hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap aje dah sampai penghujung ramadan, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadan tahun depan.

Ramai sahabat Amy yang dah start balik kampung. Amy pulak insyaallah akan balik ke Negeri Sembilan hari Sabtu ni. Pada yang akan memulakan perjalanan, Amy doakan semoga perjalanan kalian selamat pergi dan balik.


selamat hari raya


Amy ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah singgah di sini dan juga kepada tuan punya blog yang pernah Amy singgahi dan meninggalkan komen yang terkasar bahasa menyinggung perasaan.

Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kita semua.


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah tahun ni dapat lagi sampul duit raya walaupun tak sebanyak tahun lepas. Jimat tak payah keluar duit lagi nak membelinya.

sampul duit raya

Amy dapat paling banyak dari JJ siap boleh bagi 3-4 bungkus lagi pada nenek. En Habib pun baik hati jugak susah payah kirimkan kita sampul duit raya setiap tahun walaupun kita beli kat kedai dia 5-6 tahun dulu pastu tak beli-beli dah. Pakson pun ada jugak memberi, herbalife, Mary Kay dan dari opis en hubby. 

Nampak aje banyak kan, nanti bila balik kampung dengan anak-anak buah, anak dan cucu jiran yang datang bertandang, anak-anak kawan .... kejap aje habis.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam Amy tak de mood nak masak jadi ajaklah en hubby gi cari makanan. Nak pergi bazaar ramadan rasa macam tak tau dah nak beli apa lastnya ajak gi KFC pandulalu tu aje.


Masa nak ambik makanan tu tetiba datang sekumpulan staff KFC bagi hadiah semperna Hari Bapa siap ambik gambar lagi. 
Tengoklah tu orang lain yang dapat hadiah orang lain yang excited nak bergambar 😁
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap aje dah sampai penghujung ramadhan kan, nenek Amy pun  dah balik kampung malam tadi. Risau rumah sana belum berkemas, risau pokok bunga tak de yang siram, langsir belum diturunkan... macam-macam yang difikirkannya. Sunyi pulak bila dia dah balik.


magnet pin

Minggu lepas ternampak magnet pin kat IG teruslah berkenan. Lagi pun banyak tudung Amy bertanda disebabkan pin/keronsang. Tudung satin mesti ada tanda pin tudung bawal pulak ada sampai tertarik-tarik benang, geram betul.

Amy tak taulah harga magnet pin ni murah ke mahal sebab tak pernah beli lagi sebelum ni. Sepasang RM15 katanya dari Turki. Bila dah bayar tetiba nampak iklan Arzu kat FB jual magpin.

magnet pin

Ada yang 6 pasang RM69 lagi murah.... 😭. Adoiiii rugi betul rasanya.

Bila dah dapat magnet pin tu, Amy pun belek-beleklah. Pastu rasa macam pelik pulak sebab selalu kalau pakai keronsang pin kat belakang tapi magnet pin ni dia side by side. 

Sesapa yang beli tudung mahal-mahal tu kalau tak nak tudung ada kesan pin pakailah magnet pin ni, selamat tudung korang 😁.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum cuti sekolah cikgu Sains Nasiim ada beri senarai barang yang perlu disediakan untuk projek Sains kelas jadi masa cuti tu dapatlah kumpul semua barang yang diperlukan. Bukan semua barang dari kedai yang sama.


 Sarung tangan plastik tu tak de saiz kecik pulak. Punyalah besar, Lebih besar dari tangan Amy. Dia nak bawa air dalam botol untuk siram biji benih tu nanti tapi Amy bagi dia botol spray supaya tak delah tumpah sana sini atau banjir pasu tu nanti.

Puas Amy demo kat dia macam mana nak buka plastik tanah dan masukkan dalam pasu tanpa tumpah tanah tu keluar. Tak taulah boleh ke tak dia buat dengan kemas. Risau pasal baju pun satu hal jugak, takut ada yang main tanah dan kesat kat baju sekolah pulak. 


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ramadan tahun ni Amy masak yang simple-simple aje untuk berbuka puasa. Rasa tak de mood nak memasak, tu yang tak de post  resepi bulan ramadan... heheh.

resepi wadai kiping

Dah 3 minggu nenek Amy berada di sini jadi adalah yang menolong Amy di dapur.


wadai kiping durian

 Minggu lepas kebetulan ada lebihan pengat durian jadi nenek buatkan wadai kiping durian. Senang sangat nak membuatnya. Nenek Amy kata ni ala puteri mandi cuma kuah dia aje berbeza sikit.

