hilmirdadaud.blogspot.my

Nasiim Cabut Gigi

| On
August 13, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Habis aje kelas tae kwan do pagi tadi terus pergi Klinik Gigi Rosni Adam. Nasiim dah lama tanya bila nak cabut giginya yang dah berlapis tu. Sebelum-sebelum ni nampak aje gigi nak tumbuh terus gi klinik gigi tapi kali ni lama pulak mamanya nak bawa.




Alhamdulillah ... dia tak takut cuma masa sebelum masuk tu dia mengadu sakit perut, mungkin dia 'nebes'. Selalu ada abang-abangnya tapi kali ni dia sorang aje. 

Doktor gigi tu pulak pandai melayan si Nasiim tu siap main kira sampai 20 lagi. Gigi Nasiim tu tak goyang lagi jadi kenalah pakai bius. 


Mula-mula tak sakit. 


Bila dah mula sakit ... inilah gayanya. Nak makan tak leh sbb panas jadi mamanya bungkusan ajelah untuk dia Roti Milo, nanti dah hilang sakit boleh makan. Kat kedai minum Milo ais kat rumah makan roti milo, semuanya milo.

Satu benda aje yang dia suka lepas cabut gigi... boleh makan ais cream. 


2 comments on "Nasiim Cabut Gigi"
  1. Nasiim belajar Taekwon-Do dah tali pinggang warna apa? Lama dah saya tinggal dunia TKD tu. Rindu plak rasa nak berlatih lagi.

    Bagus nasiim berani juga nak pergi cabut gigi. Ada bebudak selalunya mengelak nak pergi klinik gigi.

    ReplyDelete
  2. ais krim x kena kt gigi yg kena cabut tu kak sbb tu nasiim suka hahaha

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)