Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Rabu ada seni hari Selasa baru dapat senarai barang yang nak kena bawa, barang yang nak kena bawa agak banyak jugak. Nasiim pulak pukul 4:30 petang baru habis sekolah (sk+kafa) jadi petang tak sempat nak mencari.


Inilah hasilnya ...

Malam tu kena gi kedai ... gigih Amy keluar masuk kedai guli aje yang tak jumpa. 



Cer tengok camner dia duduk ... ni tahap ok lagi kadang-kadang dia berdiri kat belakang sofa tu satu kaki kat tempat dia duduk tu ... Sofa tu pulak jadi 2 kaki aje. Kain bawah sofa tu elok-elok koyaknya sikit aje, dia pergi tarik dah jadi macam kain skirt. 

Macam manalah tak lunyai sofa tu ... 

Nak buat cover baru ke tak ... kang kejap aje cantiknya. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dekat 5 tahun dah usia sofa ni dari Nasiim umur 3 tahun skang Nasiim dah nak masuk 8 tahun. Masa tu anak-anak masih kecik, Irfan pun baru darjah 2 .. memang dah terbayang dah akan jadi macam ni hehehe. Nak tak nak tahun ni kena ganti baju dia, tak larat nak tengok dah.


Nilah bukti guna sehabisnya.  Baru beli dah kena conteng, masa tu  gigih menyetal tapi tak hilang jugak. Anak-anak Amy dah melompat kat atas dia entah berapa puluh kali siap boleh tido sekali, bila tengok tv pulak macam-macam style diorang duduk . Tahan lasak betul sofa ni, 5 tahun kulit aje yang rosak.

Amy tak tau mana nak hantar untuk buat baju baru dia. Lagi satu kalau nak hantar tu nak kena cari lori pulak, nak masuk kete memang tak muat. 

Kalau kat area KL/ Ampang mana tempat yang bagus dgn harga yg berpatutan? 


Nilah gambar sofa tu masa baru beli. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah dapat voucher Tesco kali ni redeem BonusLink punya point.


Dah lebih 10 tahun ... dah banyak dah abis kat Parkson, Focus Point dan kawan-kawannya tapi pointnya alahai, tu yang tak pernah nak tebus tu.

Bulan lepas pihak BonusLink call Amy katanya tahun ni boleh tebus untuk voucher Tesco dan Amy boleh tebus point Amy sehingga RM70. Oklah dari tak dapat langsung. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ni ada sahabat Amy share kat FB gambar yang mengimbas kenangan.



 Rumah Amy dapat bekalan elektrik tahun 1990 jadi tak merasa suiz ni. Amy masih ingat lagi dulu rumah MIL mak ngah Amy rumah lama jadi kalau ke sana Amy mesti main suiz ni. Biasalah budak-budak, kejap tutup kejap bukak kipas.


Mak Amy pernah ada dapur minyak ni tapi tak selalu pakai... Amy pun tak tahu kenapa.



Kami pernah pakai dapur arang dan dapur kayu tapi seingat Amy, kami guna dapur kayu lebih dari dapur arang. Kalau masak air dengan dapur arang cepat sikit air tu masak.

Gambar pinjam dr en google.

Dapur kayu yang emak Amy buat lebih kurang macam dalam gambar ni. Kat bawah tempat letak kayu. 

Amy selalu teman emak pergi cari kayu kat kebun getah ... bukan semua kayu boleh buat kayu api, nak pulak musim hujan kalau kayu lembab nanti berasap ajelah dapur tu. Muncung pun panjang asyik nak meniup api.

Kalau masak air kena pastikan kayu tak berasap kalau tak jawabnya minum air perasa asap lah.

Tapi yang bestnya kalau musim hujan ada banyak cendawan yang tumbuh pada kayu pokok getah dan selalunya mak akan goreng cili api, huh sedapnya.




Dulu kalau nak bakar biskut raya, mak Amy guna oven ni. Waktu tu Amy kecik jadi kalau mak bakar biskut tak leh dekat-dekat. Biasalah nanti ada aje tangan gatal usik sana usik sini... hehehe.



