hilmirdadaud.blogspot.my

Kek Kukus Coklat Yang Sangat Sedap Lagi Moist.

| On
September 23, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sekejap aje dah Jumaat kan, pantas sungguh masa berlalu. Dah lama teringin nak makan kek coklat kukus tapi baru hari ni dapat buat. 


 Banyak-banyak resepi kek coklat kukus yang pernah Amy cuba resepi kek coklat kukus yang ni jugaklah yang paling sedap kat tekak. lembab, sedap tak padat sangat dan yang penting nak buatnya tu tak banyak cerita. Insyaallah jadi. 

Amy pun dah lupa mana Amy ambik resepi ni. Kalau kek coklat lain Amy buat gerenti merekah tapi kek ni kalau jaga api dia, pastikan api tu tak kuat sangat dan tak terlebih masa insyaaallah tak merekah. Cantik aje dia naik.




 Kali ni Amy buat dalam bekas kecik-kecik aje. Senang nak simpan dalam peti sejuk tu, tak payah nak potong-potong... nak cari bekas lain pulak nak simpan. Nak makan aje ambik satu terus tak payah kotor pinggan dan pisau.

Resepi kek kukus coklat yang sedap lagi moist ni pernah Amy share di sini

Dulu ... Amy pernah minta resepi ni kek ni tapi tuan punya resepi kata kena datang kelas dia. Kalau kena datang kelas tu maknanya kena bayarlah kan. Amy tak ingat berapa jenis kek kukus yang Amy belajar tapi yuran dia hampir RM300. Sekarang resepi kek coklat kukus ni kat mana-mana pun boleh dapat.

Nak beli bukan cukup sikit dan nak pergi kelas pulak bukan kita nak berniaga + harga pun mahal. Bersyukur sangat sekarang ada ramai yang sudi kongsi resepi yang sedap-sedap di blog dan FB. 

5 comments on "Kek Kukus Coklat Yang Sangat Sedap Lagi Moist."
  1. Meleleh nmpk sdppp knor dh lma juga tak mmbaking ni..
    Kena cari bhn dululah gamaknya...

    ReplyDelete
  2. Memula ingat Amy nak jual kek tu sebab buat dalam bekas comey2 tuh. Rajin sungguh! tapi memang senang kan kalau buat macam ni. Senang nak simpan and makan. :)

    ReplyDelete
  3. Sedaaaapnyaaaa ... akak tak nak pos hantar dekat kite ke ? Heheehe

    ReplyDelete
  4. sedap tu sbb meleleh... :) mek suka kek coklat

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)