Tepung pulut dan sedikit air sahaja. Kalau nak letak garam sikit pun boleh. Gentil-gentil pastu masukkan dalam air mendidih(sikit) bila dah timbul masuk aje terus dalam pengat durian. Dah siap. Senang kan.

wadai kiping durian

Bertambah-tambah si Irfan tu makan. Dia kata rasa macam kuih mochi.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Sejak kebelakangan ni agak terabai blog Amy ni, lebih-lebih lagi bulan ramadan ni. Kalau tahun-tahun lepas ada aje yang nak di up datekan tahun emmmm. 

Sekarang ni pepagi mesti sakit kepala dan mata pun rasa macam nak tutup aje jadi lepas mengemas-gemas mesti nak kena lelap kejap.


Amy rasa macam tak de mood nak buat biskut raya tahun ni tapi buat jugaklah 2-3 jenis kotttttt.

Semalam buat biskut coklat chip, biskut yang mesti ada setiap tahun. Buat lebih sikit sebab nak bawak balik kampung sekali. Suruh anak-anak soleh ni tolong kejap aje siapnya lagi pun diorang seronok kalau suruh benda-benda macam ni (sebab selalu tak dapat).

Resepi ada di sini.

Amy rasa biskut tu macam tak sampai raya aje masing-masing balik terawih terus mengadap biskut tu. 



folio sains tingkatan 2

Folio Sains Irfan... Sc Form 2

folio sains tahun 5

Projek sains Faris Folionya entah manalah dia letakkan. Sains Tahun 5.



folio sains tahun 3

Folio Sains Nasiim... Sains Tahun 3.

Cuti sekolah ni anak-anak soleh ni semua ada folio yang hendak disiapkan. Irfan dah Faris dah boleh buat sendiri tapi si Nasiim tu kenalah mamanya yang tolong dia tinggal lekat gambar dan salin aje.

Alhamdulillah masing-masing masih penuh puasanya, nasib baik cuti sekolah. Minggu depan bila sekolah dah start + sek Kafa habis pukul 4:30 pm mulalah dugaan untuk mereka. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy kongsikan di sini dari group telegram, jawapan dari Ustaz Mohd Zamri Abdul Halim tentang wanita, haid dan al quran.




Para Ulama berpendapat harus bagi perempuan dalam haid membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.

Para ulama membenarkan wanita yang berada di dalam keadaan haid dan nifas untuk membaca al-Quran di dalam hati tanpa menggerakkan lidahnya sehingga boleh menyebabkan keluar suara yang mampu didengari oleh dirinya sendiri. Tetapi jika dia mengerakkan lidahnya tanpa mengeluarkan suara dan hanya menyebutnya di dalam hati maka ianya dibenarkan.

Jumhur ulama mengharamkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara syafawi (lisan) dalam keadaan berhadas besar, iaitu menyebut ayat-ayat al-Quran dengan lidah. Jika hanya menunjukkan dengan isyarat atau alatan yang bersesuaian, ia dibenarkan. Walaupun begitu, terdapat keringanan dalam bab ini kerana terdapat perbezaan para ulama.

Diharamkan kepada orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya walaupun satu huruf atau kurang satu ayat sekalipun pada mazhab Syafi’e dengan niat membacanya. Sekiranya untuk tujuan doa, pujian, ucapan perasmian, memohon perlindungan daripada Allah atau zikir, maka hukumnya dibolehkan. Sekiranya dengan niat membaca ayat al-Al-Quran atau niat membaca al-Al-Quran beserta zikir, maka hukumnya adalah haram.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

 Sekarang ni semuanya dihujung jari, gedung membeli belah online dah semakin banyak. Tak payah keluar rumah pun boleh beli barang. Tunggu aje barang sampai depan pintu. 

ezbuy



Mesti ramai yang dah kenal dengan ezbuy ni kan terutamanya pembeli tegar online. ezbuy ni adalah satu tempat yang kita boleh beli barang secara online. Yang bestnya di exbuy ni selain barangan tempatan ia juga ada banyak barangan dari China, Taiwan dan USA. 

Harga yang ditawarkan memang mampu milik, kos penghantaran pun murah dan yang pastinya akan membuatkan kita rambang mata. Sekali Amy dah masuk situ memang berjamlah jawabnya nak pulak sekarang ada 65eday Global Super Sales.



65eday Global Super Sales.

