hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Puas Amy tenung gambar dalam post ni mencari ayat pembuka kata yang sesuai tapi tak muncul-muncul. Walaupun mata dah kecik tapi hati ni nak juga buat n3 untuk hari terakhir bulan ogos ni. 


 Kami ke Pavilion pagi tadi untuk hantar jam Nasiim yang tak sampai dua bulan beli dah rosak. Sebelum balik sempat mengopi kat JCo.



Ingat nak balik tapi menyimpang pulak ke KLCC. Tempat tuju Machines. Bukan nak membeli tau. Nak bertanya tentang laptop Amy ni yang dah start nak minta duit. Sambil tu cuci mata tengok Apple Watch. 




Satu kemestian bila dah menyinggah sini.



Sebelum balik singgah Kinokuniya dulu. 

Sekianlah sudah kisah cuti Merdeka kami hari ini. 



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebetulan hari ni en hubby half day jadi Amy pun ajaklah dia mencari cawangan TNB yang terdekat. Dah dekat 14 tahun duduk sini tapi TNB pun tak tau kat maner ... heheh. 

Ni semua pasal TNB tukar no akaun tulah, Amy pun diantara yang terkena jugak, lain kali Amy citer pasal bil TNB tu tau.


Tanya pakcik Google, ikut pak Waze tetiba sampai tempat yg dituju ... tengok kiri kanan, bayang TNB pun tak jumpa last-last ajak en hubby ke SSF aje.

Skang SSF ada buat sale sampai 4 sept, 2016 kalau tak silap Amy. Manalah tau kot ada barang yang Amy suka dah jadi "murah giler".



En hubby suka sofa ni tapi ...

Memang banyak yang barang yang  harga dia jauh berbeza dari selalu tapi barang yang Amy suka masih lagi "harga mampu tengok". 



Amy lagi suka kalau kaler dia macam ni.



Sofa yang en hubby suka tapi kaler aje yang lain. 



Banyak juga barang baru. Setakat nak cuci mata tu... bolehlah. 



Sudahnya kami beli benda ni aje nak letak kat kaki kerusi. Harga ahli RM2.90 sahaja. Tak dapat hangkut sofa yang besar gedabak tu dapat hangkut protective pad ni pun jadilah.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak tengok citer melayu tiba-tiba nenek Amy buka TV3 citer Tuah, citer zaman Amy sekolah dulu. Tengok citer lama ni buat Amy teringat gambar dan resepi yang dah lama Amy simpan.

Resepi kek kukus asam manis dah dua kali Amy buat, Alhamdulillah sedap. Kali pertama Amy guna buttercup dan kali kedua Amy guna SCS butter.  dan tentulah yang guna SCS butter tu lebih sedap.


Seperti biasa resepi ni Amy 'kopi' dari blog kak Ita Masam Manis. Resepi ni sangat senang dan bahannya pun ada kat dapur + tak perlu pakai oven... kukus aje.





KEK KUKUS ASAM MANIS SEDAP
By : CHEF ZUBAIDAH

Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 



Walaupun dikukus tapi ia tetap gebu tak seperti kek kukus yang biasa Amy buat yang selalunya macam padat sikit. Kek ni sedap tapi makan 1-2 slice rasa dah cukup dah jadi ia mengambil masa sikit utk dihabiskan.

Kepada yang ingin mencuba... kalau yang nak makannya 2-3 orang, kurangkan lah sukatannya takut tak habis aje nanti. 



Bulan syawal tak sempat nak jemput kawan-kawan jadi Amy jemput selepas bulan syawal.. heheh. Menu ringkas aje. 


Ini baru 6 orang kalau buat kenduri Amy rasa lagi tak muat.



Bila mama-mama dah berkumpul.. 

Tuan Rumah?... biasalah masa macam ni tuan rumahlah yang paling selekeh. Malu nak bergambar, heheh. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Perkongsian di pagi Jumaat.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sepuluh kali anak nak peksa sepuluh kali mamanya lupa padahal bukanlah susah sangat, perpuluhan aje pun. 


