Image Slider

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bertahun-tahun ada blog tapi Amy tak pernah ambik tahu pasal malware ni. Masa singgah ke blog Reenri baru tergerak nak ambik tau 😅.

Malware ni sebenarnya mengumpul data sulit, dapatkan access yang tak dibenarkan dan hack komputer kita. Ada banyak jenis rupanya malware ni, Amy aje yang baru tau. Antaranya Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer dan banyak lagilah. Huh terasa betul macam duduk kat bawah tempurung.



Alhamdulillah... blog Amy ni bebas malware. Ada banyak tempat kita boleh cek tapi Amy cek kat sini.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa bw tadi tetiba teringin pulak nak join Segmen Cil Lala ni. Kebetulan hari ni hari terakhir... sempat lagi 😁.
join segmen, giveaways, ciklalapunyabelogdotblogspotdotmy


  • Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nyatakan korang follower ke berapa pada yang baru follow. (Especially follower ke 410).
  • Follow g+ di SINI. (optional)
  • Like fb page di SINI. (optional)
  • Buat entri bertajuk SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.
  • Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  • Lepas tu tinggalkan link entry korang di ruangan komen.
  • Selesai.

    Hari ni hari terakhir untuk segmen ni sebelum pukul 8 malam. Pemilihan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

    Hari Sabtu lepas Amy balik kampung sekejap untuk tengok nenek yang baru keluar dari hospital. Kami bertolak dah lewat petang.  Kebetulan ada kemalangan teruk (ada yang hilang nyawa) sebelum masuk tol Sungai Besi. Musin hujan sekarang ni banyak kemalangan yang berlaku. Perjalanan 2 jalan dah jadi berjam-jam. 


    Kat kampung tak sempat nak ambik gambar jadi Amy letak ajelah gambar jalan. Dari KL ke kampung Amy selalu ikut jalan Senawang-Kuala Pilah, tak pernah lagi ikut jalan Jelebu tu.


    Berbeza dengan pemandangan sepanjang jalan di KL ni. Rindu pulak dengan suasana macam ni. Nampak tenang aje.



    Petang semalam Amy balik KL balik. Amy ingatkan cuti sekolah ni jalan legalah sikit rupanya tak. Pukul 3 lebih highway Plus menghala ke KL dah penuh dengan kereta, kalau lambat lagi Amy rasa mesti orang yang berjalan kaki lagi laju dari kereta.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


    Sekarang ni boleh dikatakan setiap petang mesti hujan. Petang semalam Amy basah kuyup masa ambil Irfan balik dari solat Jumaat. Hujan lebat angin pulak punyalah kuat sampaikan patah besi payung Amy tu. 

     Kebetulan ada pisang Nangka dan pisang Abu yang Amy beli kat pasar Ahad lepas. Petang-petang tambahan hujan pulak tu, makan goreng pisang dan teh o halia panas... sedapnya.

    goreng pisang, pisang, pisang nangka,pisang abu, minum petang

     Jangan terkejut tau keluarga Amy sekali hadap memang banyak macam ni. Sila abaikan goreng pisang yang tak berapa cantik warnanya tu. Masa Amy mengoreng tu ada macam-macam iklan. Kejap mama nak tu, mama nak ni, mama... abang kacau. Melayan diorang nasib baik pisang Amy tak hangus.

    Kat rumah ni kalau petang-petang ada menu lain selain nasi (yang Amy masak utk makan tengah hari) malam mesti nasi dan lauk tu tak laku lagi dah. Tu yang kadang-kadang Amy malas nak buat kuih untuk minum petang. Selalunya bila dah minum petang lepas tu masing-masing tak makan malam dah. Kiranya minum petang + makan malam sekalilah. Amy pun suka sebab tak payahlah nak mengemas dapur 2-3 kali.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


    sekolah berprestasi tinggi

    Pejam celik pejam celik kejap aje dah sampai hari terakhir perkolahan tahun 2016. Cepat betul masa berlalu.

    Amy ingat lagi hari pertama persekolahan tahun ni masing-masing pakai baju dan seluar baru yang saiznya agak besar sikit dari orang yang memakainya tapi hari ini baju dah kecik dan seluar pun dah singkat. Kejap betul mereka membesar.

    Esok mereka mula bercuti... happy sungguh muka masing-masing. Merdekalah tu.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



    Dulu zaman sekolah menengah Amy pun tak ketinggalan jugak kumpul anak ayam kaler-kaler ni. Dah macam kumpul barang pulak bunyinya kan 😆😆😆. 

