hilmirdadaud.blogspot.my

10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri

| On
February 22, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Azam nak kurus tapi terhalang sebab kenduri. Benda ni memang selalu terjadi pada diri Amy sendiri. Nak pulak kalau satu hari tu ada lebih dari satu kenduri.

Sekarang ni menu kenduri ada macam-macam. Nasi dan lauk Amy tak heran sangat tapi yang lain tu yang tak tahan godaan. Ada mee, roti jala, ABC, cendol, bubur dan pengat dan macam-macam lagi.




 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri

Tips Kurus semasa kenduri, semoga bermanfaat. 

1. Jangan Skip Sarapan pagi. Mentang-mentang tengahari nak makan kenduri, skip sarapan atas sebab tengahari nak makan lagi.  Ingat  Skip Sarapan boleh menggemukkan.
- Ambik full nutrition seawal pagi.  

2. Jika kenduri itu agak jauh dari rumah pastikan alas perut sebelum pergi kenduri. Ambil snek ringan seperti buah atau roti gandum supaya tidak terlalu lapar atau epal hijau

3. Ikut portion makanan seimbang. Jangan makan macam tak makan sepuluh tahun ya. Hehe
- Kena selalu ingat, 30% karbohidrat , 40% protein sihat dan baki fiber dan lemak sihat.

4. Pilih nasi putih jika ada pilihan selain nasi minyak.

5. Elakkan makan daging, pilih hidangan ayam dan sedikit kuah.

6. Penuhkan pinggan dgn  sayur dan buah..makan ini dulu sebelum makan nasi.

7. Elakkan minum air manis. Untuk lebih selamat bawak air mineral dalam botol kecil dan simpan dalam beg manalah tau tempat kenduri tu tak sediakan air mineral.

8. Elakkan makan dessert yang manis. Jika teringin, ambil portion yang sedikit atau berkongsi. 

9. Jika terdapat lebih dari 1 kenduri pada hari yang sama, makan sedikit untuk setiap kenduri dan kurangkan nasi. 

10. Makan perlahan dan enjoy makanan anda. Otak kita ambil masa 20 minit untuk beritahu kita sudah kenyang. 

Tak salah sekali sekala menjamu selera. Its all about balance. Selamat Makan Kenduri ! 

Last sekali , back to "niat" kita pergi utk ukhwah dan silaturahim .. Bukan nak meriahkan lemak kita πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. 

10 comments on "10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri "
  1. hehehe kalau p kenduri memang tak leh tinggal lauk daging.. Sedap.. hiks.. :)

    ReplyDelete
  2. Saya ni alhamdulillah, memang jenis makan lambat. So, kalau makan tmpat orang ramai macamtu memang cenderung makan sikit je. Hihi

    ReplyDelete
  3. ayam masak merah tak lepas kalau pi kenduri. hihi , ok lepas ni tajdid niat bila setiap kali nak p kenduri :D

    ReplyDelete
  4. Cabaran sangat..lagi satu PC paling risau kalau kakak2 kendar yang cedukkan basi...membukit..kalau kita cakap sikit je atau kurangkan sendiri berubah muka kakak tu...kesian..tak habiskan membazir..sayang diri sendiri tapi nak nyah lemak..adoi...nanti nampak cendol ngences..nampak bubur pulut hitam juling mata...tu belum dessert...berasap anak mata..hihi..cabarankan..

    ReplyDelete
  5. kalo nak meriahkn lemak, abis la satu pinggan pun xcukup kan =D

    ReplyDelete
  6. nasib baik kenduri byk time cuti sekolah kalu tiap2 mggu ada kenduri habis laaaa diet ;-)

    ReplyDelete
  7. pergi kenduri memang mkn skit je memang dah tahu makanan pencuci mulut hak lain ada.. kena control juga mkn jgn terlalu kenyang

    ReplyDelete
  8. Sebelum datang kenduri mmg niat nk makan sikit je. Tp bila da nmpk mknn dpn mata trus lupa semua.πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)