Kat rumah Amy tak de lampu ni tapi kat rumah kawan yang lain ada, Amy pun tak tau kenapa.


gambar dr en google.

Pernah ada lampu gaselin ni tapi sekejap sangat ada kat rumah tu.

Lampu Kabait.

Kami selalu guna lampu kabait ni ... lebih terang. Kalau apinya kecik aje kena cucuk sikit muncungnya nanti besarlah apinya. Dulu kerja pasang lampu ni kerja Amy ngan adiklah.




Lampu kabait ni mak Amy bawa ke kebun getah masa dia "menyuluh". Menyuluh tu pergi menoreh awal pagi dalam pukul 5-6 pagi, tapi kalau abah Amy pulak dia suka pergi pukul 3-4 pagi nanti sebelum pukul 7 pagi dia dah balik rumah dah.

Anak-anak Amy kalau jumpa benda-benda ni diorang mesti excited. Zaman skang ni dah tak se'adventure' zaman kita dulu.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama simpan resepi ni... biasalah Amy kan, hehehe. Resepi simpan lama pastu bila dah buat pun duduk kat draf tu pun lama.

Resepi ni Amy buat hari Sabtu 2 minggu lepas,  angin rajin datang nak buat untuk breakfast anak-anak. Kebetulan pagi tu ada mesyuarat PIBG kat SMKSBU... asyik sangat kat dapur sampaikan lupa tengok jam, sekali tengok dah pukul 8:30 emmm tak pergilah jawabnya.


Resepi ni senang dan sedap. Nasiim cakap rasa macam lazagna.

Resepi ni guna keju chedar parut tapi memandangkan satu plastik kecik tu pun dah berbelas ringgit jadi Amy guna slices cheese yang ada dan gunting halus-halus. Tu pasal tak berapa cantik atas dia.

Inti daging Amy buat sehari sebelum dan tak letak cili sbb nanti ada aje alasan budak-budak tu tak nak makan.



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resepi Oleh : Sarimah Md Nor

Diambil dari ; Kak AzlitaMasamManis

12 keping roti

3 biji telur

200 ml susu segar
8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa 






Inti Daging
300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1/2 peket perencah daging black paper Maggi (Amy guna sos black paper Maggi  2 sudu besar)
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus 
2 batang cili padi ~ hiris halus (Amy tak letak)
1 batang lada merah ~ hiris halus (Amy tak letak jugak)
daun sup dan daun bawang ~ di mayang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kering dan daging empuk
Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
gaul rata
Tutup api dan biarkan sejuk



Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu.
Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
Susun dalam loyang pembakar satu lapisan.
Kemudian ratakan inti daging di atasnya.
Susukan pula slice chese atas inti daging tadi.
Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti.
Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
Lapisan terakhir letakkan inti daging
Kemudian taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Angkat setelah masak
Tunggu  suam sikit dah boleh di potong
Makan panas-panas memang sedap sangat..
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila angin M dah sampai, komputer depan mata tu pun buat macam tak nampak aje hehehe. Tambahan pulak minggu lepas cuti sekolah lagilah tak dan nak mengadap blog ni.

Minggu lepas Amy buat donut guna resepi dari blog kak Azlita buat kali keduanya. Kali pertama minggu sebelum tu. Bagi Amy... Amy paling suka guna resepi yang ni sbb lebih senang, tak resap minyak sangat dan gebus walaupun dah semalaman.




Bila cuti sekolah... masing2 dari pagi sampai malam kat rumah, tak berjalan kemana-mana mulalah pintu peti ais dan pintu kabinet dapur tu tak aman dibuatnya anak-anak Amy. Kalau nenek Amy dia cakap "sepuluh kali sekejap" diorang buka tutup. Dah tau dah apa isi kat dalam tu tetap jugak nak buka tutup. Mencari aje benda nak mengunyah padahal nasi dan lauk masih banyak lagi kat dapur tu.



