hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni tetiba rasa nak update blog guna tipun aje. 



Menggopi sementara menunggu anak-anak habis kelas. 

Tak Best pulak update guna tipun ni... tulisan 'sepesen' aje gambar pun tak leh nak besar kecik.

Petang semalam angin bukan main kuat lagi sampai amy terpaksa turunkan pasu yg tergantung tu. Ada botol jatuh dari atas serpihan masuk balkoni rumah amy... Nasib baik kaki amy yang kena bukan anak-anak. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dulu masa duduk rumah mertua MIL Amy rajin buat karipap ... sekali buat sampai sekilo tepung. MIL yang rajin ok Amy cuma tolong kepitkan aje dan goreng.


MIL buat kulit guna minyak panas dan disebabkan Amy tukang makan aje jadi tak berapa nak ingat resepi untuk kulitnya.

Amy suka karipap yang kulitnya tak rangup, kalau yang rangup tu rasa macam berminyak2 aje tekak ni bila makan.

Skang rumah mertua dah takde tukang makan jadi dia pun dah tak buat-buat sampaikan bila nak buat balik dia pun dah lupa sukatannya berapa.

Kebetulan beberapa minggu yang lepas Dana ada share resepi kulit karipap yang guna minyak panas, Amy pun pantaslah salin hehehe.



Dah 2 kali buat memang resepi yang dicari-cari. Thanks Dana. Kali pertama buat sekilo tepung dan kali ke dua buat setengah aje tu pun dah dapat 50 ketul. Amy guna acuan karipap yang kecik tu aje 2 kali ngap dah abis. Nasiim sorang aje makan 10 ... 50 ketul tu dapatlah diorang makan puas-puas dan boleh buat bekal lagi.

Ramai yang tahu resepi ni tapi Amy tepekkan jugak kat sini supaya tak hilang.

Kulit Karipap.

500g tepung,
1 1/2 senduk minyak,
sedikit garam
air.

Caranya :

Masukkan garam ke dalam tepung dan gaul-gaulkan.
Panaskan minyak sampai betul-betul panas pastu tuang ke dalam tepung - gaul rata.
Masukkan air sikit demi sedikit dan uli. Jangan terlebik sudah. Amy buat sampai tak melekat kat tangan aje.
Rehatkan sekejap.

Inti karipap Amy letak danging... resepi campak-campak aje. 



Kali pertama Amy buat guna sekilo tepung ... inti pun Amy buat banyak jadi baki doh yang tak abis tu Amy simpan dalam peti sejuk bila teringin nak makan karipap aje Amy keluarkan dulu bagi hilang sejuk pastu bolehlah mengkaripapkan dia.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sabtu lepas Amy pergi SSF Cheras sekali lagi. Kali pertama cuma pergi cuci mata aje.



1 item 50% dan 5 item 30%.

Ramai yang update berbaloi beli masa ni... kalau tunggu bulan birthday hanya dapat 30% aje. 



Bila dah bawa anak-anak masuk sini hati memang tak tenteram. 


Amy suka ngan hiasan dinding ni tapi en hubby kata dia tak minat. Amy pun ok aje lah... kalau yg macam ni nak kena rajin buang habuk pastu harga dia pulak ....



Tadaaa... inilah 1 item yang Amy beli. Selepas 50% dari harga asal tinggal RM850. Ramai sahabat FB yang beli sofa ni. Mula-mula Amy tak nak tapi bila dengar 50% aje mulalah mengira-ngira duit dalam tabung cukup ke tak. 




Untuk 5 item 30% ... Amy beli 4 aje.


Bantal hitam ni pun dapat 30%. Bantal ni Amy beli utk sofa gold tu tapi bantal ni aje yang Amy bawa balik dulu, sofa tunggu 2 minggu lagi diorang hantar. 





Bekas lilin tu Amy letak duit syiling.



Bila dah isi air kejap-kejap budak-budak tu tadah air. Tak taulah berapa lama jangka hayat dia.









Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita minggu lepas baru nak update hari ni ... nak buat camnerkan kalau dah banyak alasan hehehe. 

Skang ni kat sini kejap panas kejap hujan, kalau dah panas tu malam pun panas. Kami tak pakai air-corn jadi malam pun kenalah buka tingkap.


