hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita Minggu Lepas...

| On
February 13, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Minggu lepas en hubby cuti jadi blog Amy ni pun turut bercuti jugak 😅. Masa nilah nak ke sana ke sini selesaikan urusan yang kena pergi waktu office hour aje, Sabtu Ahad tak buka.

Mencari Langsir

Selain selesaikan urusan "waktu pejabat" tu, kami ke Jakel dan Ikea untuk tengok langsir. Langsir yang berkenan kat Jakel tu paling murah pun RM25 semeter tingkap pulak ada banyak. Kesian Amy nak menjahit... kesian en hubby nak 'mendrill' bebanyak tu. Ingatkan nak suruh diorang jahit dan pasang sekali (termasuk drill). Upah jahit aje RM18 semeter ... kira punya kira ada tingkap yang kainnya lagi murah dari upah jahit. Kalau $$$ banyak dalam tabung tak pelah jugak. Jadi terpaksalah en hubby drill sendiri, Amy kena jahit sendiri... huhuhu. Kami pun balik dengan tak beli apa-apa.

Dari jakel kami terus ke Ikea. Kami beli rod langsir untuk 2 tingkap dulu, sepasang ready made langsir RM49 dan 2 blind untuk dapur RM9+ satu. Itupun dah habis dekat RM500. Berkira-kira jugak nak membayarnya. Kalau macam nilah... kenalah beli sikit-sikit. Pakai dulu langsir MIL yang ada, nampak tergantung pun tak pelah janji bertutup.
Cuti Taipusam kami ke Pajam, pergi tengok perkembangan kerja-kerja baiki defact dan pasang langsir di bilik belakang. Toilet yang boleh digunakan hanya bilik tu aje walaupun air kena masukkan sendiri kat dalam tong air dia. Bila dah pasang langsir tu bolehlah buat apa yang nak dibuat sebelum masuk toilet.


periksa dan baiki Iphone

I phone en hubby tetiba buat hal pulak... kompas tak boleh bergerak  . Puas jugaklah dia mencari mana silapnya dan di
mana hendak dihantar. Bila dah cek online dengan Singapore, diorang suruh pergi QCD di Berjaya Times Square. Amy ingatkan kena pergi KLCC rupanya k tempat lain daaa. Amy pun tak tau apa bezanya. 

Sekianlah cerita "alasan tak up date blog minggu lepas". Yang sebetulnya malas nak curi masa... heheh. Nanti Amy slow-slow buat BW ye... 
5 comments on "Cerita Minggu Lepas..."
  1. untung pandai jahit amy... lg berbaloi dr upahkan...

    ReplyDelete
  2. upah jahit sekarang memang mahal. tapi nasib baiklah akak pandai jahit.

    ReplyDelete
  3. wowww sepasang je dah smpi RM49? kain jenis mcm mn tu kak? boleh tahan lama?

    ReplyDelete
  4. Lebih baik jahit sendiri kan Amy. Jimat dan lagi puas hati. Cuma tu lah, ambil masa lebih sikit. Hehe

    ReplyDelete
  5. Saya pun belum jahit langsir lagi, pakai yang mentua dan mama bagi dulu. hihi. dah lapang lapang sikit baru nak stat menjahit. penat pindah rumah pun belum habis

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)