Resepi kak Ita guna BM tapi Amy tak de BM jadi buat guna mixer aje. Yis pulak ... disebabkan malas nak simpan baki yg sikit tu Amy pakai aje satu paket tu. 



Satu aduan ni Amy dapat dalam 25 ketul donut. Amy asingkan siang-siang 7 ketul untuk En hubby. Sekejap aje selamat semua donut tu kena kenduri. Bila turn en hubby mengadap donut dia ... sempat lagi kena cukai kat anak-anak. 



DONUT SEMPOI

Resepi Oleh : Chef Asma
diambil dari Blog Kak Ita Masam Manis

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )

10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais



minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut.


Kat rumah Amy tak de susu tepung jadi Amy gantikan susu tepung tu dengan susu pekat. Jadi untuk resepi ni Amy guna 3 sudu besar susu pekat.


Amy masukkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul sehingga ia lembut dan elastik. Kalau mixer amy tu amy guna speed no 2.
Minyak kan sikit mangkuk yang utk letak adunan yg dah siap ... tutup ngan kain bersih dan biarkan ia naik. Amy suka biarkan dia naik berganda2 hehehe.






Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
Pas tu boleh lah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25 keping doh atau donut nanti.

Adunan ni agak melekit-lekit kat tangan ... 

Kali pertama Amy rehatkan sekejap baru tekan-tekan bagi dia penyek sikit dan tebuk lubang kat tengah. Sementara nak mengoreng dia naik bukan main lagi tapi kali kedua Amy tak rehatkan lepas habis bulat-bulatkan semua Amy terus tekan bagi penyek dan tebuk lubang. Alhamdulillah masa goreng dia naik cantik dan tak berkedut-kedut macam yang pertama.




Masa mengoreng minyak jangan panas sangat nanti cepat hangus di luar dan dalam tak masak pulak. Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang-sedang aje

Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.

Tips mudah salut gula.
Letakkan gula dalam plastik beg, Amy guna bekas tupperware.
Masukkan donut dalam 2 atau 3 keping dalam bekas tu dan goncang-goncang biar gula bersalut pada donut sekata ...
tak berserak dapur dengan gula dan dapat jimatkan gula.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

First time belajar masak ... punyalah kekok hehehe, tapi nak buat camner kan kena jugaklah ajar dah nak masuk 13 tahun dah. Sebenarnya Amy malas nak bagi diorang masak memasak ni ... abis dapur tu bersepah.



Kali pertama ni ajar buat nasi goreng aje dulu nak ajar goreng telor dia tak makan telor pulak, ayam dia makan.

Pagi ni gerhana matahari... anak-anak Amy pagi-pagi lagi dah excited. Sibuklah kata tak nampak pun... tak de pun. Macam mana nak ada matahari tak keluar lagi.




Ni kerja si Faris lah ni, sibuk nak gi sekolah dia sibuk nak ambik gambar pulak.


Dia siap pesan lagi .. nanti mama ambik gambar tau.

Tipun mama ni tak cangih mana pun .. tak leh lah nampak.

Dengar kat tv tadi tahun 2019 akan gerhana lagi tapi kalau nak tunggu gerhana penuh kena tunggu tahun 2042 kat Sabah Sarawak kalau tak silap, 26 tahun lagi tu.  Tahun 1997 masa Amy form 5.... gerhana penuh masa tu, sapa masih ingat lagi. Amy ngan kawan belakang rumah tengok guna air letak dalam baldi. Punyalah excited.


Pagi tadi adik Amy kat Serting share gambar yang dia ambik masa nak hantar anak ke sekolah. Mungkin sebab awan banyak jadi dapatlah dia ambik gambar matahari yang macam bulan sabit tu.





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Jumaat lepas dapat sms dari JJ suruh collect voucher tapi baru pagi tadi berkesempatan mengambilnya. Kebetulan nak gi pos Herbal Plus, Amy ambik sekali voucher tu.


Hasil menabung kat JJ tu dapatlah vocher RM80. Dapat aje voucher Amy terus gi bahagian supermarket, hari ni jugak habis RM80 tu. Alhamdulillah dengan voucher tu dapatlah Amy beli makanan (nak sebut satu-satu banyaklah pulak), vitagen dan air kotak purple carrot pula untuk anak-anak.