Apa yang best tentang 65eday ni?
  • 65eday Global Super Sales adalah 'sale' besar-besaran barangan dari Malaysia, China, USA dan Taiwan oleh ezbuy Malaysia dan nikmatilah diskaun sehingga 90%.                   
  • Terdapat lebih daripada 20 juta produk 'on sale' termasuklah Fashion Specials, Lifestyle Essentials dan ezbuy's Best Seller.
  • Exclusive Flash Deals - rebutlah produk popular dengan diskaun hebat. Ia berubah setiap hari dari 31 May, 12 tengah hari sehingga 5 Jun 2017. 
  • Friends Deal, Share & Shop dengan yang tersayang dan nikmati harga borong lebih dari 300 barang bersama(update daily).
  • Deal of the Day Section - Tawaran hebat harian untuk semua orang. 
  • Antara jenama terkemuka dengan diskaun yang menarik ialah :
                - Sony           - Tefal          
                - Canon         - Casio         
                - Omron         - Samsung           
                - Viewsonic    - Pineng   
                - Sonicgear    - Kelloggs
                - Dettol           - Johnson Baby     
                - Brands         - Durex      
                - Scholl           - Avent  
                - Olivia Burton 
                - Daniel Wellington
                - Western Digital 

Ada lagi yang best...
- Perhantaran percuma tanpa pembelian minimum.
- Flash deal dengan tawaran masa terhad dan diskaun sehingga 90%.
- Ribuan baucer untuk direbuti.



Ada banyak yang Amy berkenan kat ezbuy ni terutamanya barangan kat kategori Home & Garden tu.


ezbuy malaysia

Bila buka aje bahagian tableware tu mulalah rambang mata... ada macam-macam 'design' sudu. Tinggal pilih aje dan sediakan duitnya.


ezbuy malaysia

Amy memang suka kumpul sudu. Tak tentu arah Amy dibuatnya. Kalau boleh semua nak beli.

Korang suka kumpul apa?


ezbuy malaysia

Small coffee spoon, ini satu lagi spesis sudu yang Amy berkenan. Ada 4 warna tapi Amy paling suka warna copper.


ezbuy malaysia

Senduk ni pun Amy suka jugak, dah bertahun-tahun guna senduk spesis yang sama aje rasa bosan pulak.


ezbuy malaysia

Kitchen storage rack holder ni pun Amy berkenan juga. Boleh letak periuk dan kalau di baringkan boleh letak dulang atau tudung periuk. Nampak kemas sikit kabinet dapur Amy tu.



ezbuy malaysia

Exclusive untuk semua...

 Download ezbuy APP dan 'scan' untuk dapatkan baucer percuma bernilai RM15 (QR Code disediakan).

Amy dah buat dah ... baucer pun dah dapat. Tak sabar nak guna.

Apa lagi jom lah kita gi serbu, manalah tau kot ada yang nak cari baju raya atau pekakas buat biskut raya yang berkenan di hati.


Assalammualikum Dan Salam Sejahtera...

Perkongsian dari group WA aje hari ni... sejak puasa ni vitamin M asyik terlebih mata pulak rasa macam tak larat nak buka aje. Alasan... alasan.


Rawatib berasal daripada perkataan raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan bertemu dengan ramadan lagi. 

Esok kita mula berpuasa malam ni dah start terawih. Amy dah ingatkan anak-anak Amy awal tapi minggu ni tiap-tiap hari supaya diorang bersedia terutamanya si kecik tu.



Cara menyambut Ramadan (copy dr WA group..😀)

● Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan org yg mendengar menjawab  "Allahu Akram"
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya " Allah lebih Mulia"

● Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri-seri tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn AMALAN dan TAQWA


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya dua kek ni Amy buat minggu lepas, lama dah abisnya tapi baru hari ni Amy letakkan kat sini.

Resepi kek coklat kukus sedap

Masa nak buat kek coklat ni Amy tak tau nak pakai resepi yang mana satu lastnya Amy gabungkan aje resepi kek coklat tu, bahannya ikut resepi kek coklat ni dan cara buatnya ikut resepi ni

Cara buat Amy ikut resepi tu sebab caranya lebih senang dan cepat tak payah nak pukul telor asing... lebur aje.



Alhamdulillah cantik kejadian kek coklat kukus ni rasa pun sedap. MIL Amy kata kek ni pahit coklat tapi bagi kami sekeluarga sedap aje jadi kepada sesiapa yang tak berapa suka rasa coklat lebih bolehlah kurangkan serbuk koko.
 Amy lebih suka guna serbuk koko daripada serbuk coklat sebab harga lebih murah dan Amy rasa serbuk coklat tu lebih pahit. 

