hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...



Satu kelebihan rumah atas langit ni ialah dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt seluas mata memandang. Gambar ni Amy ambil pukul 5:51petang semalam. Konon nak angkat kain tapi boleh pulak melarat-larat tengok pokoklah, tengok langit lah.

Amy suka tengok langit tu. Ada sikit awan bertompok-tompok kat bawah. 



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan ini. 



Pemandangan di padang sekolah yang nampak KLCC. Dari padang ni juga boleh nampak Ikea, KL Tower dan Berjaya Times Square. Rumah Amy mengadap sekolah ni jadi tak nampaklah KLCC tu.
Assalammualaikum  dan Salam Sejahtera...


 Sila abaikan muka kepenatan kami.. heheh.


Jumaat lepas Cikgu Siti Zulaiha datang untuk kenalkan Amy dengan produk Mary Kay. Oooopps... ini bukan iklan Mk tau, heheh. Cikgu Zulaiha ni pun stokis Greeno dan dia juga mengajar di sekolah Irfan yang kat belakang rumah ni aje.

Sebenarnya dah lama nak cuba tapi Amy kena tunggu skincare yang Amy pakai tu habis dulu. Amy ingat kan boleh pilih aje mana yang berkenan rupanya tak. Cikgu Zulaiha bawa banyak sample, ada Botanical, MalaCEP Plus, Acne-Prone, TimeWise dan TimeWise Plus. Test dulu mana yang sesuai dengan kulit Amy.


 Masa test tu bila kulit Amy rasa tegang, Cikgu Zulaiha bagi oil-free hydrating gel untuk melegakan. Kira macam skuat bantuanlah... hihih. Bila sapu gel tu rasa sejuk aje dan rasa tegang terus hilang.

Amy ingatkan kalau rasa tegang lepas cuci muka tu perkara biasa rupanya tak. Sebenarnya pencuci muka tu yang tak sesuai dengan kulit Amy yang sensitif ni jadi kenalah tukar yang lain. Kalau ada rasa pedih ke gatal-gatal ke pun itu tandanya tak sesuai. Mk ni pun ada jaminan, katakanlah dah 1-2 minggu guna rasa tak sesuai kita boleh tukar dengan yang lain.

Amy try skincare dan make up. Dah alang-alang ada tu try ajelah kan. 

Tadi Amy kata bukan iklan kan... tapi manalah tau kot ade yang berminat nak tahu atau "try test"(macam pandu uji kete pulak) bolehlah Whatsapp atau sms Cikgu Zulaiha 013-6132510. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu lepas SKSBU buat outdoor activity untuk tahun 2 dan tahun 5. Tahun 2 buat lawatan sambil belajar ke Bukit Melawati. 

Punyalah excited nak pergi sampaikan pagi tu dia yang bangun dulu dari kita. Kalau hari sekolah biasa punyalah lama nak kejut bangun pagi.



Pukul 7:30 pagi semua murid mesti dah ada kat sekolah untuk di bahagi-bahagikan mengikut bas. Nasiim dapat bas yang ke 2. Dekat pukul 8 baru nak bertolak.



Beratur nak naik bas. Budak perempuan dah naik dulu. Guru yang bawa air kotak milo tu guru kelas Nasiim, En Muiz.


Nasiim duduk kat belakang tu baris ke 5 yang kanan sekali.

Dalam banyak-banyak gambar ada satu aje yang ada muka Nasiim. 

Risau sebenarnya nak lepaskan dia jalan jauh dari rumah. Ini yang pertama dia keluar dari Kuala Lumpur mengikut aktiviti sekolah. Nasib baik aktiviti ni setengah hari aje, pukul 3 dah sampai sekolah balik. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sekejap aje dah Jumaat kan, pantas sungguh masa berlalu. Dah lama teringin nak makan kek coklat kukus tapi baru hari ni dapat buat. 