Masa ambik barang tu tak kira ... main masuk aje dlm troli sekali masa nak bayar RM129. Konon nak lebih sikit aje sekali terlebih banyak. Tapi tak pe sekurang-kurangnya jimat dah duit lauk Amy minggu ni.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Minggu lepas masa bw Amy ada ternampak spaghetti Aglio Olio entah kenapa terus rasa teringin pulak. Kali pertama dan terakhir Amy makan spaghetti ni kat Pizza Hut Maluri... tak de rasa nak makan lagi lepas tu.

Mula-mula Amy ingat nak beli aje kat Secret Resipe tapi tak jadi. Amy ada terbaca yg SP punya tak berapa sangat. Amy starrtlah mencari resepi ... dah teringin sangatkan hehehe.


Rupanya resepi dia senang sangat yang penting kena ada minyak zaitun dan bawang putih.... kan namanya Aglio Olio - bawang putih dan olive.




Dah jumpa resepi kenalah mencari bahannya kan. Amy cari kat Jaya Jusco aje. 



Anak-anak Amy tak makan pedas sangat jadi Amy cuma guna black paper dan cili kering potong aje. Kalau suka pedas boleh letak cili api atau cili lain. 



Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahannya:
Spaghetti - Amy guna satu paket 500g
Bawang putih - 10 ulas hiris nipis.
1/4 cawan minyak olive
cili kering potong - tak de dlm gambar.
Italian parsley
coarse black paper
garam
sedikit kiub ayam + air.
chili flakes.

udang, lala, mussel dan apa shj yg suka.




Spaghetti haruslah di rebus dulu. Didihkan air kemudian letak olive oil sikit dan garam. Kat sini Amy letak garam banyak sikit sebab nak rasa masin tu lekat kat spaghetti tapi jgnlah masin sangat kang kena darah tinggi pulak.

Amy rebus 20 minit ikut arahan kat paket dan toskan.

Kalau yang nak makannya tak ramai ... kurangkanlah spaghettinya ya.


Tumiskan bawang putih dengan olive oil pastu masukkan air yang dicampur dengan kiub ayam tadi. Tujuannya supaya bawang putih tu tak terlebih garing. Kemudian Amy masukkan seafood. Kat rumah ni seafood memang kena masak lama sikit sbb takut keluar ketumbit. pastu bolehlah masukkan spaghetti tadi dan daun parsley.  Rasalah cukup garam ke tidak. Dah siap.

Amy punya satu kuali ... kuali pulak kocik aje hehehe.





Kalau suka ... boleh letak pamesan cheese sebelum makan. Amy tak letak pun. Amy tabur chili flakes.

Memang sedaplah spaghetti ni ... anak-anak pun suka. Amy siap standby nasi ngan ikan goreng lagi takut diorang tak minat. Nasib baik semua suka. Nasiim sorang aje yang makan spaghetti aje, seafood semua dia tolak tepi.





Rasanya boleh buat selalu spaghetti ni. Kalau buat untuk tetamu datang boleh tak?


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sementara menunggu Faris habis Amali Solat, Amy ngan Nasiim duduk kat Laman Bistari. 




Nasib baiklah Nasiim tak join sekali ... baju masing-masing tak boleh nak cakap . Macam-macam aksi, ada aksi jatuh tergolek lah, berguling-guling atas lantai lah.


Main bola sepak tapi bolanya alahai kocik benau ... 

Nama pun budak kecik kan... masa nilah masa diorang bermain/mengotorkan baju hehehe. Puaslah mak korang nak menyentalnya.




Tadi tengah belek-belek gambar nampak gambar budak ni pulak. Dah banyak kali Amy suruh mandi  sekali ayahnya bersuara ...  terus hilang masuk toilet.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amboiii angin rajin tengah melanda ni oven kat dapur tu asyik berasap aje hehehe.