    Setiap kali mak Amy beli  mesti kami adik beradik berebut. Bila warna ayam-ayam tu dah hilang, ayam tu entah kemana keghairahan kami nak menjaga ayam tu pun entah kemana 😅. Hiduplah ayam-ayam tu seperti ayam yang lain. 

    Sekarang ni ada lagi ke?


    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Isnin lepas, lepas balik pasar, breakfast dan kemas rumah Amy ajak en hubby gi Jakel. Saja nak pergi cuci mata, dah setahun tak ke  sana.



    Tak boleh nak cuci mata lama-lama sangat kat Jakel tu, dugaan banyak....😅. Balik tu singgahlah beli biskut timbang. Ada macam-macam pilihan, rambang mata. Tukang jual tu kata "Ingat Jakel Ingat Biskut Timbang". Amy pun iyakan ajelah.


    Biskut bulat-bulat tu (biskut telor) yang paling mahal. Sekilo RM35 yang lain bawah RM25. Mahalkan, disebabkan Amy lupa berapa harga Amy beli sebelum-sebelum ni kat kedai lain, Amy pun beli ajelah tapi tak delah sampai sekilo.

    Balik rumah baru teringat biskut nenas yang Amy beli kat Desa Pandan masa en hubby tukar tayar kete baru RM15 sekilo. Hambik dah kena dah, beza RM10 tu. 

    Peringatan untuk diri sendiri.... lain kali beli 100g aje, kalau ok lain kali boleh beli lagi. 
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Semalam en hubby cuti jadi Amy pun ambik kesempatan ajak dia pergi pasar. Lepas hantar anak-anak ke sekolah terus pergi sampai tak sempat nak breakfast dulu. 



    Balik dari pasar dah pukul 8 lebih perut pun dah berdondang sayang. Nak masak lagi nak simpan lauk-lauk yang di beli dari pasar lagi. Bukan boleh main sumbat aje dalam peti ais tu.


    Nasib baik en hubby menyerah diri nak tolong buatkan breakfast. Siap tanya lagi nak makan roti telur ke roti dan scrambled eggs. Orang dah tanyakan kita pun order ajelah heheh. 




    Dia buatkan Amy roti telur dan dia punya crambled eggs.  Roti, telor, sosej dan kacang pangang semua dia buat. Air neslo ais Amy tu pun dia yang buat, Amy cuma tambah ais dan nestum aje. Sementara dia masak Amy pun bersihkan semua yang Amy beli kat pasar tu. Bestnya bila orang lain masak kita jadi tukang makan aje. Bukan selalu dapat macam ni.


    Assalammualikum dan Salam Jumaat...

    Sebelum ni satu rumah bersepah dengan alatan KH masing-masing, kalau setakat bilik diorang aje (bawah katil tak payah citerlah) tak pelah jugak. Seminggu dua ni pulak bersepah dengan kotak, water colour, sellotape, tin minuman yang dah di potong dan macam-macam lagi. 
    Manalah mamanya tak hangin. Yang Amy geram tu nanti bila waktu seni apa yang cikgu suruh bawa semuanya dah habis pastu nak kena beli lagi.

    En Hubby pulak hangin bila dia nak pakai screwdriver (dan ntah apa-apa lagi ntah, Amy bukannya tau barang2 dia) semuanya dah tak ada. Satu hal lagi nak kena soal siasat. Masing-masing dah ambik tak letak balik.



    Inilah hasil tangan si Nasiim. Abang dia buat keje dia pun nak buat keje jugak. 


    Inilah pulak kitchen kabinet hasil tangan Faris. Kat rumah ni Nasiim aje yang belum buat keje-keje macam ni.




    Faris punya Bug. 


    Amy kemas bilik dia jumpa semua ni. 
     Bedside table dah jadi tempat suruk benda-benda tu. Amy pulak jarang cek kat situ. 
    Tabung dari tin dan bekas calciyum, bekas pensil dari tin jugak. Yang kotak merah panjang tu Amy tak tau apa bendanya.


    Yang ni yang dalam manila kad merah tu. Ini pun Amy tak tau apa.


     Toolbox Faris.