 Banyak-banyak resepi kek coklat kukus yang pernah Amy cuba resepi kek coklat kukus yang ni jugaklah yang paling sedap kat tekak. lembab, sedap tak padat sangat dan yang penting nak buatnya tu tak banyak cerita. Insyaallah jadi. 

Amy pun dah lupa mana Amy ambik resepi ni. Kalau kek coklat lain Amy buat gerenti merekah tapi kek ni kalau jaga api dia, pastikan api tu tak kuat sangat dan tak terlebih masa insyaaallah tak merekah. Cantik aje dia naik.




 Kali ni Amy buat dalam bekas kecik-kecik aje. Senang nak simpan dalam peti sejuk tu, tak payah nak potong-potong... nak cari bekas lain pulak nak simpan. Nak makan aje ambik satu terus tak payah kotor pinggan dan pisau.

Resepi kek kukus coklat yang sedap lagi moist ni pernah Amy share di sini

Dulu ... Amy pernah minta resepi ni kek ni tapi tuan punya resepi kata kena datang kelas dia. Kalau kena datang kelas tu maknanya kena bayarlah kan. Amy tak ingat berapa jenis kek kukus yang Amy belajar tapi yuran dia hampir RM300. Sekarang resepi kek coklat kukus ni kat mana-mana pun boleh dapat.

Nak beli bukan cukup sikit dan nak pergi kelas pulak bukan kita nak berniaga + harga pun mahal. Bersyukur sangat sekarang ada ramai yang sudi kongsi resepi yang sedap-sedap di blog dan FB. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang semalam tetiba en poslaju terpacul depan pintu. Buku yang Shahida Mohamed poskan tu dah sampai rupanya. Amy terlupa nak cek tracking number sebenarnya. Nasib baiklah Amy tak keluar lagi ambil Nasiim dari sekolah.


Inilah dia hadiah Book GA by Abam Kie n Friend yang di sponser oleh Shahida mohamed.




Macam tau-tau aje Amy suka citer-citer yang macam ni ... heheh. Amy suka sangat. Terima Kasih kepada Abam Kie dan Shahida.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ..

Inilah salah satu sebab kenapa Amy rasa 'aik dah pukul 10 pagi... aik dah tengah hari'. Lepas tu terkejar-kejar nak masak dan ambil anak sekolah yang balik masing-masing masa tak sama tu.

Amy rasa bukan Amy seorang aje yang macam ni.Tengah-tengah mengemas tu tetiba aje rasa kalau "ni letak sana, yang sana pulak letak sinun ok tak? Bila tengok jam baru sedar dah lambat nak masak.. heheh.

 Selepas ...



Sebelum ...


 Amy tukar meja rendah tu dengan meja tinggi. Mata Amy nampak dua-dua ok sampai tak tau nak pilih mana.


 Sebelum ni meja tinggi tu kat sini. Sekarang tukar meja rendah pulak. En hubby kata macam tak menyerlah aje meja tu kat situ.

Amy pun tak tau, rasanya tak lama lagi beralih lagi lah tu.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari Sabtu lepas jiran sebelah rumah MIL buat kenduri kawin anak dia tapi MIL tak dapat pergi kerana ada kenduri akikah anak sepupu en hubby di Melaka. 


Kami yang tak balik Melaka ni pun dengan gembiranya mewakilkan MIL dan FIL. 


Mestilah gembirakan ... kan..kan.
Amy tak payah masak tengah hari, heheh. Alasan kan. Padahal vitamin M tu yang terlebih.


Majlis ni di adakan di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang. Dekat aje tak sampai 15 minit dah sampai. 



Tengah tunggu ayah bayar parking.

Kalau kenduri kat dewan ni senang nak parking. Tak payah susah-susah nak cari parking pastu parking depan rumah orang. hangin aje tuan rumah tu nanti.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Di sebabkan hari Jumaat, walaupun cuti satu Malaysia tapi tak boleh nak gi jalan jauh-jauh. Kami ke Ikea aje hari tu. Itu pun disebabkan Ikea tu tak sampai 10 minit dari rumah. Sempatlah kalau nak balik sebelum pukul 12 tengah hari.



