Hantar Cik Lappy Jumpa Doktor ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ni Amy pernah citer yang cik lappy Amy tu hanya speaker dan touch pad dia aje buat perangai tapi lepas tu satu barisan atas keyboard tu (F1-eject) terus tak leh pakai dah. ESC aje yang boleh berfungsi. Nak kontrol sound volume, cahaya dan lampu keyboard pun dah tak boleh. 


Lama dah pakai cik Lappy tu. Memang puas Amy guna dia. Setiap hari on, kadang-kadang 2-3 hari tak shut down. Kat situlah Amy reply email, ber’blog’, mencari resepi, tengok drama, bayar bil  dan macam-macam lagi.

Pendek kata cik lappy tu ‘pembantu’ setia Amy. Sampai ke dapur kadang-kadang Amy hangkut dia jika Amy malas nak salin resepi dan kadang-kadang sambil memasak dengar orang mengaji. Tiap-tiap hari guna dia sehabis-habisan jadi mungkin sebab tu dia mula buat perangai. Tak seperti 2-3 lappy Amy yang sebelum ni tak sampai 4 tahun dah KO.

 Hari Ahad yang lepas sebelum hantar anak-anak ke British Counsil, kami menyinggah dulu ke KLCC untuk hantar cik Lappy tu jumpa doktor. Cek apa yang patut.

 Ingatkan sekejap aje rupanya.... kena tunggu 25 orang daaaa. Amy sorang aje yang nak cek laptop yang lain semuanya nak cek tipun.



Kena tunggu lama pun tak pe, kalau kat situ tak de pulak diorang nak bertanya “lambat lagi ke?” atau pun buat perangai. 

Anak-anak sekarang dengan gadget, mereka lagi pandai dari Amy. Si Irfan pulak dah mula belajar programming. Tak taulah dia nak buat apa.


Lama menunggu nasib baik bangku kat luar tu ada yang kosong. Mamanya tunggu kat luar sambil tengok anak-anak kat dalam. Ayah pulak tunggu giliran.


Kami tak ingat nombor giliran nasib baik ada nama.



Doktor kata kena tunggu keputusan diagnostik dulu yang akan keluar lebih kurang 2 minggu, kalau nak cepat kena pergi Megan Avenue Jln Yap Kwan Seng. Dah lama menunggu nak ke sana pulak, emmm tak pe lah.

Cik Lappy Amy tu softwarenya sentiasa up to date dan tak guna anti virus jadi ia bukan kerana software atau pun virus. Cuma masalah hardware sahaja sebab ganas sangat tuannya guna.. heheh.

Sekarang kenalah guna komputer yang besar gedabak yang tak boleh nak hangkut-hangkut. Mungkin bulan ni Amy akan tak berapa laju nak update blog dan BW. Kalau sebelum ni atas katil pun boleh up date. Bertambah lagilah alasan kan.. sebenarnya vitamin M tu yang banyak sangat, hihih. 

Comments

  1. heheheh.... itulah tuan nya kecik2 ganas rupenye

    ReplyDelete
  2. Kita pun ada masa sakit-pening Amy, jadi dia pun nak juga pergi jumpa doktor
    Dua minggulah nampak gayanya menanti keputusannya.

    ReplyDelete
  3. boleh jer update kat telefon kak.. kalau dah biasa, seronok jugak update kat telefon..

    ReplyDelete
  4. Alahhh..kesiannye lappy prob. Lama tak berblog, salam kenal ye :)

    ReplyDelete
  5. mek pon same. type sekarat anak bangun. dah tido balik, idea hilang --'

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)