Kalau setakat nak makan kek coklat camtu aje bolehlah buat resepi ni ... kalau nak letak buttercream ke whipping cream ke pun ok guna resepi ni. Kek ni tak de lembut sangat seperti resepi asal yang Amy guna untuk buat kek coklat cheese lava tu .... TAPI, ada tapi tu kalau nak letak topping coklat meleleh tu macam tak berapa sangat sebab takut ia lembek.


Resepi blueberry mufin
Setiap kali lalu kedai Tea Leaf n Coffee  tu asyiklah nampak mufin blueberry. Satu ketul tak silap Amy dekat RM7. Teringin Amy belilah satu. Terasa betul mahalnya tu...😅

Resepi blueberry mufin

Hari Ahad Amy bangun pagi-pagi untuk buat mufin blueberry ni. Puas hati dapat makan lebih.


Kalau pakai cup yang macam Amy tu dapatlah 9 ketul. Lain kali kenalah buat 2 aduan sebab tak cukup. Blueberry pulak Amy beli yang dalam paket tu aje kat JJ, Tak cukup satu cawan tapi lantaklah.

Resepi blueberry mufin

Amy bakar lama sikit sampai nampak keperangan. Masa lepas bakar rasa macam kering sikit tapi bila dah sejuk ia jadi lebih moist dan sedap.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak join GA tetiba teringin pulak... heheh.


Klik Banner untuk Join 

Syarat-syarat: 

1. Buat satu entri (letak banner sekali)

2. Nyatakan satu barang yang nak beli dalam SGshop

3. Backlink kan ke entri GA tu

4. Tinggalkan link entri di ruangan komen

5. Share entri di laman sosial (facebook)



Banyak jugak barang yang murah kat SGShop tu, rambang mata jadinya tapi Amy sangat berkenan dengan sudu kayu ni. Kalau nak ambik gambar makan boleh letak sudu ni kat tepi kan...

Jomlah kita memeriahkan lagi GA ni.

Assalammualikum dan Salam Sejahtera...



Ini memang betul... heheh. Berapa banyak baju pun tapi bila nak pakai aje rasa macam tak de baju. Mulalah keluar alasan nak membeli baju ... 😅. Sapa setuju?.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiap-tiap pagi mesti nak kena membebel tak tenang nak duduk kat dapur tu. Lepas mandi tapi tak taulah apa yang diangankan ... tak siap-siap lagi.

bebelan setiap pagi.


Startlah dengar suara mamanya di pagi hari....  stoking dah pakai ke belum, katil dah kemas ke belum. Bukan setakat tu aje kena ulang balik bebelan setiap malam mamanya... adehhh. Buku dah susun ikut jadual ke, homework confirm dah siap ke, pensil dah sharp ke, songkok dah masuk dalam beg ke (baju sek kafa mamanya yang masukkan dalam beg), duit belanja dah masuk dalam poket ke....

Walaupun dah tanya banyak kali tapi tetap rasa tak sedap hati jadi  kena jugaklah cek sekali lagi. Kadang-kadang si Faris tu buku yang tak ada dalam jadual pun dia biarkan dalam beg manalah beg tu tak berat.

Dah dua hari en hubby demam jadi mamanyalah yang hantar ke sekolah. Macam biasalah kalau Amy hantar kenalah jalan kaki. Dah sampai padang tetiba teringat nak tanya pasal songkok sebab pagi tadi Amy lupa nak cek. Sah si Faris tak bawa songkok. Geram betul. Manalah tak membebel pepagi...


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy tak taulah kenapa sekarang ni mood nak up date dah hilang. Bukan setakat nak up date blog aje tapi nak on komputer pun malas. Adoiiii. 


homedec 2017

Sabtu minggu lepas kami pergi Homedec kat KLCC, pergi sekejap aje sebab petang tu nak ke Pajam dan lepas tu ke Melaka untuk kenduri kawin sepupu en hubby.

