hilmirdadaud.blogspot.my

Mee Hailam campak-campak aje...

| On
June 25, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam kami berbuka puasa dengan menu yang ringkas lagi, Mee Hailam, puding jagung lagi dan air sarsi aje. Ringkas kan. Puding jagung hari sebelum tu masih ada lagi jadi kena habiskan dulu baru boleh cuba resepi yang lain. 



 Resepi mee hailam ni Amy dapat dari MIL jadi Amy tak pasti kalau ada resepi yang sama. Resepi ni resepi campak-campak jadi Amy guna aje apa yang ada kat dapur dan tak ada sukatan yang khusus. Masuklah ikut suka. 


Mee Hailam campak-campak.
sesuka hati bagi nama ... heheh.



Bahan-bahannya.
1. Mee 500g - kalau ramai tambahlah lagi.
2. Halia ditumbuk - Amy guna 1inch kalau nak lebih pun ok aje. Kadang-kadang Amy guna seketul. 
3. Bawang putih 3-4 ulas ditumbuk.
4. Udang, sotong dan sedikit daging.
5. Sos - gunalah apa yang ada. Amy guna sos tiram, sos tomato, sos cili, sos lada hitam, kicap manis dan kicap pekat.
6. Air secukupnya.
7. Sayur - Amy letak aje sayur yg ada dlm peti tu tapi kalau ada sawi lagi sedap.
8. Telor sebiji.
9. 1 sudu besar tepung jagung - bacuh dengan air sikit supaya dia larut.

Caranya.

1.Tumis halia dan bawang putih pastu masukkan daging, udang dan sotong. Biarkan sekejap.
2. Masukkan semua jenis sos dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan air ikut banyak mana yang kita suka. 
4. Masukkan tepung jagung.
5. Masukkan telor. Biarkan sekejap aje dan kacau supaya nampak macam bertali-tali putih dalam kuah tu.
6. Bila daging, udang dan sotong dah masak masukkan sayur pulak.

Amy tak masukkan garam dan gula sbb dah ada banyak dlm sos dan kicap.
Kalau nak pedas boleh masukkan cili padi atau cili besar.

Senang kan resepi ikut suka ni, guna aje apa yang ada yang penting jadi dan sedap.   






5 comments on "Mee Hailam campak-campak aje..."
  1. Sedap nampak mi hailam nya.. nak try buat juga..insyaallah.. nak pi kedai cari barang..hehe..

    ReplyDelete
  2. Walaupun campak2.. Masih tetap nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Ini yg org kata bukan campak sebarang campak Amy:)
    Kalau licin pinggan itu tanda sedaplah..

    ReplyDelete
  4. campak2 pun nampak sedap kak oi.... lagi2 mkn pns2

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)