hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita Hujung Minggu Yang Lepas...

| On
March 15, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ni agak terabai blog Amy ni, selagi langsir-lamgsir tu tak siap selagi tulah tak boleh nak jengguk selalu blog ni.   Tugasan harian pun terkejar kejar inikan pulak nak menjahit. Satu hari dapat sekeping langsir pun dah syukur sangat.

kek kukus coklat

Hari Sabtu lepas, Along (kawan Amy) buat kenduri jadi dia minta tolong buatkan kek coklat. Dia sediakan bahan dan Amy tolong buatkan. Hari Khamis dia dah hantar barang jadi hari Jumaat pepegi lagi Amy dah bersilat kat dapur tu.

Amy buatkan 2 jenis, satu yang ada topping meleleh dan satu lagi yang biasa.  

Rebate Voucher AEON

Hari Sabtu pagi selepas hantar anak-anak ke kelas Tae Kwan Do, Amy dan en hubby ke Jaya Jusco Maluri untuk ambil rebate vaucher. Alhamdulillah dapat RM30. 

Point ada RM280 tapi tu Amy simpan dulu. Tahun lepas tak ambik. Hujung tahun ni baru nak ambil, boleh buat tambah-tambah beli baju dan kasut sekolah. 


Mehraj Pandan Jaya

Lepas kelas Tae Kwan Do menyinggah pulak ke Mehraj, Pandan Jaya mencari buku untuk anak-anak soleh Amy tu. Ada aje buku yang cikgu nak guna tapi bookshop sekolah masih tak ada stok. Dah 2 tahun macam tu... geram betul.

Novel

Amy suka beli buku kat Mehraj tu... harga murah sikit dari kedai buku yang lain. Tak silap Amy diskaun 10%... kalau tak silap lah. Dah lama tak beli buku jadi Amy pun tangkaplah satu. Kalau buku melayu, buku cintan cintun Amy dah tak berapa minat ... entahlah agaknya umur dah banyak kot penyebabnya. 

Buku tu masih belum terusik lagi ... entah bilalah nak baca tu. Tengok buku ingat langsir. 


Kain Langsir jakel

Dari Mehraj kami ke Jakel pulak. Entah macam mana masa beli langsir sebelum tu boleh pulak tertinggal satu tingkap. Tingkap tu pulak betul-betul sebelah sliding door kat ruang tamu. Kan ke pelik nanti satu bertutup labuh satu pulak tak de apa-apa. 

Nak tak nak terpaksalah en hubby bawa ke Jakel. Sampai sana kain yang sama dengan sliding door tu dah tak de terpaksa ambik yang sama kaler dengan tingkap yang lain. Sebelum ni Amy ada citer yang sliding door tu warna kain dia lain sikit sebab tak cukup kain. Jadi diorang keluarkan kain dari stor tapi kaler dia lain sikit. Kain yang tulah yang tak de lagi.

Harga kain tu RM26 lebih tapi dia nak bagi RM25. Amy tak puas hati. Teruslah Amy beritahu dia yang minggu lepas Amy beli RM22 memula macam keberatan tapi akhirnya dia bagi juga harga tu. 


Kain Langsir jakel

Tengah tunggu orang tu gunting langsir, Amy pun pergilah belek-belek kain yang lain. Tetiba terlintas pulak kat fikiran... "rumah nenek dah lama tak tukar langsir". Amy pun minta dengan en hubby belikan langsir untuk ruang tamu rumah nenek. 

Satu meter RM12.90 tapi dia nak bagi RM12 aje. En hubby kata kalau dia bagi RM10 kami ambik. Tak sangka dapat jadi kami ambil 10 meter.

Langsir jakel

Tetiba nampak pulak benda ni. Terus terfikir nanti kalau dah gantung langsir nak sangkut tali kat mana? tak teringat pulak sebelum ni. Tak banyak pilihan yang ada. Yang RM3- RM4 tak berapa cantik. En hubby kata ambik untuk ruang yang penting aje dulu yang lain kita cari yang lain. Tali pengikat langsir pun tak cari lagi. Nak buat sendir tak cukup kain. Nak beli paling murah rm10 tapi tak cantik. Emmm.


Sri Wangsa Nasi Beriani Batu Pahat

Balik dari kelas Tae Kwan Do lagi anak-anak soleh ni dah ajak pergi makan. Dah melompat sana sini memanglah lapar. Masa Kat Jakel tu mulut asyiklah "mama... lapar, bila kita nak pergi makan?". Mamanya pun tak sempat nak cuci mata tengok kain untuk baju. 

Si Faris pulak dari minggu lepas ajak makan nasi beriani. Nasiim kata nak lauk daging yang menyanyi dalam mulut tu. Menyanyi dalam mulut???? puas dia terangkan tapi mamanya masih tak paham last sekali iyakan ajelah.

Nasib baik kedai Sri Wangsa Beriani Batu Pahat ni dekat aje dengan Jakel tu. Sedap nasi beriani kat situ ... harga. Kalau makan seorang atau berdua ok lagi harganya tapi kalau berlima. Kalau nak di bandingkan dengan kedai nasi beriani lain yang pernah Amy pergi, kedai ni lebih sedap dan murah sikit.


Kenduri

Lepas makan kami balik rumah terus ... tak de menyinggah mana-mana lagi dah. Kenduri rumah Along tu lepas Asar tapi hujan lebat punya pasal pukul 6 lebih baru sampai rumah dia. Orang yang baca doa pun dah abis makan.


British Counsil

Hari Ahad lega sikit. Pagi Amy pergi pasar Pudu beli lauk untuk stok sebulan. Sayur dan buah aje tak beli. Petang pulak anak-anak soleh ni ada kelas kat British Counsil. 

Semalam dan hari ni sambung balik bersilat dengan kain langsir .... eh bila nak siap daaaa. Bosan asyik mengadap dia aje. 

9 comments on "Cerita Hujung Minggu Yang Lepas..."
  1. kiranya dok ralit dgn langsir je laa ni ya kak... ;-) x pe x pe pasni dah siap timbul plak rasa x sabo2 nk menggantung pulak

    ReplyDelete
  2. Seronok baca perjalanan kehidupan amy seharian sekeluarga.. Dipenuhi dengan aktiviti.. Best..

    ReplyDelete
  3. hujung minggu yang penuh warna warni dgn anak2 dan suami. happy family. mmg sepatutnya mcmni. lebihkan masa bersama keluarga kalau boleh apa yang anak buat and beli kita kena ambil tahu..

    ReplyDelete
  4. penuh btl aktiviti akak... dr membuat kek sampai lah beli kain segala bagai...

    akak mmg serba boleh lh

    ReplyDelete
  5. fuhh.. penuh jadual hujung minggu yak..

    ReplyDelete
  6. Waaa banyaknya kek2 coklat!! Teringin nak rasa hehehe.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)