hilmirdadaud.blogspot.my

Rumah Pajam - Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Terima Kunci Rumah Baru.

| On
February 03, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Macam biasa lepas dapat kunci ...  lepas dah kira setiap poin lampu, plug, suis dan sebagainya di setiap bilik dan dapur bersama dengan salah seorang wakil pemaju, kenalah periksa kecacatan atau kerosakan yang ada dirumah tu pulak. Sebelum tu kenalah Azan dulu. Kami tunggu wakil maintenance tu balik baru azan dan mula memeriksa kecacatan(defect) rumah.

citra park seri pajam

Biasanya kalau rumah baru siap pihak pemaju akan berikan jaminan selama 2 tahun. Dalam tempoh ni kita komplain apa yang patut dikomplain tapi kalau dah buat major renovation, mereka tak akan bertanggung jawab. Dalam kes kami pulak, rumah ni dah lama siap jadi jaminan tu kami dapat 3 bulan sahaja. Rasa tak puas hati betul... 

seri pajam ,citra park

Peralatan yang perlu ketika memeriksa kecacatan(defect) rumah.

1. Masking Tape
2. Marker pen - Kalau boleh biar warna merah supaya senang nampak tapi kami guna pen yang Seri Pajam bagi tu aje.
3. Kertas A4 - Kertas yang diorang bagi untuk tulis senarai defect ni tak cukup jadi kenalah bawa lebih.
4. Kamera - kami guna tipun aje untuk ambik gambar kecacatan tu.

Apa yang perlu diperiksa :

Air.
1. Pastikan air mengalir sempurna ke semua paip dan shower.
2. Pastikan kepala paip dan kepala shower dipasang dengan betul.
3. Periksa sambungan paip ke singki - 6/7 sinki rumah Amy paipnya bocor, meleleh-leleh air keluar.


Cirta Park, seri Pajam

Toilet
1. Buka penutup tempat air toilet tu. Periksa kot-kot ada alien ke kat dalam tu...😁.
2. Pastikan air masuk dan bila flush tu air keluar dengan sempurna. Ada diantara toilet kami yang tak boleh nak flush dan ada juga yang bila flush air keluar kat bawah tempat air tu.



Citra Park, Seri Pajam
Lubang air di dapur.

Salur air keluar (lubang air)

Pastikan semua lubang air kat toilet, dapur, tempat basuh baju dan semua tempat yang ada lubang air keluar, air boleh keluar dengan sempurna dan tidak tersumbat.

Masa Amy test air kat sinki dapur tu Amy tadah air banyak-banyak dalam sinki sekali bila buang aje air tu terus air membuak-buak keluar dari lubang air. Tekojut den.


Seri Pajam
Sila abaikan tulis kami ye... 

Elektrik
1. On kan suis satu persatu dan pastikan suis tu dipasangan dengan betul. 
2. Test plug satu persatu. Amy guna charger tipun aje.

Seri Pajam

Tombol Pintu.
Tombol pintu pun kena periksa juga nanti ada pulak kes dah masuk tak boleh keluar... heheh.

Tingkap dan sliding door.
Buka tutup sebanyak yang mungkin. Pastikan ia boleh dirapatkan dan dikunci dengan sempurna.

Dinding dan siling retak.
Periksa semua dinding untuk pastikan tiada keretakan.


Bocor/ air masuk ketika hujan.

Dua tiga kali kami tunggu hujan turun tapi gerimis aje pastu dah berhenti tapi bila kami tak ada... masuk-masuk rumah aje dah nampak air atas lantai.

Seri Pajam

Sampai kena tulis macam ni nak bagitau air yang masuk tu bukan sikit-sikit, boleh banjir rumah aku. Nasib baik lantai bukan kayu.

Seri Pajam

Punyalah banyak air masuk... 



Seri Pajam

Nasib baik ada tangga. Kenalah periksa dari luar nak tau air masuk dari mana. Rupanya air tu masuk dari atas bukan dari luar tingkap tu.