    Dia bukan ada toolbox aje, Amy jumpa kat bilik dia ada 1-2 bekas tupperware lagi. Irfan pun sama, kat bilik dia lebih dari satu bekas untuk tool dia. Patutlah tupperware Amy dah kurang.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



    Kartun ni membuatkan Amy teringat balik 2-3 tahun selepas kami masuk Felda. Tahun 1983 tu kami memang dah tinggal di sana, tapi yang Amy ingat mula-mula kami pergi tengok wayang pacak ni tahun 1984 atau 1985. Masa tu orang sibuk tengok wayang Amy pulak tak abis-abis ajak mak abah balik. 

    Kali terakhir tu Amy tengok wayang pacak ni rasanya Amy dah form 4 sebab masa tu dapat lesen pergi dengan jiran belakang rumah. Diorang pasang wayang pacak ni kat padang dekat dengan rumah Amy, walaupun dekat tapi berpeluh jugaklah ketiak berjalan kaki.

    Yang bestnya buat kat padang ni, kita boleh duduk kat mana-mana yang kita suka, nak duduk ke dah berdiri ke lantaklah. Ada yang bentang tikar dan bawa makan lagi, macam 'berpiknik'. Yang tak bestnya bila balik teringat pulak citer yang bukan-bukan, mulalah rasa seram 😅. 

    Dulu kami tengok wayang free sekarang... kami berlima aje dah berapa tiketnya. Setahun sekali dua aje kami tengok wayang itu pun bila rasa nak sangat pergi tengok movies kat screen besar dinasour tu.

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

     Citer pasal supermoon kalau si Irfan tak beritahu, Amy ni memang tak taulah jawabnya. Mananya tak tv pun tak tengok, apa berita pun tak tau.
     Petang Ahad tu sibuk dia beritahu mamanya 14 November ada supermoon, kali ni yang paling besar, last tahun 1940an nanti kena tahun berapa ntah dia sebut baru ada lagi.... mamanya pun yolah yolah kan ajelah.

     Isnin, 14 November 2016

    Malam Ahad tu kenalah mamanya ambik gambar bulan untuk buat bandingan dengan malam esok punya bulan.


    Ahad, 14 November 2016.

    Malam semalam pulak belum pukul 8 mlm lagi masing-masing dah sibuk nak tengok bulan. Mamanya pun turutkan ajelah. Sebenarnya mamanya pun nak tengok jugak besar mana bulannya.


    Awan banyaklah pulak malam semalam, bulan pun malu-malu aje nak tunjukkan diri. Nampak sikit aje .... jadilah. Pukul 9 malam terus tak nampak dah. 

    Kita yang kat sini nampak besar sikit aje dari yang biasa.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.


     Tak kira tak faham pun tak fahamlah, lidah sampai tahap tak boleh nak terbelit pun lantaklah... hahaha. 



    Masa tengok citer Rusia, Oh Dragon tetiba Amy suka pulak dengar lagu dia yang susah lidah nak menyebut tu. Citer ni tentang seorang puteri yang tengah berlansung majlis perkahwinannya... semua orang nyanyi lagu 'korban untuk naga', ingat si naga tu dah tak wujud lagi... sekali hambik, naga datang betul-betul dan tangkap puteri tu.



    Dengar ajelah nak ikut tak boleh, lidah pun tak gheti nak gerak camner, heheh. 


    Masa tengok drama I Need Romance 3 tu, berkenan pulak dengan lagu France, Peppermoon Peu A Peu tu.




    Walaupun tak faham, Amy pastikan lagu ni tak de maksud yang bukan-bukan. nanti tak pasal-pasal aje pulak kan.


    Tak pernah terfikir tentang violin dan balet tapi tetiba suka pulak dengan lagu ni.




    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



    Amy ternampak gambar baju tu kat iklan FB. Macam comel pulak kalau budak bertiga tu pakai kan. 




    Tahun ni Amy terpaksa beli 2 buku teks baru untuk ganti buku teks Nasiim yang hilang. Amy dah suruh dah dia clearkan locker,  pergi cek bawah-bawah meja dan tanya kawan kalau ada yang terambik tapi tak jumpa jugak.
     Bila dah pulangkan dan dah dapat buku baru barulah ada yang nak pulangkan buku-buku yang hilang tu. Geram pulak rasanya. Amy bukanlah nak salahkan budak-budak tu, budak kecik faham-faham ajelah. 


    Semalam Nasiim pulak bawa balik surat temuduga untuk pegawas pusat sumber. Ingatkan pengawas aje yang ada temuduga, Pengawas Pusat sumber pun kena temuduga jugak ke?.