Lepas ni kena print dan tampal supaya mama dan anak-anaknya tak lupa lagi.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Jom join Book Giveaway by Abam Kie and Friends!


Klik Banner Untuk Join. 


Syarat-syarat:
1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut:

Abam Kie
Bin Muhammad
Henrietta Jose
Cik Noor
Lea Azleeya
Shahida Mohamed

 2. Buat entri bertajuk "Book Giveaway by Abam Kie and Friends"

3. Letak banner dekat entri.

4. Backlink kan ke sini.

5. Publish!

6. Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Buku-buku dan novel menarik menanti para pemenang bertuah!

1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad.
1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose
1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor 
1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya
1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed
1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri
1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie

Hadiah terjamin kepada peserta pertama dan terakhir! Top up RM5!

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara undian oleh Abam Kie :)

Mula : 20 Ogos 2016
Tamat : 9 September 2016


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah, tahun ni ketiga-tiga anak Amy ada whatsapp group khas utk ibu bapa dan guru. Tahun lepas kelas Nasiim aje yang ada abang dia yang dua orang tu tak ada.



Bagi Amy whatsapp group kelas anak-anak ni sangat-sangat membantu. 
Dulu kalau ada kerja yang tak sempat salin  atau tak ingat nak kena pakai baju apa, tak tau nak tanya kat sapa sebab kawan-kawan dia tak ada yg tinggal dekat-dekat sini. No tipun pun tak tau.

Bila dah ada whatsapp group ni barulah lega banyak. Dah ada tempat utk ibu bapa dan guru berkomunikasi. Setakat ni belum lagi yang ada menyalah gunakan whatsapp kelas anak-anak ni. Kalau ada hal-hal yang sensitif biasanya mereka akan pm tepi guru kelas masing-masing. 

Hari Usahawan sebelum ni, kami menggunakan ruang yang diberi ini untuk membincangkan apa yang hendak di jual dan supplier.  Begitu juga dengan kecerian kelas. pendek kata tanpa bersemuka pun kami ibu bapa boleh menyumbang idea dan tenaga. 




Kalau kelas Irfan lagi best. Cikgu dia akan up kan nama pelajar yang tak bawa buku, tak siap kerja atau yang datang sekolah tapi tak menghadirkan diri dalam aktiviti penting dan yang main dalam kelas. 
Jadi tak de lagilah kes cikgu kata ibu bapa tak ambik tau dan ibu bapa pulak tak boleh lagi kata tak tau yang anak mereka tak buat homework atau tak tau apa yg berlaku di sekolah. Dengan ini ibu bapa dan guru dapat bersama-sama memantau anak-anak kita.




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bila MAS buat 'seat sale' hati pun melonjak-lonjak nak pergi tengok tapi bila tengok destinasi tu barulah ' nak pergi mana ek?'





Kalau nak pergi sorang aje ke London tu ok lah tak sampai RM2k pegi balik tapi kalau nak pergi 5 orang mau nak nanggis tengok harganya. Abis tu kalau dah sampai sana takkan nak berdiri aje kan mestilah nak kena kira jugak duit hotel, makan dan belanjanya.

Selain duit ... nak pilih tarik pun masalah jugak. Tak pasti en hubby boleh cuti ke tak kang last minit dia kata tak boleh kang... haru jadinya.

Amy nak pergi sendiri rasa macam tak best pulak. Kalau Amy pergi nanti macam mana pulak dengan rumah ni.. sapa pulak nak ambik budak-budak yang balik 'bertingkat-tingkat' tu. Inilah jadinya bila semuanya kita yang uruskan, nak tinggalkan pun rasa risau sangat.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya Amy tak tengok tv, kat rumah ni anak-anak selalu buka BBC Earth dan Nick Jr aje. Tetiba pagi tadi terbuka TV9... sambil sarapan sambil tengok tv. 




Orang lain dah lama tau tapi Amy baru tau hari ni. Ingatkan pukul 9 pagi kita tapi rupanya waktu Arafah daaa. 