Bilik atas pun ada 2-3 tempat yang air masuk. Nak kena siasat jugak tu air tu masuk dari mana. Kalau bagitau bocor aje nanti diorang cat aje untuk tutup kesan air tu. Bila hujan lagi nanti bocor balik.



Seri Pajam

Penutup longkang.

Masa tengok showhouse dulu longkang ni ada penutupnya tapi masa tengok rumah ni penutup longkang tu tak ada. Diorang cakap diorang buka takut kena curi. 

Amy tengok jiran sebelah yang dah lama duduk situ masih lagi tak de penutup longkang tu. 


Seri Pajam

Kebetulan showhouse tu kat belakang rumah kami ni aje. Itulah rupa penutup longkangnya. En hubby dah pergi tuntut penutup longkang tu dan diorang janji dah masuk baru diorang bagi. Macam tak kena aje pemandangan kalau tak de penutup longkang tu


Seri Pajam

Tangki air dan lain-lain yang ada di atas bumbung rumah. 

Nasib baik ada tangga. mandi penuh En Hubby naik atas tu. Amy kat bawah tukang pegang tangga aje... heheh.

1. Pastikan tangki air ada penutupnya. Kalau rapat sangat tangki kita dengan jiran sebelah tulislah nama atau no rumah supaya tak tertukar atau tak puas hati dikemudian hari.

2. Kami tak sangka ada pam air kat atas tu jadi kenalah pastikan wayar dan plug dalam keadaan yang baik. Kalau boleh pam tu pun Amy nak tulis nama...😂.

4. Paip-paip yang ada kat atas tu pastikan ia dalam keadaan yang baik dan tidak bocor.

5. Periksa juga jika ada keretakan punca air masuk ketika hujan. Nanti tak pasal-pasal rumah banjir... heheh.



Seri Pajam

Tembok pemisah
Rumah jiran sebelah tinggi sikit dari rumah kami. Bila hujan air tu meresap keluar. Siap boleh nampak lagi air tu meleleh keluar dari tembok tu. Takut runtuh pulak kemudian hari. Bukan ke sepatutnya diorang kena buat lubang air keluar ?.



Seri Pajam

Tanah yang sekangkang kera ni ada banyak lubang dan tanah tak rata. Amy takut keluar ular pulak dari lubang-lubang tu. 

Dah siap senarai kecacatan ni kenalah hantar untuk di proses. Kalau nak buat renovate kenalah tunggu diorang siap betulkan kecacatan(defect) tu dulu. 

8 comments on "Rumah Pajam - Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Terima Kunci Rumah Baru."
  1. bagusnya ada list apa yang patut di check after dapat kunci rumah. saya masa nak masuk rumah baru hari tu masih berpantang. jadi suami lah yang settlekan semua. banyak jgak kerosakan yang patut dibaiki. kalau tak tuntut rugi kan.

    ReplyDelete
  2. eh, banyak juga kerosakan rumah baru ye

    saya ingat masuk rumah baru ni terus cuci kaki je hehe

    ReplyDelete
  3. lubang tu saya pun takut kalau keluar benda2 yang tak diingini.

    penutup longkang tu perlu, utk elak kecederaan spt terjatuh ke dlm longkang

    ReplyDelete
  4. bagus list ni. :) mmg kalau nak masuk rumah bru kena check shabis mungkin. rumah akak sy pun ada jgk yg tak kena. cat trkeluar la itu la. tp untungnya kalau kita check dan dorang boleh betulkan smula :)

    ReplyDelete
  5. bagus caranya ni supaya kerosakan awal dapat diperbetulkan

    ReplyDelete
  6. sy ada juga entry yg berkaitan mcm ni kat siakap keli.

    dulu2 dlm 20 thn lepas jrg sy dgr hal2 sebegini berlaku kat rumah baru... adakah pemaju kian cuai atau guna material tidak berkualiti? wallahu 'alam

    ReplyDelete
  7. Info yg berguna amy ;) Untuk rujukan semua pembeli rumah :)

    ReplyDelete
  8. besaunyeeee rumahh... cara label kerosakan tu memang terbaik lah... biasa tulis dalam kertas jerk.. tp cara ni lebih bagus..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)