hilmirdadaud.blogspot.my

Bercuti di Port Dickson - Avillion.

| On
December 12, 2016
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah hujung tahun ni kami memilih untuk bercuti di Port Dickson dan menginap di Avillion. Setelah 2 kali terlepas akhirnya kami berjaya juga sampai ke Avillion. Amy ingat kami aje yang terlepas rupanya ada 2-3 orang yang sama macam kita orang. Pintu masuk ke Avillion tu tak berapa nampak... tau-tau aje dah terlepas. 

Macam biasalah kalau Amy buat post tentang percutian ni akan ada banyak gambar. Amy rasa gambar-gambar ni lebih selamat simpat kat sini daripada tempat lain. Sila skip jika rasa bosan... heheh.

Bercuti di Port Dickson - Avillion

Kita bergambar dulu sementara En Hubby park kereta. Dari depan, Ameer Nasiim (8), Ameer Faris(10) dan Ameer Irfan (13).

Bercuti di Port Dickson - Avillion

Mamanya pun nak bergambar jugak kononya bukti dah pernah datang situ. Si Farislah yang jadi cameramannya. Mamanya bila nak ambik gambar aje banyak songgeh... tak nak nampak gemuklah, tak nak nampak gelaplah... nak nampak cantiklah. Nak tak nak dia layan ajelah kerenah mamanya ni. 


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Si Nasiim ni kalau bergambar ada aje gayanya. Si Irfan pulak tegak aje macam tiang lampu. 


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Nasib baik kami datang hari bekerja.... lengang hotel tu. Kalau hujung minggu mesti sesak.



Bercuti di Port Dickson - Avillion

Amy book Water Chalet, large bed untuk 3 hari 2 malam. Alhamdulillah ... rezeki, bilik kami di up grade ke Premium Water Chalet. Bilik kami sepatutnya mengadap bilik yang lain tapi bila dah di upgrade kami dapat bilik yang menghadap ke laut.

Bilik aje yang di up grade, afternoon tea & evening coctails at aVi lounge dan aVi lounge facilities tu  tak dapat pun. OK lah kan...



Bercuti di Port Dickson - Avillion

Katil besar + katil ala 'pangkin' = muat untuk kami 5 orang. Puas hati walaupun agak mahal tapi kami dapat tidur dengan selesa. Tak payah buka tilam angin.


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Yang tak bestnya masa kami sampai ada banyak najis burung. Buka aje pintu balkoni tu... betul-betul kat pintu tu ada najis burung. En hubby panggil house keeping untuk bersihkan najis tu. Yelah kan bilik tu bukannya kita dapat free.

 Cadar kami ada stain sikit dan ada banyak habuk hitam. Muka si house keeping tu macam tak puas hati aje. Dia kata stain tu tak boleh hilang. Ye lah kami tau tak boleh hilang tapi patut ke dia bagi kami cadar tu dan habuk hitam tu boleh menyebabkan gatal-gatal. Dia tak sepatutnya cakap macam tu dan tunjuk muka tak puas hati. Dia kerja di hotel yang agak terkenal bukan di hotel 'chokia'. 

Masa dia bersihkan najis burung tu, dia guna mop untuk sental najis yang dilantai dan guna mop yang sama tanpa di bersihkan terlebih dahulu terus mop najis yang di kerusi tu. 

Amy ingatkan selepas tu dia akan guna air tapi tak dia terus balik. Geli betul. Sampai balik kami tak duduk kat kerusi tu. Nak keluar ke balkoni pun kena hati-hati takut terpijak bekas najis tu. 


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Sebelum panggil house keeping. Si Irfan tengah cek tempat dia nak tidur.

Bercuti di Port Dickson - Avillion

Toilet punyalah besar. Puas hati. 


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Ada lubang kat toilet ni. Boleh tengok bawah. Masa ni tak de air.


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Kalau tengah-tengah mandi bolehlah tengok kapal terbang yang lalu lalang.


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Nasiim tanya kenapa sinki ada dua. Mamanya jawab ... satu untuk ayah dan satu untuk mama. 

Bercuti di Port Dickson - Avillion

Masing-masing tengah tengok air laut yang mula nak pasang. 



Bercuti di Port Dickson - Avillion

Katil pun jadi tempat bermain. Kat rumah katil tak de tiang.



Bercuti di Port Dickson - Avillion

Balkoni...


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Bilik kami 410 dibelakang En Hubby.
Nak pergi menjelajah Avillion ni pulak. Nak tengok apa yang ada. 


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Sebelah Gym... kalau tengah berenang lapar bolehlah beli kat sini.



Bercuti di Port Dickson - Avillion


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Capetown... lorong ke bilik kami.


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Pantai di tepi water chalet.

Bercuti di Port Dickson - Avillion
 Pantai yang kat Avillion ni banyak benda-benda hitam tu... Apa namanya ek? Amy pun dah lupa.


Bercuti di Port Dickson - Avillion


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Cuci kaki dulu. Anak-anak Amy tak pernah jumpa timba. Masing-masing ambik air penuh timba macam nak mandi.



Bercuti di Port Dickson - Avillion

Kita ke sebelah yang satu lagi...


Bercuti di Port Dickson - Avillion



Bercuti di Port Dickson - Avillion

Sebelah yang satu lagi ni ada pet farm, swimming pool untuk orang dewasa dan banyak lagilah. 



Amy sebenarnya teringin nak pergi kat sini tapi tak de rezeki. Kami tak boleh masuk. Mungkin kena bayar kot Amy pun malas nak gi tanya. 


Bercuti di Port Dickson - Avillion

Bergambar kat depan Avi Spa dan lepas tu kami pun balik ke bilik. 

Ada banyak blog yang post tentang Avillion jadi Amy pun tak de lah nak tepek gambar yang sama. 




7 comments on "Bercuti di Port Dickson - Avillion."
  1. Part amik gambar tak mo nampak gemuk, takmo nampak itam tuh kita sama lah..hahaha! seronok kan dapat spent masa dengan family.

    ReplyDelete
  2. cantik tempatnya, selesa juga avillion ni

    ReplyDelete
  3. SUBBAHANALLAH CANTIKNYA TEMPAT NI.. SERONOK DPT BCUTI DGN KELUARGA

    ReplyDelete
  4. comelnyaa anak anak kak amy dan yang aling penting akak nampak macam kakak bukannya mak.

    ReplyDelete
  5. housekeeping tuhh dah merosakkan nama baik hotel . bila tak puas hati sekalipun, jangan tunjuk depan customer.

    ReplyDelete
  6. sy mmg ada plan nk cuti ke sini... tgk pic2 ni terasa cpt laaa thn dpnnnnnn ;-)

    ReplyDelete
  7. Hotel ni bukan ke rating 5 star kak? Kalau bayar mahal.. Tapi service cleaning teruk. Hmmm nasib baik bukan reen kat tempat akak. Heh :p

    Kalau reen ni, memang cari supervisor yang jaga Avillion. Atau report kat customer service.. Kita bayar pakai duit, bukan pakai daun..

    Eh eh. Reen pula yang geram.. Hahahaa

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)