Teringin nak makan danish coklat tapi tak de pulak hari tu. 




Amy beli kain angkat piuk tu dan bateri aje. 



Kalau dah masuk Ikea ... macam rumah diorang aje dibuatnya.


Amy selalu pergi pagi. Lengang sikit. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Kami balik dari kampung awal sikit minggu lepas sebab dah rancang nak pergi bersihkan rumah yang di Bandar Sunway Semenyih.

Rumah tu kami beli tahun 2004 dan sampai sekarang tak pernah tinggal lagi. 


house for sale

Amy pernah sewakan tahun lepas, tak lama cuma 4 bulan aje. Atas dasar percaya Amy tak minta pun deposit api dan air. Sewa bulan RM700 padahal rumah yang lain RM900. Deposit pun 2 bulan aje. Dua bulan terakhir penyewa tu tak bayar sewa dia kata tolak deposit, Amy pun ok lah. Dah sebulan keluar baru serah kunci Amy masih lagi ok. 

Sekali bila Amy datang tengok rumah tu... hambik. Mural punyalah banyak. Mereka janji akan cat balik kalau ada hasil seni kat dinding tapi Amy jugak yang kena sental. Bil api RM400 bil air RM137 dan dah kena potong. Ingatkan kalau tolong orang, orang akan bertimbang rasa dengan kita tapi dia pulak tinggalkan hutang.

Amy dah malas nak sewakan dah. En hubby pun dah pergi tanya bank harga pasaran rumah tu. Mungkin dalam masa terdekat ni kami akan jual. 

house for sale
Ruang dapur.

Rumah ni jenis superlink dan land area 28 X 51. Built up pulak 1770 sqft. Ada 4 bilik tidur dan 4 bilik air.


house for sale

Ruang tamu dan bilik ke 4.

Menyapu, mengemop, lap tangga, sental hasil seni + percikkan air coklat kat dinding, basuh toilet... Letih dan lengguh tangan mengemas rumah besar. Biasa mengemas rumah kecik aje. 

house for sale

Hujung jalan tu Sek rendah. Dekat sangat.


minum petang, goreng pisang

Balik menyinggah gerai goreng pisang kat Taman Tasik Permaisuri.   





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Hari Ahad yang lepas anak-anak Amy habis kelas pukul 6:30 petang dan kami sampai rumah dah maghrib jadi memang tak sempat nak balik kampung. Kami rancang nak bertolak lepas sembahyang raya tapi hujan pulak jadi kena tunggu hujan berhenti.

Dari rumah Amy.

Tetiba terdengar bunyi benda meletup. Bunyi macam mercun tak cukup power aje pun ada. Tak lama kemudian bunyi meletup lagi dan start ada bau benda terbakar. Amy tengok kat luar asap dah tebal aje dan tak lama kemudian polis pun sampai.


Rupanya ada kereta yang terbakar. Gambar ni Amy dapat dari sahabat yang tinggal betul-betul berhadapan dengan tempat kejadian.


Tak pasti apa punca kebakaran. Kesian tuan punya kereta. Pagi raya pulak tu kereta terbakar. 



Sebelum keluar rumah cek jalan dulu. Dah banyak kali terperangkap dalam 'jem'. Dengar cerita ada bas terbalik sebelum tol Sg Besi tu. Sudahnya pukul 3 petang baru kami bertolak balik kampung.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad lepas masa Amy nak publish post yang kedua tetiba dia keluar benda ni.


Baru dua post... bukannya banyak pun tapi dia keluar "Please prove you're not a robot. Ingatkan tu aje rupanya bila Amy publish post yang ini pada hari yang sama, langsung tak boleh. 
Pernah tak terjadi macam ni? Sebelum-sebelum ni ok aje. Amy rasa Amy tak usik apa-apa kat bahagian setting. Musykil betul.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Semalam, masa menunggu kereta tukar tayar, Amy jalan-jalan cuci mata, tengok-tengok lah apa yang patut.