Panas + jerebu ni best betul kalau dapat makan ais krim. Bukan anak dia aje yang beli... mamanya pun sama jugak, heheh. Beli ais krim milo aje kalau ais krim yang mahal tu rasa macam bertambah dahaga pulak.

Masa Amy sekolah rendah dulu waktu balik mesti menyinggah beli ais krim Malaysia. Amy suka beli ais krim milo, bubur kacang, durian belanda dan perisa anggur. Dulu sebatang 10 sen aje.  Kalau ais krim pop tu 20 sen. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kawan-kawan Amy semuanya dah up date dah citer pasal Lovise V1 Feminine Spray, produk Bio Greeno yang terbaru tapi Amy baru ni lah nak up date... hehehe.
Sebelum ni kalau produk wanita seperti pad, jamu, slimming product, skincare mesti macam goreng pisang kan ... Lovise V1 ni pun sama, siap pre order lagi.

lovise

"FEMININE HYGIENE SPRAY PERTAMA DI MALAYSIA"

lovise v1


Testimoni Pengguna Lovise V1
lovise


Mesti ramai pernah alami masalah ini kan???
~ Miss V berbau sebab berpeluh, badan besar atau apa saja sebablah.
~ Sering gatal terutama ketika period
~ Keputihan yang melampau
.
Bab hubungan 'sensasi' bersama suami???
~ Sakit atau pedih ketika bersama
~ Kurang ghairah
~ Cepat kering
.
Dah lama masalah ni, tapi tak jumpa penyelesaiannya???
Dah cuba macam² jenis cara tapi tak selesai juga???
.

NAH! INI YANG PERLUKAN
.



Meh sini nak share tentang revolusi penjagaan Miss V dengan LOVISE?

.
Apa itu LOVISE?
Produk semburan penjagaan bahagian intim wanita(Miss V), yang diperkaya dengan herba pilihan terbaik dan silika (anti-oksidan) untuk meningkat kualiti Miss V dan mengembalikankeyakinan wanita setiap masa.
.
RAMUAN yang terbaik dan terbukti.
1. Comfrey - herba yang terbaik sebagai anti-bakteria, mencegah jangkitan bakteria terutama sewaktu di tandas
2. Cnidum - herba yang terbaik membantu menghilangkan keputihan dan keputihan.
3. Houttuynia - herba yang terbaik membantu meningkatkan daya kemutan, masalah jangkitan pada Miss V seperti vaginitis dan servisitis.
4. Silika - mineral terbaik sebagai anti-oksidan meningkatkan daya elastik Miss V dan bertindak sebagai pertahanan kepada ancaman bakteria.
.

Dengan kajian yang teliti dan kaji selidik serta testimoni yang mantap, maka Lovise dapat memberi manfaat seperti berikut:
>> Membasmi jangkitan bakteria di bahagian Miss V.
>> Menguatkan otot kemutan dan daya elastik Miss V - 'ketat'
>> Menyelesaikan masalah kegatalan dan keputihan.  
>> Membersih bahagian luar secara  efektif. 
>> Dapat meningkatkan kemesraan ketika 'bersama' suami.  
>> Dapat membantu menghilangkan bau yang kurang enak secara efektif. 
>> Dapat mengatasi masalah kencing tidak lawas
>>Membantu membersih vagina apabila berlaku keguguran dan pra-natal serta selepas bersalin dengan berkesan 
.

lovise

Kenapa MESTI guna LOVISE?

1. Mudah digunakan - hanya spray, tak perlu makan, tak yah telan, tak yah sapu dan tak payah insert2
2. Dijamin suci - 100% semulajadi dan tanpa alkohol
3. Bau yang menyegarkan 
4. Tidak perlu basuh
5. Tidak melekit - cepat meresap pada kulit
6. Anak dara pun boleh pakai untuk beri 100% kebersihan dan mencegah masalah miss V dari awal.
.
Jadi, takkan nak tunggu lagi kalau dah ada LOVISE yang begitu berfaedah kepada semua?
.
NAK JAGA MISS V DENGAN TIP TOP BUKAN LAGI MASALAH!!!

