Amy dapat dari MIL jadi Amy tak pasti kalau ada resepi yang sama. Resepi ni resepi campak-campak jadi Amy guna aje apa yang ada kat dapur dan tak ada sukatan yang khusus. Masuklah ikut suka. 


Mee Hailam campak-campak.
sesuka hati bagi nama ... heheh.



Bahan-bahannya.
1. Mee 500g - kalau ramai tambahlah lagi.
2. Halia ditumbuk - Amy guna 1inch kalau nak lebih pun ok aje. Kadang-kadang Amy guna seketul. 
3. Bawang putih 3-4 ulas ditumbuk.
4. Udang, sotong dan sedikit daging.
5. Sos - gunalah apa yang ada. Amy guna sos tiram, sos tomato, sos cili, sos lada hitam, kicap manis dan kicap pekat.
6. Air secukupnya.
7. Sayur - Amy letak aje sayur yg ada dlm peti tu tapi kalau ada sawi lagi sedap.
8. Telor sebiji.
9. 1 sudu besar tepung jagung - bacuh dengan air sikit supaya dia larut.

Caranya.

1.Tumis halia dan bawang putih pastu masukkan daging, udang dan sotong. Biarkan sekejap.
2. Masukkan semua jenis sos dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan air ikut banyak mana yang kita suka. 
4. Masukkan tepung jagung.
5. Masukkan telor. Biarkan sekejap aje dan kacau supaya nampak macam bertali-tali putih dalam kuah tu.
6. Bila daging, udang dan sotong dah masak masukkan sayur pulak.

Amy tak masukkan garam dan gula sbb dah ada banyak dlm sos dan kicap.
Kalau nak pedas boleh masukkan cili padi atau cili besar.

Senang kan resepi ikut suka ni, guna aje apa yang ada yang penting jadi dan sedap.   






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Rasa macam tak lengkap pulak kalau bulan puasa ni tak buat biskut. Tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas Amy buat biskut coklat cip.




Biskut ni biskut 'fabret' family Amy. Sekali buat 3-4 bacuhan. Hari tak raya lagi dah abis 1-2 bekas. Walaupun dah ada Amy sertakan dalam post yang lepas-lepas tapi Amy kongsikan sekali lagi resepi biskut ni.

Resepi ni Amy dapat dari adik ipar Amy tapi yang empunya asal resepi tak lah Amy ketahui.

Dulang yang pertama Amy bakar kononnya nak kaler yang cantik sikit jadi masa bakar dia Amy kurangkan dari biasa tapi hasilnya... rupa cantik tapi tak rangup. Kalau biskut ala Subway dah ok dah tapi kalau biskut ni rasa macam pelik pulak. Jadi dulang yang seterusnya Amy bakar lama sikit. Kaler gelap sikit tapi rasa rangup.

Choc Chip Cookies.


Bahan-bahan:

200g  butter (Amy guna buttercup),
140g brown sugar,
200g choc chip,
260g tepung superfine,
40g tepung jagung,
2 biji kuning telor,
1/2 sudu kecil emplex,
1/2 sudu kecil esen vanila.

Cara-caranya ;

1. Campurkan tepung superfine, tepung jagung dan emplex kemudian diayak... manalah tahu kot ada makhluk asing. 

2. Pukul butter dan gula sehingga sebati sahaja.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Sebatikan. Amy guna senduk kayu aje.

4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi dan choc chip sikit sikit ke dalam adunan. Mula-mula adunan tu macam lembik aje, jangan risau... biarkan seketika  nanti dia akan ok.

5. Kepal-kepalkan dan buatlah bentuk apa yang suka kemudian bakar ikut suhu oven masing-masing.

p/s: Tepung gandum yang Amy gunakan untuk buat biskut telah Amy sangaikan terlebih dahulu dan diayak.

Selamat Mencuba.



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kononnya semalam Amy ingat nak masak nasi putih dan goreng ayam aje. Lepas tu teringat pulak sotong kembang kat dlm peti ais tu tak berusik lagi + kalau ada sambal sotong pun sedap jugak. Pastu kalau sambal sotong makan ngan nasi lemak lagilah sedap. Akhirnya menu petang semalam nasi lemak, ayam goreng dan sambal sotong.



Ayam tu Amy gaulkan dengan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan garam. Perap sekejap sebelum digoreng.

Sambal sotong tu pun Amy buat dengan cara yang paling senang. Amy tumis bawah merah yang dah ditumbuk kemudian masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili gareng dan barulah masukkan sotong. Bila sotong dah masak masukkan asam jawa sikit dan garam ... dah siap. 

Nasi lemak masak seperti biasa jugak. Tak de special pun. Manisan pula Amy sediakan puding jagung. 



PUDING JAGUNG
Resepi oleh : Kak Haneliza

1/2 cawan tepung kastard
1/2 tin susu cair ~ 200 ml
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar margerine
2 cawan air
1/2 tin jagung dalam tin

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas dapur dengan api yang sederhana hingga naik wap. meletup-letup dan berkilat
Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah di oleskan dengan sedikit minyak
Sejukkan

Hidangkan dengan baki jagung dalam tin - Amy guna semua jadi tak de baki... hehehe.



Air Cincau 
- Amy guna cara yang paling biasa.
- Cincau dipotong dadu.
- Gula secukupnya - Amy guna 8 sudu besar. 
- Air panas sedikit agak-agak boleh melarutkan gula.
- Tambah air sejuk , Amy masukkan cincau dan ais... dah siap.
- Cara yang semua orang tahu kannn.





