hilmirdadaud.blogspot.my

Aidilfitri 2016 ... Raya Ketiga.

| On
July 15, 2016
Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri...

Raya Ketiga kami berkumpul di Melaka rumah mak saudara en hubby. Dulu kami berkumpul beraya di sana sebab ada nenek tapi sekarang walaupun nenek dah tak ada kami masih lagi berkumpul di sana. Lagipun kalau beraya kat KL ni rasa macam tak raya aje ... heheh.


 Beraya ke rumah pakcik Haja dan makcik Gayah di Taman Norbar. Ada budak buat muka tak puas hati.



Kami sekeluarga di Kampung Musai. Budak tu buat lagi muka tak puas hati. 
Macam takde kena mengena tudung ngan baju tu kan. Masa packing tu Amy dah letakkan tudung yg sesuai dekat dengan beg tapi tak taulah camner boleh tertinggal.


 Amy dan adik beradik ipar.



 Bersama keluarga en hubby... abang en hubby n family dia tak de dan husband kak Ida pun tak de.



3 genarasi Ameer.
Semua lelaki dalam keluarga en hubby bermula dengan nama Ameer. Anak Amy pun semuanya ada Ameer.  

Kalau ada orang telifon rumah Maluri nak cakap dengan Ameer, kami kena tanya dulu Ameer yang mana satu.


25 tahun ... sebelum dan selepas.

Dari depan kiri Nadia, mak, ayah dan Halima.
Belakang kiri abang Ilham, kak Ida dan en hubby.

Kami balik ke KL raya keempat iaitu hari Sabtu. Nak mengelakkan dari jem punya pasal, pukul 5:30 pagi kami dah bertolak dan sembahyang subuh di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Alhamdulillah walaupun dah ada banyak kereta tapi jalan lancar ... pukul 7:30 pagi kami dah sampai kedai mamak Taman Maluri.






7 comments on "Aidilfitri 2016 ... Raya Ketiga."
  1. Selamat Hari Raya..! Awalnya akak gerak.. Reen gerak ke kl dari Johor hari Ahad.. Dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah jalan lancar.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri.. selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  3. dekat la umah akak ngn ikea yek hehehehe...

    musykil kak naper ada sorang bdk tuh muke msm.. nsb lah lps tu nampak muke ada senyum jgk hehehe..

    suke gambar sebelum n selepas... yelah mula2 mak abah tu yg besar dr anak2 gambar selepas terbalik pulak dh... anak2 makin membesar kan...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)