hilmirdadaud.blogspot.my

Akhirnya Siap Juga..

| On
November 04, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Akhirnya siap juga projek rumah api si Faris tu. Punyalah lama dia sampai Amy pun hangin sebab barang dia bersepah sepah.

Pagi semalam sebelum ke sekolah sempat lagi tangan dia gatal nak tekan suiz tapi mentol pulak tak menyala. Hari sebelum tu semuanya dah ok. Dah lah nak breakfast pun tak senang hati. 

Balik sekolah aje terus mengadap. Habis semua dibuka balik tapi rupanya bateri aje yang tak pasang betul-betul. Amy pulak malas nak melayan, jangan besepah lagi satu rumah cukup.

Faris dan Nasiim dah abis exam, lega sikit. Hari ni Irfan pulak start exam kertas Geografi dan Agama Islam. Sebelum-sebelum ni kena bersuruh ulang kaji tapi sekejap aje dia dah siap. Masa cuti Deepavali tu penat mulut Amy suruh dia baca buku, bila adik dia main dia pulak yang tak senang duduk. Tetiba tengok dia dah join sekali, tak pun dia siapkan projek KH sekolah tu. Manalah tak hangin mama dia ni.

Alhamdulillah malam dan pagi tadi nampak dia bersungguh ulang kaji yang last minute punya. Siap report lagi kat mamanya dia baca tiga kali lepas tu tulis balik. Mamanya pun kenalah puji banyak-banyak.

12 comments on "Akhirnya Siap Juga.."
  1. Tapi biasa budak lelaki ni masa kat kelas lebih concentrate Amy. Tak macam anak perempuan kena banyak ulangkaji (banyak berkhayal agaknya kat kelas). Sebab itu budak lelaki belajar sikit tapi dah pandai.

    ReplyDelete
  2. wahh comel nya lampu hehe
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Puji banyak2 kak amy.. Ianya sebagai pembakar semangat anak2 untuk jawab kertas peperiksaan. Hihi

    ReplyDelete
  4. Uihh, pndainya dia buat :) lawa pulak tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rumah api dah siap ya..yahooo..

    ReplyDelete
  6. kecik2 lagi da kreatif..comel lak tu

    ReplyDelete
  7. wah. kreatif.. kecik2 dh pandai buat. comel ja

    ReplyDelete
  8. kreatifnya! cantik rumah api dia kak ^^ macam hiasan rumah pun ada :D

    ReplyDelete
  9. wah! menjadi kan projeknya tu...tahniah!

    ReplyDelete
  10. ALhamdulillah! HEBAT Sangat! Keep it up! aunty sangat faham perasaan awak tuh bila project tak menjadi. Memang tak senang dibuatnya. Kalau boleh nak hadap smpi siap. Tapi tak boleh la gitu..nanti dapur aunty tak berasap..sian anak2 kelaparan. hahah!

    ReplyDelete
  11. salam kenal sis.... bgsnya dia, minat sgt tu sis. kusyuk nampak... bdk laki klu dia minat mmg dia bersungguh... gd boy... :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)