Kebetulan lalu depan satu kedai yang ada berderet tin biskut yang besar-besar. Apa lagi teruslah melekat kat situ. Ada banyak jenis biskut tapi Amy beli biskut nenas aje. Dulu-dulu kalau biskut yang melekat dua macam ni di panggil biskut kawin tapi sekarang dah tak dengar lagi dah.

Amy suka biskut nenas ni... sedap, sekilo RM15.


Gummy candies ni pun beli kat kedai yang sama. Gummy ni hanya anak-anak yang suka. Tak pelah sesekali kan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Hari ni first time bawa anak-anak pegi pergi tukar tayar kereta. Mula-mula macam excitedlah sebab banyak benda yang tak pernah jumpa tapi lepas tu si Nasiim mula buat perangai.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni pukul 8 pagi dah pergi grading. Tak ramai yang datang mungkin mereka dah balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha kot.

Grading tae kwan do

Faris, Irfan dan Nasiim kali ni kat belakang, selalu kat depan. 

Grading Tae kwan do untuk SKSBU, SMKSBU dan SKSBS di adakan pada hari Selasa di SKSBU dan Hari Sabtu di SKSBS, jadi sapa yang tak boleh datang hari Selasa boleh datang hari Sabtu macam kami.



Kena beli belt green 2 pulak lepas ni. 3 orang budak 3 belt kaler yang sama. Kat rumah belt white, yellow 1, yellow 2 dan skang green 1 ada 3 setiap satu kaler. Amy ingat nak bagi aje pada sapa-sapa yang nak, tinggalkan satu set aje.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Jom kita kita ramai-ramai join sesi ni. Bolehlah kita mengenali lebih ramai blogger kat Malaysia ni. Semua boleh join janji bergelar blogger.

Yang menariknya kita semua akan dimasukkan ke dalam whatsapp group khas untuk blogger. Jadi kat situ bolehlah kita berkongsi tip-tip ber'blogging' dan sebagainya.


Syarat-syaratnya - sila klik banner ye.

Impian Amy untuk blog Amy

1. Diari hidup Amy - kenangan untuk anak-anak Amy bila diorang dah besar. 
2. Buku resepi - kalau simpan kat blog lebih senang. 
3. Berkongsi sesuatu yang berguna.
4. Side income.

Sedikit Biodata :

- Nama : Amy Hilmirda 
- Tarikh Lahir : 27 Julai, 1980.
- Lahir di Hosp Melaka, membesar di N. Sembilan dan sekarang menetap di Kuala Lumpur.
- Mama kepada 3 orang putera.
- Hobi : baking, menonton movie dan membaca.

H/p : 019-2253200
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...


kek butter

Dua hari lepas kak azlita masammanis ada share resepi asas kek butter dan dari satu adunan tu boleh dapat 3 kek butter yang berlainan rasa. Bila tau aje buat 1 boleh dapat 3, Amy pun terus rasa nak buat.. nak buat. Dah tengah hari pun sanggup keluar cari blueberry filling, Planta, Anchor butter dan almond flake pastu balik terus bersilat kat dapur.


kek butter

Resepi kek butter asas ni dikatakan menjadi ibu duit kepada baker dan housewife, ini yang membuatkan keinginan Amy nak mencuba bertambah. Nak pulak hari Raya Aidiladha dan dekat, kalau sedap bolehlah buat lagi.

Alhamdulillah, resepi ni memang menjadi. Panas-panas lagi dah kena kenduri. Amy guna suhu oven yang sama dengan dlm resepi. Selalunya mesti Amy kena ubah tapi resepi ni tak perlu.

kek butter



Semalam masa bakar Amy tinggalkan sekejap untuk ambik anak-anak dari sekolah, ingatkan sempatlah sampai rumah sebelum abis 'timer' dia. Yelah kan baru first time buat, manalah tau kot tak masak ke, merekah ke atau dah rentung ke... heheh. 