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiap-tiap hari makan nasi tapi sekali sekala kenalah tukar. Dua hari yang lepas Amy cuba resepi bihun sup utara pulak. Selalu makan bihun sup dengan sambal kicap tapi kali ni dgn sambal kaler merah pulak. 

Kalau makan bihun ni rasa macam tak kenyang jadi Amy gandingkan pulak dengan cucur udang. Resepi Cucur Udang ni pun Amy ambil dari blog kak Azlita jugak. 

Satu adunan tu dapat banyak... satu mangkuk besar, punyalah banyak. Amy hantar rumah MIL sikit dan bakinya masih banyak.  Tak sangka anak-anak dan en hubby berjaya menghabiskannya ... nak gambarkan sedapnya tu sampai ada yang bertanya ada lagi ke tak. Tak rugi cuba resepi ni... memang sedap.



 Sup tak boleh letak siang-siang jadi Amy tunggu dah dekat buka baru nak letak. Kononnya nanti dah dekat berbuka baru letak sup dan sambal untuk bergambar sekali terlupa dah dekat nak azan baru teringat.  Amy terlupa letak sambal untuk bihun tu untuk gambar ni... huhuhu.



Bihun Sup Utara
Resepi Oleh : Ida Shahida

Resepi ni dapat banyak, Amy buat 1/3 aje dari resepi ni.

Daging 2 kilo
Tulang 2 kilo
atau
kalau ayam beli yang tulang kerangka sahaja 3 ekor
Isi ayam 6 ketul

3 batang serai ~ di ketuk
3 inci lengkuas  ~ diketuk
3 inci halia ~ diketuk
2 labu bawang putih ~ di hiris 
7 biji bawang merah ~ di hiris
Daun leek * salery * ~ diptong besar 3 inci ~ ika ada

2 sudu besar gula 
secukup rasa pak aji
2 kiub ayam atau  daging maggi ~ saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedalam masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)
1 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedalam periuk sup
2 sudu teh garam
6 batang kulit kayu manis
8 bunga lawang 
10 buah pelaga 
2 bungkus perencah 'sup tulangj
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

Masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Masakkan di atas api. 

Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. 
Biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. ~ air boleh di tambah jika surut 
Setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi ~hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.

Teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...bolehlah di rasa kuah sup ini. 
Sebatikan rasanya seimbang. 
Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. 
** untuk pengetahuan:
 kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

BIHUN 

1 1/2 kampit bihun yang besar ~ rendam bihun bersama 1 sudu teh serbuk kunyit. 
Bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab. 
Celur dalam air didih-2-3 minit saja

HIASAN

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk ~ dipotong kiub kecil kecil 
Daun sup ~  dihiris halus 
daun bawang ~ di hiris halus
1 kampit kecilbawang goreng 
100gram lobak masin - dicincang halus halus



Cucur Udang Rangup
Resepi : Madiha


Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci dan tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 gengam taugeh
1/2 batang karot ~ di sagat kasar
2 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan

Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian di ayak
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  
Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  
Habiskan kesemua air & kacau rata.
Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  
Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
Bila cucur timbul,  cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
Bila dah garing, angkat & toskan.
Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas atau suam untuk nikmati kerangupannya.  



SOS CILI

6 batang cili merah 
3 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit bijan

Satukan cili merah dan bawang bersama sedikit air dan kisar halus
Masukkan dalam periuk dan masak hingga didih
Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa ( ita guna gula perang )
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam cili tadi
Biarkan kuah pekat
Angkat dan taburkan bijan
Sedia di hidangkan bersama cucur udang 


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dua tiga  hari yang lepas, Amy masak yang ringkas aje untuk berbuka. Masak macam-macam pun bukanya habis, Amy masak nasi goreng, air Rozel dan manisannya pulak Sago Gula Melaka.

First time ni tau Amy try buat Sago Gula Melaka ni... hehehe. First timelah katakan jadi Amy tak dapat nak agak resepi ni dapat banyak mana. Mula-mula Amy buat dapat untuk 2-3 orang aje itu pun sikit... terpaksalah buat sekali lagi untuk cukupkan 5 orang punya.




SAGO GULA MELAKA
Resepi Oleh : Cik Matahariku

Bahan Puding Sagu
1cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-Cara Menyediakan Puding Sagu:

1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
2.Didihkan air bersama daun pandan.
3.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
4.Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.
5.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji.
6.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran     masing.Kacau guna garfu.
7.Masukkan ke dalam acuan.Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.
  
Bahan Untuk Kuah Gula Melaka
1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara Menyediakan Kuah Gula Melaka:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Santan 
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam

Cara Menyediakan 
1 cwn santan pekat masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan dan juga kuah gula melaka. 

Nota: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam. Boleh juga menggantikan kuah santan dengan susu cair.


Tak rancang pun nak buat air rozel sebenarnya. Kononnya ke kedai nak mencari buah mata kucing tapi jumpa rozel pulak, satu plastik RM4. lain yang dicari lain pulak yang jumpa. 


Air Rozel Cara Amy.

- 15 kuntum rozel - kumtum ke. Kopek kelopaknya, buang biji dan bersihkan.

- Gula secukupnya. Amy letak 1 1/2 cawan.

- Masukkan rozel, gula dan air yang secukupnya ke dlm periuk dan didikan. 

- Tutup api dan biarkan sejuk. 

- Tambahkan air dan ais bila hendak dihidangkan. Amy dapat 2 jug air. Kalau nak buat utk 1-2 orang kenalah kurangkan rozel dan gulanya.