hilmirdadaud.blogspot.my

Goreng Pisang ... Minum Petang + Makan Malam.

| On
November 26, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sekarang ni boleh dikatakan setiap petang mesti hujan. Petang semalam Amy basah kuyup masa ambil Irfan balik dari solat Jumaat. Hujan lebat angin pulak punyalah kuat sampaikan patah besi payung Amy tu. 

 Kebetulan ada pisang Nangka dan pisang Abu yang Amy beli kat pasar Ahad lepas. Petang-petang tambahan hujan pulak tu, makan goreng pisang dan teh o halia panas... sedapnya.

goreng pisang, pisang, pisang nangka,pisang abu, minum petang

 Jangan terkejut tau keluarga Amy sekali hadap memang banyak macam ni. Sila abaikan goreng pisang yang tak berapa cantik warnanya tu. Masa Amy mengoreng tu ada macam-macam iklan. Kejap mama nak tu, mama nak ni, mama... abang kacau. Melayan diorang nasib baik pisang Amy tak hangus.

Kat rumah ni kalau petang-petang ada menu lain selain nasi (yang Amy masak utk makan tengah hari) malam mesti nasi dan lauk tu tak laku lagi dah. Tu yang kadang-kadang Amy malas nak buat kuih untuk minum petang. Selalunya bila dah minum petang lepas tu masing-masing tak makan malam dah. Kiranya minum petang + makan malam sekalilah. Amy pun suka sebab tak payahlah nak mengemas dapur 2-3 kali.
8 comments on "Goreng Pisang ... Minum Petang + Makan Malam."
  1. wowww warne takpe kak amy janji sedap perut pun kenyang kan kak :D

    ReplyDelete
  2. sedapnya goreng pisang ... lama x mkn ...

    ReplyDelete
  3. Hihii rumah akak.. Ramai lelaki. Metabolisma lelaki kan kuat.. Lagi2 anak bujang akak. Hihihi nak membesar.. Tu makan banyak..

    ReplyDelete
  4. pisang goring lamanya tak makan!!

    ReplyDelete
  5. Kan Amy? part lemau bila nak kemas semua balik. Hahah! tapi sronok bila tengok derang semua makan apa yang kita masak. Hehe..

    ReplyDelete
  6. mmg layan mkn pisang grg time2 hujan ni kan kak....
    bile sejuk2 mkn lak panas2 ramai2 seronok lah... kejap je blh abis...

    ReplyDelete
  7. alahai lamanya x mkn goreng pisang dgn gula fav sy dr dulu tp skrg kena laa kurangkn mkn gitu hehehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)