Dah lama tak gi Ikea ... minggu lepas ajak en hubby ke sana sebab nak beli tempat nak sangkut hanger.  

Macam biasalah kan kononnya nak beli satu barang aje tapi bila dah sampai sana jadi rambang mata pulak. Amy beli plastik zip untuk sayur, rak untuk toilet, kepala paip dan frame gambar.






Masa nak lalu kat padang belakang sekolah tu nampak 3-4 ketul cendawan. Dah 6 tahun pegi balik sekolah lalu padang ni baru ni lah nampak ada cendawan besar camni tumbuh kat situ. 



Hari Sabtu baru en hubby drill dan pasangkan. Sebelum ni hanger tu Amy simpan dalam bakul tapi dah banyak... kalau letak camni senang nak ambik.






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

** Nama pun cuci mata mestilah banyak gambar hehe**

Pagi tadi lepas hantar anak-anak kelas Tae Kwan Do kat sekolah Amy pun ajak En Hubby gi SSF Cheras. Dah bertahun dah SSF tu kat situ tapi Amy tak pernah pergi lagi. Kalau drive pun tak sampai 10 minit dah sampai klu bulatan nak gi HUKM tu tak sesak.

Lagi satu kalau nak gi tempat yg penuh barang mahal ni tak leh bawa budak bertiga tu kang ada pulak yg buat macam rumah sendiri pulak.


Pekerja dia tgh buka pintu no 2 pulak...

Kitaorang sampai gam-gam pukul 10:30 pagi, naik lif gi level 3 sekali pintu lif terbuka tapi tak leh nak keluar jadi kenalah turun balik. Nasib baik kami keluar aje dari lif ada seorang pekerja SSF, kitaprang pun naik sekali lagi ngan dia. Sampai level 3 pintu lif terbuka dia pun bukalah pintu SSF tu ... kiranya kitaorang lah pelangan pertama hehehe.



Sementara tunggu dia buka pintu kita ambik gambar tipun kat luar ni dulu.




Pemandangan sebaik aje pintu di buka.


Berkenan betul dgn idea ni. Tapi kan klu letak kat balkoni tu buatnya pulak angin kuat ... gerenti kejap aje pecah mentol tu. 



Suka juga dgn yang ni tapi harganya.... 





Amy cakap ngan En Hubby lain kali Amy nak beli bunga ni gantung kat luar tu. Nampak macam pokok betul ... cantik pulak tak payah Amy nak siram hari hari :)




Cantiknya sofa ni... harga pun cantik jugak..



Amy suka tp En Hubby tak berkenan.



Yang macam ni pun Amy suka ... 



Paling suka yang ni tapi En Hubby tak berkenan jugak. Bukan nak minta belikan pun dapat tengok pun jadilah. Tak tergamak nak minta oiii.


Kalau letak kat pintu ... selesa sikit En Hubby nak pakai stoking pagi-pagi buta tu. Tapi kan harga pulak yg tak selesa ... huhuhu.



Yang ni kalau dapat kat budak bertiga tu mesti kejap buka kejap tutup drower tu. 


Yang ni pun Amy suka juga .. 
Amy aje yang suka sofa kat sini, En Hubby lebih suka yang kat Ikea tu. Ikea tu Amy suka tapi kat sini pun suka jugak heheh. "Materialistik" kah aku?


Lain kali Amy nak beli yang ni... mesti anak Amy kejap-kejap minum.


Kek ngan roti nampak betul dan lembut. 



Langsir pun banyak.


Lagi satu barang yg Amy suka tp En Hubby tak minat .



Yang ni pun kalau buat tempat pakai stoking ok jugak. Boleh letak barang lagi dalam dia.






Cantik ... harga pun cantik.




Sticker..


Cermin Sticker...


Yang ni cermin betul tau ... Amy suka yg ni tapi nampak sarat sikit.









Cermin + Jam.









Karpet pun ada.




Bahagian ni ada Amy tak minat so tak masuk. 







Harga basikal ni dah macam harga basikal yang mahal tu.





Sedap bunyi dia tapi yang paling panjang tu bunyi dia sebiji mcm bunyi kat Ch**ch tu.

Kejap aje dah pukul 11lebih  Amy tak beli apa-apa pun hanya sempat daftar member aje. Bulan ni ada sale sampai 28 kalau tak silap Amy.