hilmirdadaud.blogspot.my

MAS 'seat sale'... nak pergi mana?, Boleh ke Pergi?

| On
August 23, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bila MAS buat 'seat sale' hati pun melonjak-lonjak nak pergi tengok tapi bila tengok destinasi tu barulah ' nak pergi mana ek?'





Kalau nak pergi sorang aje ke London tu ok lah tak sampai RM2k pegi balik tapi kalau nak pergi 5 orang mau nak nanggis tengok harganya. Abis tu kalau dah sampai sana takkan nak berdiri aje kan mestilah nak kena kira jugak duit hotel, makan dan belanjanya.

Selain duit ... nak pilih tarik pun masalah jugak. Tak pasti en hubby boleh cuti ke tak kang last minit dia kata tak boleh kang... haru jadinya.

Amy nak pergi sendiri rasa macam tak best pulak. Kalau Amy pergi nanti macam mana pulak dengan rumah ni.. sapa pulak nak ambik budak-budak yang balik 'bertingkat-tingkat' tu. Inilah jadinya bila semuanya kita yang uruskan, nak tinggalkan pun rasa risau sangat.

3 comments on "MAS 'seat sale'... nak pergi mana?, Boleh ke Pergi?"
  1. dh booking ke kak? mana tau nk pi jln2 thn dpn

    ReplyDelete
  2. Rancanglah Amy mana yg berkenan dihati
    Tiba masanya dah boleh pergi makan angin.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)