hilmirdadaud.blogspot.my

Giant Bubble Di malam Hari - Port Dickson Waterfront.

| On
December 13, 2016
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kami ke Port Dickson Waterfront sekali lagi untuk makan malam. Kalau ke arah Teluk Kemang mesti kedai di sana penuh. Perut dah lapar dan kami pun terus ajelah tuju restoran makanan segera. Masa lalu berhampiran MC D, tepi laut kat situ nampak meriah. Kami pun pergilah menyibukkan diri kat situ.

Bercuti di Port Dickson

Rupanya tempat orang main Giant Bubble.


Bercuti di Port Dickson

Satu bekas sabun RM5 dan boleh pilih nak guna ... amy pun tak tau apa ntah nama dia... tu yang tergantung banyak kat orang berbaju hitam seluar pendek tu.

Bercuti di Port Dickson

Seronok tengok diorang main. Ada macam-macam buih yang keluar. 



Bercuti di Port Dickson

Yang paling best dapat tengok bubble yang panjang. Bubble sana sini... Meriahnya.

Bercuti di Port Dickson

Anak Amy beli bubble yang kocik 3 RM10 dan mainan yang boleh kita lastik dia ke udara dan ada lampu. Amy pun tak tau apa nama dia. Mama dia ni semua tak tau... heheh.

Tengah best main bubble mata si Nasiim terkena sabun. Agaknya bubble tu pecah dekat dengan mata dia. Kami pun terus balik untuk bersihkan mata dia. Nasib baik kejap aje mata dia sakit. Sampai hotel dah elok dah.


Bercuti di Port Dickson

Sambung main bubble kat balkoni. Masing-masing kena pakai selipar bila nak keluar ke balkoni tu. 

Bercuti di Port Dickson

Sebelah kanan balkoni. Sebelah depan tak nampak apa pun... gelap aje.

🚙 ... 😎

6 comments on "Giant Bubble Di malam Hari - Port Dickson Waterfront."
  1. pernah main sekali je bubble gint niih . best. seronok

    ReplyDelete
  2. Asyik banget ya mbak bisa main di Je Bubble Gint...
    ..

    ReplyDelete
  3. alaa sian nyer mata kena sabun ya... syukur tak de apa2... sy penah try cmpr kn buih sabun ni dgn sabun basuh baju.... terus x jadi hahahahahah

    ReplyDelete
  4. mmg nampak meriah betul tuh kak...
    mcm2 bentuk ada, kadang jakun nengok bubble yg besar2 tuh...
    kretip betul bdk2 yg jual tu

    ReplyDelete
  5. tak penah main :( bst bubble besar tu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)