Rupanya tak sempat. Lif pulak lambat. Sampai rumah cepat-cepat buka oven... nasib baik. Cantik aje dia masak. Tak merekah dan tak rentung.. heheh.

Resepi kek butter asas ni Amy guna butter Anchor ... saja nak cuba butter jenis lain. Bagi Amy guna SCS lagi sedap rasa dan baunya.

hilmirdadaud.blogspot.my

BASIC BUTTER CAKE
Resepi : Chef Asma.

Bahan A :
250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau kastor
1g m gula aising

Bahan B :
250 gm telor - lebih kurang 5 biji
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan C :
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - satukan dan ayak.



hilmirdadaud.blogspot.my

- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sehingga kembang atau berkerim pucat
- Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga sebati.
- masukkan esen vanila.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. (adunan ini untuk 3 junis kek yang berlainan)
- Sediakan 3 bekas aluminium (7x3 inc)


hilmirdadaud.blogspot.my

KEK BUTTER PANDAN

- Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak.
- satu bahagian letak pandan emalco dan pewarna hijau - Amy guna perasa pandan yang kaler hijau.
- satu lagi biarkan tak de kaler.
- Sedikit badam untuk hiasan.

caranya :
- Tuangkan 1 lapisan plain - ratakan
- Kemudian tuangkan pula lapisan hijau - ratakan
- Tuang lagi lapisan putih - ratakan
- Tuangkan lapisan pandan - ratakan - buat 2 palin 2 hijau.
- Akhir sekali dengan belakang sudu dan swirlkan aduana.
- Tabur badam untuk hiasan.


hilmirdadaud.blogspot.my

KEK BUTTER NEAPOLITAN

- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- 1 bahagian letak perisa blueberry dan pewarna hijau.
- 1 bahagian letak perasa mocha - Amy letak serbuk koko.
- 1 bahagian biarkan kosong.

Caranya :

- Tuangkan satu sudu aduan vanila di dalam bekas aluminium.
- Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan mocha di atas dan tengah-tengah vanila.
- Tuangkan 1 sudu lagi adunan purple di atas dan tengah-tengah adunan mocha.
- Ulang sehingga habis.


kek butter

KEK BUTTER BLUEBERRY

- Sediakan blueberry paste dan masukkan ke dalam piping beg.
- Masukkan separuh aduan ke dalam bekas aluminium da ratakan.
- Picitkan blueberry paste tadi secara rawak.
- Tuangkan baki adunan tadi dan menutup lapisan bawah.
- Hias atas kek dengan baki blueberry tadi.


kek butter

 Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit. Amy letak kat rak kedua dari bawah. 


Selamat mencuba...
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sebelum ni kalau BW, Amy selalu jumpa blog yang gambarnya sama lebar dan gambar tu besar. Antaranya ialah blog kak Ita masammanis dan Aku bukan bidadari.

Tertanya-tanya jugak macam mana diorang buat. Dah clik kat x large pun tak jadi. Nasib baik bulan lepas nampak Reen up date pasal auto saiz gambar ni. Terima Kasih Reen.

Sebelum ...



Selepas...

Pertama : Klik Template → Customize → Advanced → Add CSS → Copy dan paste code di bawah.

.post-body img {
width:100%;
height:100%;
display: block;
box-shadow: none;
border: none;
padding: 0px;
}

Kedua : Klik apply to blog.

Ketiga : Selepas apply, setiap gambar yang di post wajib click orginal size. Gambar lama pun kalau boleh edit semula ke original size. Sebab.. click saiz small/medium/ large atau x-large, gambar akan jadi kabur bila auto size kerana gambar membesar mengikut kelebaran entire blog.

Sekarang  kelebaran gambar melintang dan gambar menegak dah sama. Tak de lagi dah kes satu gambar besar satu gambar kecik.