hilmirdadaud.blogspot.my

Tetamu Semalam

| On
January 27, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang Rabu lepas, kak Ros (emak kepada kawan Irfan) bagi sebungkus pau dan sebungkus keropok lekor dan kebetulan pagi semalam kawan-kawan sekelas Irfan datang ke rumah. Pau dan keropok lekor tulah yang Amy hidangkan ... memang rezeki diorang. 


Tetamu semalam

 Selain Nabil (anak Kak Ros) inilah kali pertama kawan-kawan dia datang ke rumah. Amy suka sebenarnya diorang datang, bolehlah Amy kaji kawan-kawan dia tu... heheh. Yelah kan pengaruh kawan tu penting. 


Tetamu semalam

Inilah motif utama diorang. 

Lepas aje minum Amy kena bawa diorang pergi swimming pool. Walaupun masing-masing dah nak masuk 14 tahun tapi masih lagi tak boleh dibiarkan. Tau ajelahkan budak-budak lelaki, ada aje 'adventure' dioarang. 

Tetamu semalam

Masa-masa macam nilah anak-anak orang kena buat macam anak sendiri. Keselamatan nombor satu. Masing-masing bukannya pandai sangat berenang... nanti ada pulak main yang bukan-bukan pulak. Kat rumah Amy ni tempat-tempat untuk games ni semua dekat tingkat 6, selain dari kolam renang Amy paling takut kalau diorang memanjat atau main tolak-tolak dekat dengan tembok (amy tak tau perkataan yg sesuai) buatnya terjatuh nanti... 

Tetamu semalam

Lepas berenang ... makan tengah hari, solat dan siapkan homework berkumpulan. Amy buat kek coklat moist kukus untuk minum petang. Hampir 3/4 kek tu habis. Bila dah ramai masing-masing berselera.

Petang bawa mereka ke tingkat 6 lagi. 

Tetamu semalam

Budak kecik ni muncung dia dapat main ping pong 2 kali aje. 


bermain squash

 Irfan, Faris dan Haziq main squash. Bila dah kepenatan masing-masing join main ping pong pulak. 

Asyik melayan mereka hujan lebat kat luar pun tak perasan. Masa emak diorang ambil petang semalam hujan masih lagi tengah lebat dengan kilat dan guruh.  

Balik aje diorang, Amy kemas dapur dan terus pengsan. Lotih den.

7 comments on "Tetamu Semalam"
  1. Seronoklah diorang semua bermain sama2...yang pentingg....kita tahu dengan siapa anak2 berkawan kan kak.
    .

    ReplyDelete
  2. amboi bestnya dpt mam pau, kopok lekor n coklat moist tu. hihi. yup keselamatan tu penting :)

    ReplyDelete
  3. Wahh kemain seronok agik mereka ye.. Macam2 aktiviti dpt dilakukan bersama..

    ReplyDelete
  4. seronoklah tu, boleh pau macam2

    ReplyDelete
  5. Sies best dpt spend time cam ni. Mesti kwn ank amy nk dtg lg :) kalau mek pn sronok dpt cam tu

    ReplyDelete
  6. hahaha panjangnya muncung dpt main pingpong skejap je hehehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)