hilmirdadaud.blogspot.my

Mee goreng, Wadai Kiping & Sirap Selasih...

| On
June 15, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bazaar ramadan berhampiran rumah Amy ni dah tak semeriah tahun-tahun yang lepas jadi kalau nak membeli tu dah tak banyak pilihan. Kalau hujung minggu selalunya Amy akan pergi ke bazaar ramadan di Desa Pandan kerana di sana lebih meriah dan banyak sangat pilihan... sediakan duitnya aje hehehe.



Dah lama Amy tak masak mee goreng.. sebelum puasa dulu adalah sekali dua beli tapi tu pun mee goreng mamak. 



Mee goreng ni resepinya main campak-campak aje. Guna aje apa yang ada. Amy guna daging dan fishball. Amy guna sos cili, sos tomato dan sos tiram... tak letak cili pun.

 Nasiim makan mee tinggal daging aje kat tepi Irfan pulak terbalik fish ball pulak yang dia tinggal kat tepi. Lepas tu Irfan habiskan Nasiim punya, Nasiim pulak abiskan Irfan punya.

Pemanis mulut pulak Amy buat Wadai Kiping. First time Amy dengar terus teringin pulak nak cuba. Pulut tu Amy tak tau mana silapnya tapi ada rasa macam pahit kat hujungnya ... kapur kot penyebabnya, entahlah tapi nenek Amy selalunya tak letak kapur.

Kuahnya Amy letak durian sikit jadi bertambah sedaplah jadinya sampaikan ada yang mencari roti nak cicah dengan  kuah tu.




WADAI KIPING
Resepi Oleh : Na-kitchen

Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar air kapur
Air secukupnya
1/2 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan santan
6 sudu besar gula merah atau gula timbang
4 sudu besar gula pasir
secubit garam
1/2 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan di simpul
air secukupnya
Durian ~ jika suka

Satukan bahan A kecuali air.
Tuang air sikit-sikit dan uli hingga boleh membentuk doh, Jika terlembik tambah aje tepung.
Uli bulat-bulat dan tekan tengahnya dengan jari hingga membentuk lubang.
Susun atas dulang, dan buat hingga habis adunan

Panaskan air hingga didih dan masukkan doh yang telah di gentel tadi
Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.

Dalam periuk lain, satukan gula merah, gula pasir, gula Melaka, daun pandan simpul dan air dan masak hingga didih dan gula larut.
Bila dah didih, tapis.
Masukkan semula dalam periuk dan masak semula,
Tuangkan santan dan secubit garam.
Sentiasa kacau supaya tak pecah santan.
Masukkan butil-butil pulut tadi.
Jika suka masukkan durian dan masak hingga didih.
Rasakan manis dan lemaknya.
Jika kurang manis, tambahkan jika perlu.
Sedia di hidangkan



Sirap Selasih

3 sudu teh biji selasih
sedikit air suam untuk merendam selasih
sirap rose secukupnya ( yang bergula )
ketulan ais
Air

Biji selasih di rendam dalam air suam hingga kembang
Sediakan air sirap dengan mencampurkan sirap rose dan air
Tuangkan biji selasih yang telah kembang
Tambahkan ketulan ais untuk rasa yang dingin dan segar.


1 comment on "Mee goreng, Wadai Kiping & Sirap Selasih..."
  1. terliur sy tgk mi goreng tu...kt mamak mn ni kak? apsal nmpk sedapppppppppppppp

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)