hilmirdadaud.blogspot.my

Kusyen yang besar gedabak ...

| On
July 01, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bila nak raya macam ni lah rumah Amy. Hari ni sidai sarung kusyen pulak dalam rumah. Hari sebelum ni langsir tu belum cerita pasal dulang-dulang yang kat dapur tu lagi.


Nak sidai kat balkoni ... besar sangat takut jatuh ke bawah nak sidai kat tempat sidai kain tak muat pulak. Haa sidai ajelah bawah kipas ni dengan harapan dia kering sebelum anak-anak balik dari sekolah.



 Sebelum ni Amy ada citer yang Amy hantar buat kusyen masa hantar sofa putih tu tukar cover kan. Amy hantar yang kusyen penyandar tu aje yang 3 biji yang kusyen bawah kat tempat kita duduk tu tak hantar pun.

Kalau boleh Amy nak kusyen padat sikit ... sekali bila buka sarung merah tu terkejut Amy. Punyalah besar kusyen dalam tu. Lebih besar dari sarung dia. Bila sumbat masukkan dalam sarung dia ... kuyen tu jadi terlalu padat dan keras, tak best nak menyandar.



Sofa ni Amy beli dari Ikea, dah 7-8 tahun pakai hari-hari kena lanyak manalah tak lunyai. Kusyen yang bawah tu pun dah reput dah kain sarung dia. Duit tu lagi. Kayu rangka masih baik lagi tapi kalau rangka aje yang masih baik tapi yang lain-lain kena tukar baru macam mana pulak tu? 
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)