hilmirdadaud.blogspot.my

Bercuti Di Melaka...

| On
January 05, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama betul Amy tak up date blog ni, ingatkan balik dari Melaka nak up date tapi dah sibuk pulak dengan persediaan anak-anak hendak ke sekolah. 



Bercuti di Melaka kali ni kami pilih Hatten Hotel lagi. Salah satu sebab Amy suka dengan Hatten Hotel ni .... boleh tengok gambar tu. Besar... luas, tv ada 2 muat kami 5 beranak tidur. Amy cuma bawa tilam angin aje. Hotel yang lagi mahal pun tak macam ni.

Sebelum ni Amy ambik Premium Junior, mahal sikit tapi bilik kecik. Kali ni Amy ambik Deluxe suite, murah sikit tapi besar. 


Macam biasa.... gambar benda-benda ni untuk kenangan, heheh.


Toilet pun nak tunjuk jugak. 


Mineral water dapat 2 botol, masa kat Avillon dapat 4 botol.



Irfan dah cop tenpat tidur dia. 







Kata pergi bercuti jadi terpaksalah bagi diorang rasa macam gi bercuti jugak. Mainlah layang-layang kat Klebang tu sampai hitam.
Selain Klebang, kami tak kemana pun ... maklumlah nama pun kampung kami, rasa macam semua tempat dah pergi. Banyak masa kami habiskan golek-golek dalam bilik hotel aje. 



 Silau.... pinjam mama punya sekejap.




Balik dari Klebang kai terus ke Crystal Bay, Alai. Kami sampai sana belum pukul 6 petang lagi, kodai pun belum buka baru susun kerusi meja. Sementara tunggu kedai buka kami menyinggah dulu kat pantai berdekatan. Sorry tak tau nama pantai tu.



Bila kedai dah buka...
Amy beli sikit aje taku tak habis. Udang 8 ekor, kerang bakar 400g dan sotong hampir sekilo. Itu aje. Selalunya kami beli lebih dari ni siap ada ikan masak 2 jenis lagi, sampai bungkus bawa balik sebab tak abis makan. Ingatkan kali ni murah lagi tapi hambikk harga lebih kurang jugak.

Masa makan ni kami boleh dengar lagi casher tu ajar kawan dia 'kerang bakar RM14 kalau rebus RM12'. Dalam hati Amy... banyak ke, sikit ke kerang tu tak kanlah dia nak kira sama kot?.


Concierge..
Masa nak check out malas pulak nak beratur. Nampak peti fast check out tapi rasa macam was-was pulak nak guna. Kang kalau dah masuk salah pulak nanti satu hal pulak. Orang yang kat kaunter concierge tu kata kalau dah buat payment masuk aje access card tu dlm kotak check out tu. Tak sangka senang aje. Tak payah beratur lama-lama.

Dari Melaka kami balik kampung Amy di Serting, Jempol. Lama jugaklah kami di sana. Sempat jugaklah Amy jumpa kawan-kawan sekolah dulu.


Kebetulan kami ada di kampung pada hari yang sama. Dalam masa 2 minggu Amy telah berjaya membesarkan diri... heheh. 

3 comments on "Bercuti Di Melaka... "
  1. best tgk bilik hotel tu ..hehe..tp melaka mmg panas kan..
    crystal bay area mahal, nape tak mkn kat muara sg duyong? ok sikit rasenye..huhu

    ReplyDelete
  2. Dah lama teringin nak duduk dekat hatten nie. InsyaAllah akan dtg boleh ke sini plak :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)