hilmirdadaud.blogspot.my

En Hubby dan Sarapan Pagi.

| On
November 22, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam en hubby cuti jadi Amy pun ambik kesempatan ajak dia pergi pasar. Lepas hantar anak-anak ke sekolah terus pergi sampai tak sempat nak breakfast dulu. 



Balik dari pasar dah pukul 8 lebih perut pun dah berdondang sayang. Nak masak lagi nak simpan lauk-lauk yang di beli dari pasar lagi. Bukan boleh main sumbat aje dalam peti ais tu.


Nasib baik en hubby menyerah diri nak tolong buatkan breakfast. Siap tanya lagi nak makan roti telur ke roti dan scrambled eggs. Orang dah tanyakan kita pun order ajelah heheh. 




Dia buatkan Amy roti telur dan dia punya crambled eggs.  Roti, telor, sosej dan kacang pangang semua dia buat. Air neslo ais Amy tu pun dia yang buat, Amy cuma tambah ais dan nestum aje. Sementara dia masak Amy pun bersihkan semua yang Amy beli kat pasar tu. Bestnya bila orang lain masak kita jadi tukang makan aje. Bukan selalu dapat macam ni.


11 comments on "En Hubby dan Sarapan Pagi."
  1. Hihi....betul betul....bukan selalu ye Amy, ambiklah peluang yg ada katanya.
    Pandai jugak hubby masak ye Amy walau simple gitu.

    Part nak simpan simpan ikan bagai balik dari pasar tu mmg ambik masa kan....

    ReplyDelete
  2. untung ! hahaha. mek kalau pegi pasar, beli kuih dlm pasar je.

    ReplyDelete
  3. Memanglah best org dah hidang tinggal ngap aje Amy.
    Kalau hubby kakak memang tak pandai masak-masak ni Amy.
    Biasa dia yg tolong siang ikan/ayam bagai tapi masak memang zerolah..

    ReplyDelete
  4. apa yang penting kerjasamaaa...hihi..bestnya Amy dpt gak makan breakfeast buatan suami..sedap plak tu! sy ni klu sesekali hubby balik cuti ja lah br dpt merasa air tgn nya..:)

    ReplyDelete
  5. Baguslaa tlg masakkan. Bantu membantu kann.. hihi

    ReplyDelete
  6. spesel betul rasanya kalau sesekali ada org yg btkan sarapan ni ye kak
    lagi2 dr en suami... kalu laki dan, dia bungkus siap2 kt kedai je

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa sesekali merasa husband masak kan. Sejuk hati tengok. Hihi

    ReplyDelete
  8. alaaa kak...awat x buli dia smpi tghari... ayam masak kurma ke, nasi beriyani ke nasi ayam ke plg krg nasi goreng tomyam... br laa syok...jd mem besar sekejap hahahahahahahah

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)