hilmirdadaud.blogspot.my

Tokyo Destinasi PilihanKu - #MyTravelokaEscapade

| On
December 07, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tokyo Destinasi ku

Dalam banyak-banyak destinasi percutian jika Amy diberi peluang untuk memilih destinasi percutian idaman, Amy akan pilih Tokyo sebagai destinasi pilihan .. destinasi #MyTravelokaEscapade.


Tokyo destinasiku

Bila sebut Tokyo, Amy terus teringat bangunan yang meriah dengan papan tanda tulisan Jepun macam dalam gambar ni. 


tokyo destinasiku

Amy pernah pergi ikut En Hubby ke Tokyo 14 tahun lepas, itupun atas urusan kerja. Tau-tau ajelah kan, pergi bercuti dengan pergi kerja tak sama. Kami hanya sempat ke DisneySea dan Akihabara  sebelum pulang ke Malaysia. Kalaulah Amy dapat pergi lagi ...



tokyo detinasi pilihanku

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapalah Amy ni cerita pasal hasrat hati nak pergi Tokyo pulak hari ni kan? Sebenarnya Traveloka ada buat buat contest 'You need a holiday lah' dan hadiah dia punyalah best dan ada peluang menang percutian percuma ke destinasi idaman.  

Kalaulah ada peluang bercuti ke Tokyo bersama  Traveloka.com.my, banyak tempat yang Amy teringin nak pergi. Bolehlah menghilangkan rasa terkilan dihati.


1. Ueno Park.

Tokyo destinasiku
Sakura di Ueno Park.

Ueno Park adalah destinasi yang pertama Amy akan terjah. Dalam banyak-banyak taman kat Tokyo tu, Ueno Park nilah yang Amy paling teringin nak pergi. 

Amy nak sangat tengok bunga Sakura berkembang. Tapi andai kata tak dapat tengok bunga Sakura, dapat tengok pokok yang daun berwarna keperang-perang di musim luruh pun jadilah.  

Tokyo destinasi impian ku
Musim luruh di Ueno Park.

Kalau pergi sana, dapatlah Amy menikmati keindahan alam ni dengan mata sendiri dan ditemani kopi panas ... Alangkah bestnya.


2. Tokyo Tower

tokyo destinasi pilihan ku

Kalau dah sampai sana tak menyinggah Tokyo Tower rasa macam tak pergi ke Tokyo aje rasanya. Harus 'berselfie' berlatar belakangkan Tokyo Tower ni nanti sebagai bukti dah sampai sana.


3. Tokyo Disnesland.

Tokyo destinasi pilihanku

 Satu lagi tempat yang Amy impikan sejak kecil lagi. Antara kartun kesukaan Amy ialah Mickey Mouse, Aladin dan Snow White. Walaupun dah dewasa Amy masih lagi meminati kartun-kartun Disney. Kalau dah sampai Tokyo haruslah Amy menyinggah ke Disneyland ni.



4. Studio Gibli Muzium

Tokyo destinasi pilihan ku
Robot dalam cerita Castle In The Sky.

Amy dan anak-anak memang suka tengok filem-filem animasi Studio Gibli jadi Studio Gibli Muzium ni pun salah satu destinasi yang harus Amy terjah.
Antara filem animasi Studio Gibli yang terkenal ialah Howl Moving Castle, Spirited Away, The Cat Return dan banyak lagi. Anak Amy paling suka citer The Secret World of Arrietty. Kalau bawa anak-anak ke sini mesti diorang teruja. Nak pulak dapat bergambar dengan robot dalam citer Castle In The Sky tu. Haaa yang tu bukan setakat anak aje, mamanya pun teruja jugak... hahaha.



5. Shibuya Crossing.

tokyo destinasiku

Shibuya Crossing ni adalah lintasan perjalan kaki yang terkenal dengan kesesakkannya. Punyalah ramai orang nak melintas kat sini.  Amy pun nak menyibukkan diri juga kat Shibuya Crossing ni, kalau ambik gambar waktu malam kat sini mesti cantik. 


 6. Tokyo Skytree. 

tokyo destinasiku

Satu lagi mercu tanda Tokyo yang harus pergi, menara yang paling tinggi di Jepun dan Kedua ni dunia. Ia juga merupakan menara penyiaran televisyen mengantikan Tokyo Tower.

Tokyo destinasi ku

Amy memang takut kalau tempat-tempat yang macam ni tapi kalau dah sampai sana tak naik rasa macam rugilah pulak. Dah datang dari jauh jadi jangan mengada-gadakan diri sendiri. 


7. Akihabara

tokyo destinasiku

      Akihabara ni terkenal dikalangan pengemar anime dan manga. Ia juga terdapat banyak kedai barangan elektronik dan cosplay cafe. Kalau dah datang sana boronglah apa yang patut. Kalau Amy dapat pergi sekali lagi, Amy berhajat nak beli kamera kalau harga berpatutan. Asyik ambik gambar pakai telifon aje sesekali nak jugalah usung kamera macam professional blogger jugak. 


8. Gunung Fuji

tokyo destinasi ku.

Last sekali sebelum balik harus ada sekeping gambar diri sendiri berlatar belakangkan Gunung Fuji, barulah lengkap rasanya percutian ni.

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di Tokyo yang boleh dilawati tapi 8 tempat ni ialah destinasi 'MESTI PERGI' jika Amy diberi peluang oleh Traveloka, barulah namanya destinasi #MyTravelokaEscapade.

Jomlah kita beramai-ramai memeriahkan lagi contest ni, manalah tau kot ada rezeki. Amy teringat pepatah orang dulu-dulu, dah lama sebenarnya tak dengar, 'Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tau'.

Jangan segan-segan Klik https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk join.

Nadia - Autumn in Tokyo.

Baru-baru ni adik ipar Amy ke sana, dia tayang pulak gambar dia kat park tu. Lagilah melonjak-lonyak hati Amy ni nak ke sana.


Nota kaki: Gambar dari ehsan pakcik google image.
10 comments on "Tokyo Destinasi PilihanKu - #MyTravelokaEscapade"
  1. Good luck Amy!
    Kakak pun tertarik dgn paparan yg Amy berikan tentang Tokyo.

    ReplyDelete
  2. wow ! wish u luck ! =D
    fllwer ke 323# newbie lg, mohon support =)

    ReplyDelete
  3. Reen teringin nak pergi waktu musim luruh :D

    ReplyDelete
  4. good luck akak~ teringin jugak pergi tokyo ni..

    ReplyDelete
  5. alahai !! best nye amy !!!!! good luck tau.. mana tau rezeki terpijak amy.. hee~ doakan kakak jugak.. tapi kakak nak g dekat jek--

    ReplyDelete
  6. Tracel loka ni sebenarnya apa ya.
    Ramai sangat saya tengok tulis benda yg sama.
    Serupa macam blogwalking ke?

    ReplyDelete
  7. Tracel loka ni sebenarnya apa ya.
    Ramai sangat saya tengok tulis benda yg sama.
    Serupa macam blogwalking ke?

    ReplyDelete
  8. semoga ada rezeki akk utk ke jepun...aminnnn

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)