Harga Lovise V1(10m) - tidak termasuk pos.
RM88

Amy- Whatsapp 0192253200
.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Borang kuning dah datang lagi tu maksudnya .... duit lagi. Tak pelah untuk masa depan anak-anak. 


Petang semalam seperti petang Ahad yang sebelum-sebelum ni kami sekeluarga ke British Counsil lagi.


Kami sampai awal sikit jadi sempatlah en hubby gi bayar utk next term punya course. 

Dah petang ni biasalah kan... mata tu rasa berat aje. Sempat Faris lelap sekejap.









Waktu rehat masing-masing ada makanan. Pertama kali datang Amy tak bawa.... tak tau yang mereka bawa makanan untuk waktu rehat. Kesian pulak kat budak bertiga tu tengok kawan-kawan makan. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak pergi Ikea, tetiba pagi ni rasa nak pergi pulak. Kebetulan nenek masih ada lagi di KL ni jadi bawa dia sekali.

Nenek Amy ni dah tak kuat nak jalan, jalan sekejap aje dia dah penat. Nasib baik kat Ikea tu ada sediakan wheelchair. Nak pinjam wheelchair tu kena isi borang tak payah bayar. Senang kan. Dah pakai kenalah pulang balik kat tempat yang kita ambik tu jugak. Jangan bawa balik buat harta, sudah... heheh.



'Taperware' Ikea yang 15pcs selalu nampak penutup dia kaler hijau aje tapi hari ni nampak yang kaler oren pulak. Harga RM14.90.




Irfan tolak oyang, en hubby pulak tolak budak berdua tu. Lengang punya pasal siap boleh si Nasiim dan Si Faris suruh ayah dia potong Irfan. 

Amy beli teko ngan 'taperware' tu aje. Pagi-pagi selalunya tak berapa ramai orang dan kaunter pun banyak, beratur pun sekejap aje.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak habis citer balkoni lagi, heheh. Orang tanam pokok kita pun teringin jugak nak tanam pokok tapi alih sana alih sini pun kat situ jugak.



Kat sinilah nak letak meja dan kerusi, kat sinilah nak letak pokok dan kat sini jugaklah nak sidai kain. semua kat sini.

Masa mula-mula beli rumah ni dulu bukan main berangan lagi nak duduk-duduk sambil minum kopi kat sini tapi dah 7 tahun baru sekali dua aje duduk kat luar ni.


Pokok kari ni dulu Amy letak kat tempat redup sikit tapi 'hidup segan mati tak mau'. Geram punya pasal, yang satu pokok tu amy buang semua daun dan dahan dia tinggal batang aje. 



Alhamdulillah, letak aje kat tempat aircond ni terus banyak keluar pucuk. 
Pokok cili pulak mula-mula aje gemuk lepas tu ... nenek Amy cakap tangan Amy panas tu yang tak menjadi.




Kat sini jugaklah tempat letak basikal. Basikal ni sejak pindah rumah atas langit ni tak pernah guna. Tak de tempat nak main. 

Pokok pandan tu masa bulan pertama bukan main cantik lagi hijaunya. Skang daun dia bintik-bintik kuning dan macam berdebu, tak taulah Amy kenapa. Kat kampung tu terbiar aje tak de sapa perduli pun tapi boleh aje dia hidup subur.



Kat sini jugak tempat sidai baju. Bila musim angin kuat, nak tinggalkan rumah pun takut.... takut baju terbang jadi asyik lah kena cek baju dah kering ke belum. Biasanya kalau angin kuat tak sampai tengah hari kain dah kering.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...


Dulu bila nenek balik dari hospital aje sebeban ubat dibekalkan doktor. Sejak doktor kata jantung nenek dah ok terus kurang banyak dah bekalan ubat tu.




Blog Amy ni masih bersepah lagi. Tetiba nak tukar template yang lebih simple lagi... heheh.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Mana lagi cantik? Yang ada bunga ni ke?
Atau yang simple macam kat bawah ni?





