hilmirdadaud.blogspot.my

Setengah Hari Di PNB ...

| On
August 10, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari Rabu minggu lepas, en hubby ambik cuti semata-mata nak uruskan perkara-perkara yang kena dibuat waktu opis hour. Kalau nak harapkan lunch hour memang tak sempat lagi pun en hubby jarang keluar lunch. Kebetulan pulak anak-anak balik petang jadi bolehlah pergi tanpa perlu nak terkejar-kejar balik. 




Sebenarnya Amy dah terhilangkan buku ASB en hubby, nasib baik tak kena marah. Amy tak taulah boleh ke tak buat buku baru kat pos opis, kami ke PNB Jln Tun Razak terus. 




Dapat free gift ... 


Tadaaa ... inilah rupa sebenar dia.

Masa buat buku tu, kakak kat kaunter tu bagi cadangan buat Hibah Amanah. Kami memang tak tau menahu pasal hibah amanah ni sebelum ni.


Alang-alang dah ada kat sana kami pun buat ajelah sekali. Bayar RM190 termasuk GST pastu kena gi pesuruhjaya sumpah pulak tu nasib baik pesuruhjaya sumpah ada dekat Wisma Central, berpeluh ketiak jalan kaki. Kat situ kena bayar RM8 tak silap Amy. 

Dah siap urusan kat pesuruhjaya sumpah tu kami pun balik semula ke PNB utk serah borang yg dah dicop tu.





Tak sempat lagi nak BW lagi. Jangan kecil hati ye kekawan.. hehehe. 



4 comments on "Setengah Hari Di PNB ..."
  1. Buku asb tenggelam masa banjir besar 2014. Nasib baik boleh dicetak lg masa update dividen thn ps...

    ReplyDelete
  2. seronok jugak la time buat2 urusan ni dapat free gift bagai. hihi

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)