hilmirdadaud.blogspot.my

Wayang Pacak

| On
November 16, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Kartun ni membuatkan Amy teringat balik 2-3 tahun selepas kami masuk Felda. Tahun 1983 tu kami memang dah tinggal di sana, tapi yang Amy ingat mula-mula kami pergi tengok wayang pacak ni tahun 1984 atau 1985. Masa tu orang sibuk tengok wayang Amy pulak tak abis-abis ajak mak abah balik. 

Kali terakhir tu Amy tengok wayang pacak ni rasanya Amy dah form 4 sebab masa tu dapat lesen pergi dengan jiran belakang rumah. Diorang pasang wayang pacak ni kat padang dekat dengan rumah Amy, walaupun dekat tapi berpeluh jugaklah ketiak berjalan kaki.

Yang bestnya buat kat padang ni, kita boleh duduk kat mana-mana yang kita suka, nak duduk ke dah berdiri ke lantaklah. Ada yang bentang tikar dan bawa makan lagi, macam 'berpiknik'. Yang tak bestnya bila balik teringat pulak citer yang bukan-bukan, mulalah rasa seram 😅. 

Dulu kami tengok wayang free sekarang... kami berlima aje dah berapa tiketnya. Setahun sekali dua aje kami tengok wayang itu pun bila rasa nak sangat pergi tengok movies kat screen besar dinasour tu.

8 comments on "Wayang Pacak"
  1. kadang rindu dengan suasana masa dulu2 kan

    ReplyDelete
  2. bestnya :) mek tak sempat dah merasa benda ni.

    ReplyDelete
  3. xde pengalaman mcm ni... tp penah jg dgr psl ni ;-)

    ReplyDelete
  4. memang nostalgia je wayang2 camni. last sekali seingat saye time tadika ke darjah satu. hihi

    ReplyDelete
  5. Unni x sempat zaman ni:( lagipun kat sabah mcm xde

    ReplyDelete
  6. seronokkn kak tgk wayang pacak gini...
    santai2 gitu... suasana pun meriah je

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman kecik dulu manalah ada TV, kalau hari sukan sekolah mesti ada wayang free kat padang sekolah. Abah rajinlah bawak....
    Zaman ni dah pupuskan Amy

    ReplyDelete
  8. Bestnya... Kak Amy dapat merasa tengok wayang pacak..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)