    Nasiim tu baru tahun 2, buat karangan pun.... faham-faham ajelah, Amy tak taulah apa yang dia jawab nanti. Amy doakan semoga dia dipermudahkan menjawab soalan yang diberikan.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Semalam Faris bawa balik sekali 2 surat pencalonan pengawas. Alhamdulillah, walaupun baru dicalonkan sekurang-kurangnya dia diberi peluang.


    Sekarang ni temuduga pengawas dah macam temuduga nak minta kerja, punyalah banyak sesi. Yang tak bestnya temuduga pengawas sekolah kebangsaan dengan temuduga pengawas sekolah KAFA bertembung pada hari Khamis. Temuduga sek. keb habis pukul 3:30 petang tapi sekolah KAFA punya dah start pukul 3.

    Pukul 8 pagi ni dia dia ada sesi ujian bertulis, Amy doakan semoga dia berjaya.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Amy minta maaf kepada follower-follower baru jika Amy belum follow balik sebab Amy masih belum jumpa jalan nak ke sana. 

    Baru-baru ni Amy tak dapat nak follow balik sebab kalau dulu kat 'Follower' tu kita tekan aje dah boleh nampak link blog diorang tapi sekarang tak nampak pulak.

    Ada cara lain ke nak dapatkan url atau link blog diorang?



    Amy tak nak lah sebab perkara ini nanti ada yang berkecil hati. Amy harap follower-follower baru Amy dapatlah meninggalkan jejak atau url blog kat ruangan komen. Kepada yang meninggalkan jejak, Alhamdulillah Amy dah follow balik.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

    Bulan September lepas citer Nasiim pergi 'outdoor' hari ni citer Faris pulak yang pergi 'outdoor'. Amy ingatkan tahun 4 aje hari ni rupanya tahun 1 dan 3 pun ada sekali. Tahun 1 ke Zoo Negara, tahun 3 ke Farm in The City dan Faris pulak(tahun 4) ke PD, N.Sembilan.  


    Nak berjalan punya pasal belum pukul 6 lagi dia dah bangun. Kalau hari biasa kena 'bekejut' baru nak bangun. Kalau boleh pukul 6:30 pagi tu dia dah nak ada kat sekolah. 




    Selalu bas tunggu betul-betul sebelah sekolah tapi hari ni bas-bas tu tunggu kat seberang jalan. Kena melintaslah pulak. Pukul 7:45 pagi baru bergerak sepatutnya  pukul 7 pagi. 


    Mula-mula duduk depan lepas tu kena pindah belakang. Rupanya yang depan tu tempat cikgu.


    Punyalah banyak bas hari ni. Amy kira lebih dari 10 biji. Bas ni beratur dari depan sampai belakang sekolah.


    Kat roundabout ni pun ada. 

    Sejak anak-anak Amy sekolah kat SKSBU ni, inilah kali pertama Amy tengok punyalah banyak bas untuk aktiviti outdoor. 

    Satu gambar aje yang ada muka si Faris ni. Jadilah.


    Pukul 6:15 petang baru sampai sekolah balik. Dari turun bas sampailah nak tidur tak abis-abis dia bercerita pasal dia bagi kambing makan. Punyalah seronok. Kilang kristal aje dia kata tak best.
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



    Akhirnya siap juga projek rumah api si Faris tu. Punyalah lama dia sampai Amy pun hangin sebab barang dia bersepah sepah.

    Pagi semalam sebelum ke sekolah sempat lagi tangan dia gatal nak tekan suiz tapi mentol pulak tak menyala. Hari sebelum tu semuanya dah ok. Dah lah nak breakfast pun tak senang hati. 

    Balik sekolah aje terus mengadap. Habis semua dibuka balik tapi rupanya bateri aje yang tak pasang betul-betul. Amy pulak malas nak melayan, jangan besepah lagi satu rumah cukup.

    Faris dan Nasiim dah abis exam, lega sikit. Hari ni Irfan pulak start exam kertas Geografi dan Agama Islam. Sebelum-sebelum ni kena bersuruh ulang kaji tapi sekejap aje dia dah siap. Masa cuti Deepavali tu penat mulut Amy suruh dia baca buku, bila adik dia main dia pulak yang tak senang duduk. Tetiba tengok dia dah join sekali, tak pun dia siapkan projek KH sekolah tu. Manalah tak hangin mama dia ni.

    Alhamdulillah malam dan pagi tadi nampak dia bersungguh ulang kaji yang last minute punya. Siap report lagi kat mamanya dia baca tiga kali lepas tu tulis balik. Mamanya pun kenalah puji banyak-banyak.