hilmirdadaud.blogspot.my

Tabung 52 Minggu ... Jom Kita Menabung.

| On
February 15, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun lepas Amy menabung duit RM20, Alhamdulillah dengan duit tu kami pergi bercuti di Port Dickson dan Melaka. Duit minyak, tol, hotel dan makan semuanya kami guna duit tabung tu. 

Tahun ni Amy tak dapat kumpul duit RM20 tu sebab setiap kali dapat RM20 tu lebih banyak dari duit RM10 dan RM5. Nak tak nak kenalah juga guna duit RM20 tu.

tabung 52 minggu

Tahun ni hangat citer pasal cabaran menabung 52 minggu. Rasanya  tahun lepas lagi Amy dah dengar pasal cabaran ni tapi baru sekarang tergerak nak buat. 

Ramai kawan Amy yang dah mulakan cabaran ni dari bulan Januari. Amy pulak baru nak start ... terpengaruh punya pasal. 


tabung 52 minggu

Kebetulan kat rumah ni ada balang kuih raya ni aje yang ada ... jadilah. Kalau guna mason jar mesti lagi cantik... mesti lagi bersemagat nak menabung.

Amy buat dua sebab satu nak bagi kat En Hubby tapi macam risau aje nak suruh dia letak kat opis tu. Takut lesap. 

11 comments on "Tabung 52 Minggu ... Jom Kita Menabung."
  1. bgsnya amy menabung.... kena buat selalu dan disiplin.... eko tak menentu skang ni, ini cara terbaikkan amy...

    ReplyDelete
  2. cik not menabung duit syiling tu pun jap simpan jap tak..haha

    ReplyDelete
  3. sy pun menabung mcm nie,harap-harap tak ada lah hangat taik ayam hahaaa..

    ReplyDelete
  4. boleh cube nie.. thanks share.. :)

    ReplyDelete
  5. Bagusnya kak amy..kite pun dh cntohi kak amy..terima kasih kak amy atas perkongsian ni=)

    ReplyDelete
  6. dah sampai mana dah tabung ni.. kita dan 22 minggu.. jenis tak ikut sangat minggu.. asal ada kita masukkan.. heheheh

    ReplyDelete
  7. boleh cuba ni. cabaran untuk diri sndiri. hehe.

    ReplyDelete
  8. sy menabung duit syiling & RM5. hjg tahun, simpan di Tabung Haji 😄

    ReplyDelete
  9. Kakak tabung syiling adalah Amy tapi tabung merah utk anak-anak kakak ada bukan utk tiap hari. Bila penyewa rumah bayar kakak akan masukkan 50 ringgit dlm tabung itu. Tapi biasa lepas raya kami buka dan bahagi 3 (anak kakak 3 org).

    ReplyDelete
  10. sy da buat thn lps tp x ikut pn cara ni. alhamdulillah menjadi. thn ni buat cara lain pula. hrp2 istiqamah smpi hjg thn ;-)

    ReplyDelete
  11. Mek fizikal-ly ade dua tabung. Setiap tabung tu rm1 setiap hari lepas subuh. Satu lg tabung dlm kocek beg. Tabung tu untuk duit lebihan belanja harian. Klau ade msuk, klau tkde tk msuk ;)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)