Amy buat brownies pagi semalam sebelum tong gas buat hal ... buatnya kalau gas abis masa nak double boil coklat kan ke parah. Resepi brownies ni dah setengah tahun terperam baru semalam Amy 'try test'nya. 

Inilah brownies yang pertama yang Amy buat. Sebelum ni pernah beli brownies Kartika Sari masa kat Bandung... memang sedap brownies tu. Lepas tu tak de pulak terlintas nak beli atau nak makan brownies lagi. Mungkin Amy lebih suka kek kot.




Seperti biasa resepi ni Amy ambil dari blog kak Azlita ... Terima kasih kak Azlita untuk resepi yang sangat sedap ni. Banyak yang Amy dah belajar dari blog kak Azlita.

Semalam satu rumah berbau wangi coklat ... Amy suka hehehe. Kebetulan masa Amy tengah potong brownies ni semalam cina tong gas tu datang dan nampak brownies ni kat atas kaunter dapur. Banyak kali dia tanya Amy buat sendiri ke.




 Niat hati nak tapaukan dia brownies ni sikit tapi masa tulah cari bekas tak jumpa semuanya besar gedabak jadi dapatlah dia seketul aje. Punyalah happy cina tu.  Amy tak rasa lagi dia dah rasa dulu tu. Dia kata sedap, tak manis sangat. Rasa kembang telinga ni masa tu hehehe.



Brownies ni senang sangat nak buat tak payah pakai mixer. Guna whisk atau senduk kayu aje. Coklat dan butter yang berkualiti akan menghasilkan brownies yang lebih sedap dan tekstur yang yang lebih lembut.

Kat rumah ni memang jarang sangat ada tepung naik sendiri ... adalah 2-3 tahun sekali kot. Amy tak guna tepung naik sendiri untuk resepi ni. Sebenarnya Amy takut tak jadi brownies ni bila tak pakai tepung naik sendiri tu, dalam hati Amy kalau tak jadi lepas ni Amy akan buat lagi guna tepung yang betul.



Untuk 100g tepung naik sendiri tu Amy guna timbang dulu 1 1/3 sudu kecil baking powder dan bakinya tepung gandum dan ayak. Maksud Amy total baking powder dan tepung 100g.

Dalam resepi tulis dark chocolate tapi Amy pandai pandai tukar milk chocolate. Amy suka dark chocolate tapi tak leh makan banyak nanti sakit kepala. Irfan pulak langsung tak boleh kena sebab nanti dia cirit birit so jangan cari pasal kalau sikit tak pe tapi untuk resepi ni nak guna 400g.

Saja Amy beli coklat yang bentuk coin tak payah susah payah nak potong dah tinggal timbang aje.



Chocolate Brownies Kedut.
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

Bahan-bahan:

400g dark chocolate compound - Amy guna milk chocolate
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
100g gula perang
100g gula castor
150g unsalted butter - Amy guna SCS
4 biji telor A
1 sk esen vanila




Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.




Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Sepatutnya tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan tapi Amy buat terbalik pulak. Bekas coklat tu kocik benau tak muat lerrr.

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk coklat tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.



Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter. Amy guna loyang 9' aje tu yang brownies Amy tebal sikit. 

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.




Oven Amy pulak .... selepas 30 minit masih lagi tak masak, boleh main goyang-goyang lagi. Amy guna api atas bawah. Selalunya Amy guna api atas bawah suhu 170-180 untuk kek. Amy slowkan suhu ke 150 dan bakar lagi selepas 10 minit pun tak masak lagi last Amy naikkan ke 170 api bawah 5 init dan lagi 10 minit api atas bawah ... barulah masak. Tulah pasal brownies Amy tak cantik siap terbelah lagi.


First time lah katakan ... hehehe nak sedapkan hati sendiri.

Brownies ni memang sedap ... tak manis sangat semua suka kecuali Nasiim. Nasiim dah tak boleh nak telan kalau adik beradik kek coklat ni tapi kalau coklat yang tu laju aje dia kendurikan.

Lain kali nak buat lagi ... rasanya macam 2-3 hari lagi aje hehehe.