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Hari ni British Counsil tak ada kelas jadi kami gi cuci mata tengok rumah kat Pajam. Kami pergi ikut LEKAS dan balik pulak ikut PLUS. Harga rumah skang ni alahaiii ... harga mampu tengok aje bukan mampu beli. 

Kat KL ni rumah bertanah memang dah tak de buat lagi nampaknya semuanya rumah atas langit macam rumah Amy skang ni. Rumah MIL teres 2 tingkat yang dah berpuluh tahun kat Taman Maluri tu pun dah mencecah RM8++k. 


Aria D, Aria Park

Aria D, CitraHill. Pajam.

Model yang kat depan rumah tu jurujual dia. Ada 16 buah aje rumah ni. Dah siap dan dah ramai yang duduk. 


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Habis aje kelas tae kwan do pagi tadi terus pergi Klinik Gigi Rosni Adam. Nasiim dah lama tanya bila nak cabut giginya yang dah berlapis tu. Sebelum-sebelum ni nampak aje gigi nak tumbuh terus gi klinik gigi tapi kali ni lama pulak mamanya nak bawa.




Alhamdulillah ... dia tak takut cuma masa sebelum masuk tu dia mengadu sakit perut, mungkin dia 'nebes'. Selalu ada abang-abangnya tapi kali ni dia sorang aje. 

Doktor gigi tu pulak pandai melayan si Nasiim tu siap main kira sampai 20 lagi. Gigi Nasiim tu tak goyang lagi jadi kenalah pakai bius. 


Mula-mula tak sakit. 


Bila dah mula sakit ... inilah gayanya. Nak makan tak leh sbb panas jadi mamanya bungkusan ajelah untuk dia Roti Milo, nanti dah hilang sakit boleh makan. Kat kedai minum Milo ais kat rumah makan roti milo, semuanya milo.

Satu benda aje yang dia suka lepas cabut gigi... boleh makan ais cream. 


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy sebenarnya bukanlah peminat drama china tapi entah macam mana minggu lepas ternampak pulak gambar ala-ala The Lord Of The Rings ni teruslah terbit rasa ingin tahu, hamboiii ayat. Heheh. Padahal teringat kat 'elves' dlm citer tu aje.


Jalan cerita Ice Fantasy ni oklah bagi Amy tapi Amy tengok bukan sebab jalan ceritanya tapi sebab 'beautiful looking cast' masa kat 'negara' ice tu aje . Bila kat luar 'negara' ice tu semua pelakon yang cantik dan handsome tu dah nampak biasa-biasa balik. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari Rabu minggu lepas, en hubby ambik cuti semata-mata nak uruskan perkara-perkara yang kena dibuat waktu opis hour. Kalau nak harapkan lunch hour memang tak sempat lagi pun en hubby jarang keluar lunch. Kebetulan pulak anak-anak balik petang jadi bolehlah pergi tanpa perlu nak terkejar-kejar balik. 




Sebenarnya Amy dah terhilangkan buku ASB en hubby, nasib baik tak kena marah. Amy tak taulah boleh ke tak buat buku baru kat pos opis, kami ke PNB Jln Tun Razak terus. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Dah sebulan beli tapi baru semalam en hubby tolong lekatkan kayu (tak tau apa nama dia) tu ke dinding. Pokok fiddle leaf fig yang beli sekali masa tu pun masih belum dipasukan lagi.



Kononnya nak tanam pokok menjalar supaya boleh memanjat kat kayu tu tapi Amy rasa kalau lekat pokok memanjat plastik lagi ok tak payah nak risau dia panjat ke tak.


Pokok kari dan anak cili Amy dah alihkan kat tempat aircond tu sbb tempat tu lama sikit kena panas. Masa letak kat balkoni sebelum ni macam terbantut pulak pokok-pokok tu. Anak cili tak besar-besar dan pokok kari pulak tak ada pucuk baru yang keluar. Dah seminggu Amy letak kat tempat panas tu barulah nak keluar banyak pucuknya.