Kami dapat 4 kotak Cheerios masa tu... Alhamdulillah, rezeki. 

homedec 2017

 Kami sempat cuci mata kat hall 8 aje sebab dah nak kena balik.

homedec 2017

homedec 2017


rumah pajam

 Lepas Zohor kami cabut ke Pajam pulak. En hubby dah janji dengan supervisor tu nak jumpa hari Sabtu. 
Sampai aje rumah Pajam nampak ada ramai pekerja dia tengah buat kerja. Supervisor pun dah orang lain, yang lama tu dah berhenti. Patutlah tergendala lama.

rumah pajam

Alhamdulillah, inilah hasil en hubby asyik call tanya perkembangan kerja diorang, kalau tak tak tau lah bila siap. 



cerita sabtu lepas

Pukul 4 petang kami baru nak bertolak balik Melaka. Entah berapa kali hujan berhenti hujan berhenti pukul 6:30 petang baru sampai. Punyalah banyak kereta. 

cerita sabtu lepas

Sampai aje sana, jemputan pun dah ramai yang balik. Tinggal kami-kami saudara mara aje.

cerita sabtu lepas

Sambil makan boleh cuci mata. 
Anak-anak soleh Amy tu sampai aje terus naik bot dengan pakcik makcik diorang. Tak sempat nak makan dulu. Si Nasiim siap bawa karipap masuk poket seluar.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa makan kat restoran Thai Isnin lepas, ternampaklah pulut mangga kat menu diorang. Balik rumah teringat-ingat pulak. Nak tak nak kenalah buat, kalau tak buat tak merasa. 

resepi pulut mangga sedap

Pulut Mangga ni Amy buat semalam. Rendam 4 jam aje. Mangga Amy guna mangga biasa tu aje, janji manis.

Amy kongsikan resepi pulut mangga yang Amy ambil dari blog kak Azie Kitchen. Terima kasih kak azie untuk resepi yang sedap ni. Untuk yang tak berapa kuat masin tu, bolehlah kurangkan sikit garam untuk sos santan. 



resepi pulut mangga sedap

Pulut Mangga
oleh : Azie Kitchen

Bahan-bahan:

3 biji mangga - potong ikut suka
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (Amy tak letak)

Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 

Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.

resepi pulut mangga sedap


Sos Santan


Bahan bahan:

1/2 cawan santan kotak
1 cawan air 
1 sudu kecil garam - 
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.


Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.


Cara Menghidang
Letak pulut ke dalam pinggan. Hiris mangga secara kiub atau apa yang disukai. Tuang sos santan ke atas pulut. Tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan. 


resepi pulut mangga sedap

 Selamat Mencuba...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sambung lagi cerita minggu lepas yang tak habis tu...😅.



Hari Sabtu lepas Amy tersalah tengok kalender ingatkan Homedec hari tu patutlah tak ramai orang.



Dah alang-alang sampai sana, menyinggahlah kejap kat KLCC tu. Lama dah tak kesana walaupun tiap-tiap minggu lalu situ nak ke British Counsil.



Anak-anak soleh Amy ni pun dah berjangkit penyakit tangkap pokemon tu. 


Nasib baik game tu diorang main masa kat luar aje. Budak yang kaki sakit tu, walaupun sakit kaki nak berjalan tetap nak ikut jugak. Suruh tinggal dengan nenek Maluri tak nak pulak tu.



Hari Isnin lepas... dah masuk citer minggu ni pulak, heheh. Pagi tu kami pergi jengah rumah Pajam. Pergi tengok apa yang diorang dah buat. Nanti Amy citer pasal rumah Pajam tu.

Balik dari sana kami menyinggah Karpet Prima tak jauh rupanya kalau ikut jalan kat Sek Batang Benar tu.


Singgah cuci mata aje pun, tak beli apa-apa.  

 Karpet corak ni saiz yang biasa dari RM150 boleh dapat RM138.
Selagi tak beli selagi tulah diorang ikut aje belakang kita. 



Dari RM550 boleh dapat RM400 untuk yang besar ni.


Ada corak yang Amy berkenan tapi kualiti pulak tak berkenan.

Kononnya kalau beli hari tu dapat diskaun banyak. Offer untuk hari tu aje. En hubby tanya nanti hari raya tak de offer lagi ke, diorang kata tak ada ... terus en hubby ajak balik. Tak kanlah nak raya nanti tak de offer kot, kedai lain ada aje.


Balik dari sana menyinggah pulak ke My Town. Kami park keta kat Ikea aje. Tak berapa berkenan dengan My Town punya parking. 



Dah tengah hari semuanya dah lapar. Nak makan kat Ikea dah jemu, nak menyinggah kat food court penuh pulak, lastnya kami ke restoran Thai.




Tak pernah lagi masuk restoran thai, ni first time... heheh.

Menu semuanya nampak menyelerakan tapi tekak kami tak boleh nak terima nasi dia... nak nasi kita jugak 😭😭😭.