hilmirdadaud.blogspot.my

Kek Kukus Asam Manis Sedap ..

| On
August 26, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak tengok citer melayu tiba-tiba nenek Amy buka TV3 citer Tuah, citer zaman Amy sekolah dulu. Tengok citer lama ni buat Amy teringat gambar dan resepi yang dah lama Amy simpan.

Resepi kek kukus asam manis dah dua kali Amy buat, Alhamdulillah sedap. Kali pertama Amy guna buttercup dan kali kedua Amy guna SCS butter.  dan tentulah yang guna SCS butter tu lebih sedap.


Seperti biasa resepi ni Amy 'kopi' dari blog kak Ita Masam Manis. Resepi ni sangat senang dan bahannya pun ada kat dapur + tak perlu pakai oven... kukus aje.





KEK KUKUS ASAM MANIS SEDAP
By : CHEF ZUBAIDAH

Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 



Walaupun dikukus tapi ia tetap gebu tak seperti kek kukus yang biasa Amy buat yang selalunya macam padat sikit. Kek ni sedap tapi makan 1-2 slice rasa dah cukup dah jadi ia mengambil masa sikit utk dihabiskan.

Kepada yang ingin mencuba... kalau yang nak makannya 2-3 orang, kurangkan lah sukatannya takut tak habis aje nanti. 



Bulan syawal tak sempat nak jemput kawan-kawan jadi Amy jemput selepas bulan syawal.. heheh. Menu ringkas aje. 


Ini baru 6 orang kalau buat kenduri Amy rasa lagi tak muat.



Bila mama-mama dah berkumpul.. 

Tuan Rumah?... biasalah masa macam ni tuan rumahlah yang paling selekeh. Malu nak bergambar, heheh. 
3 comments on "Kek Kukus Asam Manis Sedap .."
  1. OOohhh... ramai yg dpt menikmatinya Amy
    Alhamduillah nampak gebu dan sedap tu.

    ReplyDelete
  2. alamak sedapnya kak..

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #269

    ReplyDelete
  3. nampak sedap...!!! mohon hantor sikittt...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)